mari mencari....

Google
 

Monday, September 30, 2013

emosi sungguh la...

haa....emosi, sungguh la emosi. in fact sampai nangis2 lagi nih. huhuhuu..bukan apa. tadi tengok tv. dah kata hantu tv, haruslah dah tetengah malam pon tengok mengadap tv lagi. sesambil tunggu al-sultan obek tu balik, so tengok tv le kita reramai. mmm..saya sorang je yang tengok. lagi3 ekor tu terbongkang tido. sekor dok kat sebelah sambil digaru perot, sekor kat belakang sofa, sekor atas sofa. lantak korang la. owhh...tadi tu memula tengok the haunted. ala2 macam crita hantu la. dia crita pasal ada entity dok kat rumah dia, nampak bayang le apa semua tu sampai kena panggil apa ke namanya paranormal halau hantu. mmmmm...nampaknya tak kira apa agama or budaya, perkara macam ni tetap ada ye. ingatkan kat tempat omputih takde benda2 gini. so, ok la...kesian gak kat home owner tu. yang saya bengang tu her black cat boleh hilang gegitu aje. sesuatu betul la. samada penyewa dia yang kanata ala2 gothic tu kidnap(catnap) or kucing lari dari rumah. mmmm..comel je kucing tu hitam lak tu. macam kucing bateri eveready gitu. hehehehee...the other story pon ada pasal kucing gak. nama georgie, who turns up be the same name as a drowned child years ago. erkkk....suspen gak menengoknya tadi. so after jejampi gitu, that house pon ok. no more kacau2. bila diingat2 balik, masa saya dok rumah bujang dulu, selalu la benda2 macam ni berlaku. macam dengar orang panggil nama, macam ternampak kelibat dihujung mata, lebam2 badan selalu ada, bab mimpi pulak toksah kata. sebab saya selain dari ratu tv, selaki harung merebut title  ratu mimpi ni. tetiap malam confirm mimpi. masa tu la. sekarang ada juga tapi takde dah mimpi hantu2 ni. dulu masa tu every time mimpi mesti la dlm mimpi tu diaorang dok cakap ni rumah kami. kami lama dah dok sini. huhuhuuu..ngei tak? alaa...saya tak padai cerita. tapi masa kejadian tu ngeri la. bila mimpi tu memang rumah tu macam selalu penuh dengan orang. sampai je  luar driveway pon ada je orang. haihaihaiiii...glamer sungguh. mujur datang dalam mimpi je..buatnya menjelma depan biji mata, harus kejung dah saya agaknya. lepas dah kawen, pindah, takde dah mimpi diaorang. huhuhuuu...lebam2 kat badan pon dah takde. dulu, lebam lama belum surut, lebam baru dah timbul. kat peha, kaki, lengan, mujur takde kat leher. kang orang ingat saya buat keje apa pulak. hantu punya hantu. huh.... so, come to think back, saya rasa rumah tu maybe ada something yang stay situ sama saya. tapi kekucing takde lak menunjukkan reaksi ketakotan ke apa. ahhhh..imaginasi saya je kot agaknya. takpe la...dah berlalu pon.  so, lepas tengok crita the haunted tadi, tengok lak my cat from hell. hehehehhe...bebetol best crita tu. ni ala2 cat whisperer la. si mamat apa ke namanya jackson kot, tolong cat owner yg ada kucing bermasalah. first kisah kucing kelabu gemok yang garang suka buli pukul cakar the orher cat. wahhhh..bukan main garang gila. ngada sungguh. so, bila dah train mak2 dia, semua dah ok. happy ending. second story, sedih. memula tak sedih, pasal kucing ni suka berak kencing merata. hoihhhhh...sungguh tak dapat dibayangkan bau harum satu rumah. hehehehehe...tapi mak dia very the penyabar orangnya. sanggop belikan kain alas khas tu supaya kucing dia berak atas tu. siap ada poo corner sebab budak tu takmau berak kat litter box. bila jackson check...baru la mak dia cerita rumahnya kucing dia telah di declawed kan. hah!!!! memula saya ingat apa. rupanya cabot kuku you olls!!!! zalim sungguh. ni previous owner la punya kerja. kononnya nak cegah dari cakar2 sofa le tu kan, terus ko cabot kuku kucing tu without thinking the negative impacts for the cat. dari pembacaan cara dan dari si jackson tu cakap, dia diibaratkan kalo kita manusia ni kena potong jari!!!! ko nak? kan ke menyeksa namanya tu. out of nothing, saya tetiba je nangis. emosi sungguh. walhal tengok kat tv je pon. rupanya bila dia dah kena declawed tu dia memang takmau pi litte box, sebab sakit tapak kaki dia tu. jalan pon tempang sebab sakit dan tulang masok ke dalam . dalam kes ni, kucing tu kucing parsi nama fi. owhhh...so cute n active and gendut juga. sampai hati manusia buat dia macam tu. agaknya diaorang nak kucing yang ikot kata macam robot agaknya. tak cakar furniture, baik selalu gitu. haihh..macam tu ko jgn bela kucing, ko pi beli robot bentuk kucing dan boleh setting ikot apa ko nak. huh...bencilah. sambong nangis. so, emak si fi nak pon dah cakap, dia bukan byk sgt duit nak berubat ke apa, tapi still willing to take care of the cat. so si jackson tu bawak kawannya doktor tolong bagi akupuntu gitu. taktau le free ke apakan..idok pulak dia cakap. so, lepas dah berubat, baru la si fi ni nak berak kat litter box. slow2 la kan mak dia ajar. huhuhuuu..really respect kat mak si fi ni. gigih la dia. tak putus asa. as for fi, she turns to be more healthy and happy. dah boleh poo kat litter box. but bila yang time mak dia baca esei as fi tu, sedih sangat. saya nangis. huhuhuuuu...bila teringat2 ni pon nangis jugak. sampai hati they did such a horrible thing to such a cute cat like fi. or to any other cat. no cats deserved to be declawed. saya  protest! tetiba je kan. ye la...seksa okeh. cuba jari kau aku potong pasal kau suka usik2 barang orang. tak ke gila namanya tu. saya harap kat malaysia ni takde la kejadian macam tu. kalo tak...entah la..taktau nak cakap apa. agaknya kalo fi's previous owner yang jahat tu dapat kucing macam richard yang suka cakar sofa sampai jahanam ni, bukan kata cabut kuku, terus potong kaki tangan gamaknya. adoihai...sedih la bila tengok rancangan tu tadi. saya ni jenis cepat emosi. ciwek la senang cerita. tengok lak benda macam tu. huiiii...bila saya tenung2 kucing2 saya semua ni, ranya sayang sungguh kat diaorang. walaupon....ye...walaupon saya ni dah registered as their slave, tukang pencacai poopoo, tukang kemas segala, tu belom tanggung kerugian furnite segala jahanam kena cakar, kos pi klinik, kos makan semua...tapi takde la sampai nak mendera diaorang ni. haiii...entah la dunia sekarang. nyawa haiwan or manusia senang je dipertaruhkan. back to fi story...sayang dia. walopon tu cerita entah berapa tahun yg lepas punya ke kan. saya harap akan ada ramai pet owner yang baik macam mak si fi tu, megan kot nama dia. love your cat as you love yourself. sayang semua.









Tuesday, September 17, 2013

tiwi...





hello... tengah wat pe la tu ye. tengok tv ye? hehehehehe...saya ni memang dari kecik hantu tv. rerasanya la kalo takde tv tu payah benor nak survive. maklum la..masa kekecik mana ada kawan. dok tercongok je sensorang. apa lagi, tv je la kawan saya. pagi petang siang malam. celik mata tv, pejam mata pon depan tv. sanggop angkat selimut bantal supaya dapat tido depan tv. ye la...dulu2 mana ada macam orang zaman sekarang. sekarang living room pon ada tv, bedroom pon tv, even kengkadang kat dapor pon ada tv. dulu ada 1 je tv kat ruang tamu. ahhhh...saya pedulik hapa dulu masa kecik saya tak dulik. makan tido semua depan tv. masa dulu suka la apa juga channel semua bantai. dulu kan takde astro tapi belasah je apapon tengok juga. sekarang bila dah besar, lagi la asyik tgk tiviiiiiiii je. obek pon pening . hahahaha...dia kata saya ni asyik tgk tv je. saya ckp ye la. nak buat apa lagi. dari saya kuar merayau tak tentu harah baik la saya tengok tv. sekarang memacam channel ada. channel hiburan, ilmu pengetahuan, ilmu agama, masak2, channel penyakit2 segalanya la. nak tgk channel bahasa asing pon boleh. tak ke seronok tu namanya. saya if semua channel boring takmbest, channel sport orang main sukan ntah hapa2 pon saya boleh tengok. terok betol. dari tv saya belajar banyak perkara. tentang diri, tentang hidop, tentang masyarakat, tentang memacam la. cumanya absorb je la yang elok. ada gak pengaruh tak elok dari tv. contohnya memacam le. ada cerita tunjuk camne nak curi2 or buat jahat. haaa...yg tu jangan la diambil. kita ambik yang elok2 je. paling suka bila tengok channel masak2. wahhhh..masa tu berkobar2 semangat nak cuba semua resepi. tapi time tu je la. bila rancangan habis, semangat berkobar tu pon tamatt sekali. hahahahahaa...masa zaman sekolah dulu pon, saya masih kekal setia dengan tv. buat homework depan tv, study depan tv. masa tu tak banyak sikit mendatangkan ilham gak camne nak jawab soalan exam. orang maybe ada yang kena senyap sunyi baru boleh study, saya tak. saya study depan tv terpasang. mata tengok buku, telinga dengar tv. tapi kalo radio tu saya kureng sikit. agaknya pasal tak nampak orang geak2 kot. kartun apa jua jenis kartun pon saya layan. untuk budak kecik ke macam timmy time tu, or ala2 ganaz ke macam bleach tu, or yang best2 ngarut macam phineas n ferb pon saya bantai la. tapi saya suka detective conan. muwahahahaha...tak dapat tgk kat tv, pi tgk kat utube. parah betol. kat rumah ni bebudak yang paling suka tgk tv ialah elly. acha n richard takde hal. ada ke takde ke diaorang x kisah. tapi kalo elly, tu diaaa....siap meniarap2 mendongak depan tv. saya taktau la samada dia bebetol paham tv tu or just kebetulan dia suka tgk tv. so, saya ada geng la. hehehehehee...tu gambar acha tengah menyampah sebab saya baru lepas kacau dia tido. siap jelir2 lagi. arghhhh....tak dulik. nak jugak kacau. ok la...nam sambong tgk tv. heheheheee....obek, i love you! tetiba je kan ending lari tajuk. ahhh...dulik lah. 













Wednesday, September 11, 2013

all time gangster...

tu diaaa...all time gangster katanya. maunya tak. kerja dia carik gaduhhhhhh je at any time. geamlah! richard dah tentu mangsa tetap. kadang tak pasal2 dengan acha yang cool tu pon jadik. paling hampeh, if tak dapat anybody, saya pulak yang kena jadi mangsa kemarahan dan kegeramannya. ini tidak adil..ini tidal adil bagikuuuuuuu.. now since richard belom berapa semboh, bila saya keluarkan richard bagi jalan2, elly saya masukkan dalam cage. lantak kau la. degil tu je ubatnya. kalo tak masak le mamat richard kena gusti segala. dan saya lepaskan elly bila saya dah dok relax. means, saya dok tercongok boleh monitor gerak geri gasing dan membaca akalnya yang panjang berkilometer2 tu. pandai okeh serang hendap dari belakang. sungguh ko belajar perang dari rambo gamaknya. acha takde hal. dia buat hal sendiri je. orang tak kacau dia, dia tak kacau orang. paling2 pon mendera saya garu perot dia. apa ada hal. tapi elly bila malam menjelma time tido dia la yang paling lemah lentok manja melampaui batas2 kucen. huhh...asyik nak menyodok kepala dia suruh kita garu. turun naik katil pusing bilik check setiap penjuru mengalahkan ajen fbi mencari bom tersembunyi. manja melampau. alahaii...gangster pon gangster la. tetap saya sayang ke hujung langit.  pagi tadi belom ada aksi gaduh. sebab tak bagi bersua muka. malam kang taktau le kan. eh..malam ni nak masak apa ha. obek dah balik semalam. yahoooooo...love you obek! tapi nak kena pi lagi next monday. mencik ahhh.. camne la orang yang memang dok jauh dari husband tu ye. ada yang husband keja kat luar negara la, yang keje askar lelama jejauh tu, yang memacam le kan. hebat betol mereka tu semua. siap ada anak2 lagi untuk diuruskan. saya ni baru outstation dah gelabah puyu tak tentu hujung pangkal. hishhh...kena belajar kuatkan diri ni. alalalala...dah tau perangai ciwek (kuat nangis), camne nak jadi kuat. takpe..cuba, cuba, cuba. rumah ni selalu ada kucing luar datang merendek kat sini. dok kat pintu then bebudak rumah ni mengeow la konon marah. piiirahhhh... dah tentu orang tu kat luar takdenya boleh masok dalam rumah. lagi mau marah. saya letak jug biskut bowl kat luar tu. nasib la sapa sampai dulu dia la punya rezeki. akan tetapi, lepas makan sedap pulak dia melepak atas kereta guwe. cinabeng sungguh. dah le kereta tu comel, bertambah anggun bila ada corak abstrak tambahan berupa cop tapak kaki kucing. arghhhh..saya dah le malas basuh kereta. jadi, sekali pandang cantik gak kereta ada corak2 tapak kaki kucen. dua kali pandang.....dah, dah..buat taktau je dah. about anjing luar yang selalu lepak kat gate, lama dah takde. mana entah perginya. kena tangkap dek majlis daerah kot sebab mmg dah lama takde nampak any stray dogs around this area anymore. mmmm..takpe la. kalo ada saya ok je. jangan pulak korang cepat je jatuh hukum anjing haram tak boleh dekat rumah. bukan saya bawak masok rumah. dia duduk je pon kat gate tu. haihhh..some people ni over islamic sangat. yang dia tu mengumpat mengata orang tak tentu hujung pangkal islamic sangatlah. owhh..tak boleh cakap lelebih. kang jadi isu pulak. pegang anjing tak salah, asalkan  kering. nanti samaklah. kan dah belajar semua tu. bagi makan anjing pon tak salah pada saya. bukannya ko beriya bukak mulut anjing tu suapkan makanan. letak jauh je pon dia pi mkn sndiri. bukannya haram. ni tak, nampak anjing 20km dari dia dah cakap haram. yang ko bertenet baca update blog, fesbuk segala guna tenet opis tu tak haram? makan gaji buta orang suruh buat keje ko menyembang menggatal tu tak haram? elok sangat la tu. ehhh...dah kenapa la hari ni nak hot pulak. sabar, sabar...sabar itu separuh dari nama sabariyahhhhhhh... ok la, nak pi buat keje. jangan speku lelebih, makcik keje sendiri, pakai tenet bayar sendiri. kadang terbabas juga tak bayar. tettttttt...

Tuesday, September 10, 2013

bergumpal-gumpal...

pagi tadi atas sebab kasihan yg teramat, sementara membersihkan litter box, saya pon keluarkan si richard. ye la bagi dia lurus2 kaki pusing rumah. akan tetapi, dalam sekelip mata sekilas pandang, saya tak perasan rupanya gangster of the year si elly ada kat belakang saya dan telah meng-attack richard! apa lagi...bergumpal2 berguling2 sampai tercabot bulu segala. saya tergamam tak boleh nak buat apa. capai penyapu pi sepak si elly. tak kena pulak tu! hantu betol. ye la..saya pon takot juga sebab tengah gadoh beriya. luckily, richard dapat lepas dan menyorok kat tempat sempit. huhuhuu..elly tak puas hati sambong attack acha pulak. dah diaorang berdua pulak bergumpal. astagfirullahalazim..mengucap panjang saya. tak pasal2 acha pon jadi mangsa geram elly. saya sakit hati betol. lepas dah selesai tu, saya kemas2 segala. tangkap elly, letak dalam cage si richard. bagi dia rasa camne dok dalam cage. padan muka dia. baru duduk dalam tu seminit dah meraong bagai nak rak. saya buat tak pedulik je. lantak kau la. degil sangat. nak sangat jadi gangster kena la tahan cobaankan. haaa...rasakan. geram! camne nak buat elly tak gadoh dengan richard??? help ma.....

Monday, September 9, 2013

sudah sunat la...


alololo...siannya dia. sudah kasi sunat la. sebenarnya lama dah teringat nak sunatkan dia. tapi asyik bertanggung dari sehari ke sehari je. sampaila aktiviti bergaduh dengan elly menjadi bertambah ganaz sampai berdarah2 macamkan orang pergi perang, dan aktiviti pancut memancut berlaku. memula pancut kat dapur je. boleh tahan lagi coz senang nak basuh. kat lantai je kan. sampai la dah melampau pancut kat sofa dan baju yg saya dah lipat. ini tak boleh jadi. melampau la ni. yang kasi melampau pon kita jugak. tak boleh nak salahkan kucing tu jugak. so, terus call klinik buat apointment. mmmm..esok paginya terus zasss..malam before sunat dah puasakan dia dan kurung. alahaiii..bergegar rumah malam tu coz dia kan tak biasa kena kurung. asyik la menjerit. saya keraskan hati dan buat pekak telinga je. biarkan dia. kene kurung kejap je pon bukan saya dera dia ke apa. sabtu pagi tu pukul 11am bawak pi klinik. tottettoetet semua tinggal la richard. uwaaaaa...saya pulak yg menangis. owhhh..entah. rasa macam sedih je. petang pukul 5pm klinik call cakap dah boleh amik dah. tanya doktor camne nak jaga budak baru lepas sunat ni. doktor kata kurung dia supaya dia rehat dan tak gaduh dengan kucing lain. itu dah mesti. elly si gangster dok menunggu peluang je ni. balik je rumah richard terus menuju tempat makan. lapar latu. ye la..lama kot puasa. dari the day before tu pukul 7pm dah tak makan ni dah 6pm lebih baru jumpa makanan. kalo manusia pon kebuluran. tengok dia makan banyak saya lega la. pastu tengok dia minum. walopon sikit tapi minum dah. malam tu pantau dia selalu. sampai la dia macam tak kencing berak dan muka tak semenggah, saya emel ke meowwmania tu minta tolong camne nak jaga. memang gitu ke budak baru lepas sunat. mujur cepat je meowwmania reply emel. hehehehee..tq so much sayang. lega sikit perot bila ada yang bagi info  berterusan tu. malam tu memang richard tido lemah je. sian dia. akan tetapi..elly telah menterrorostkan cage richard. sakit betol hati saya. tak senang orang tu nak rehat. dah le pulak saya tutup cage dengan kain bior dia tak nampak. boleh gak dia dia hulur kepala masok bawah kain tu. siap nak marah2 richard lagi. richard mamai dia tak pedulik pon. last2 saya dgn elly yg bercekau. sabar je la. pantang terluang ely mesti nak pi tengok richard tu. ko tunggu elly, ko punya giliran hujung bulan. itu jam ko rasa la. hahahahahaaaa...sebelom ni saya tak sunat elly sebab takde pulak isu pancut2 ni. bila time richard ada lak pancut. tu yg heran tu. entah la. harap semua ok. by today, richard dah ok dah. dah berak dah kencing. makan minum semua ok. but still saya letak dalam cage. wbagi luka sunat betol2 baik. tu if keluar mesti nak bergumpal lagi dengan elly. richard tak bagi saya tengok tempat sunat tu. dia marah okehh..saya nak le tengok ok ke tak ke. kot2 nak kena letak ubat gamat ke bak kata si meowwmania tu. mmmm..nanti la slow2. lagi 2 hari saya rasa dah boleh keluar cage kot. harap2 la. so dah sunat nak kena buat pulut kuning ni. hahahahaa..nanti la tunggu elly pon dah sunat. sekalikan. yahooodapat makan pulut kuning. saya je la makan, kucing makan biskut je dah. hahahahahahaaa...ok la.sesapa nak bagi maklumat penjagaan kucing lepas sunat boleh bagitau saya. saya kurang pengalaman bab jaga orang sakit ni. owhhh..obek still outstation penang. sian saya sensorang je. sedih la. uuwaaaaa....obek..keja je la projek kat kl, takyah jejauh macam tu. balik cepat tau. rinduuuuuu....