mari mencari....

Google
 

Monday, September 30, 2013

emosi sungguh la...

haa....emosi, sungguh la emosi. in fact sampai nangis2 lagi nih. huhuhuu..bukan apa. tadi tengok tv. dah kata hantu tv, haruslah dah tetengah malam pon tengok mengadap tv lagi. sesambil tunggu al-sultan obek tu balik, so tengok tv le kita reramai. mmm..saya sorang je yang tengok. lagi3 ekor tu terbongkang tido. sekor dok kat sebelah sambil digaru perot, sekor kat belakang sofa, sekor atas sofa. lantak korang la. owhh...tadi tu memula tengok the haunted. ala2 macam crita hantu la. dia crita pasal ada entity dok kat rumah dia, nampak bayang le apa semua tu sampai kena panggil apa ke namanya paranormal halau hantu. mmmmm...nampaknya tak kira apa agama or budaya, perkara macam ni tetap ada ye. ingatkan kat tempat omputih takde benda2 gini. so, ok la...kesian gak kat home owner tu. yang saya bengang tu her black cat boleh hilang gegitu aje. sesuatu betul la. samada penyewa dia yang kanata ala2 gothic tu kidnap(catnap) or kucing lari dari rumah. mmmm..comel je kucing tu hitam lak tu. macam kucing bateri eveready gitu. hehehehee...the other story pon ada pasal kucing gak. nama georgie, who turns up be the same name as a drowned child years ago. erkkk....suspen gak menengoknya tadi. so after jejampi gitu, that house pon ok. no more kacau2. bila diingat2 balik, masa saya dok rumah bujang dulu, selalu la benda2 macam ni berlaku. macam dengar orang panggil nama, macam ternampak kelibat dihujung mata, lebam2 badan selalu ada, bab mimpi pulak toksah kata. sebab saya selain dari ratu tv, selaki harung merebut title  ratu mimpi ni. tetiap malam confirm mimpi. masa tu la. sekarang ada juga tapi takde dah mimpi hantu2 ni. dulu masa tu every time mimpi mesti la dlm mimpi tu diaorang dok cakap ni rumah kami. kami lama dah dok sini. huhuhuuu..ngei tak? alaa...saya tak padai cerita. tapi masa kejadian tu ngeri la. bila mimpi tu memang rumah tu macam selalu penuh dengan orang. sampai je  luar driveway pon ada je orang. haihaihaiiii...glamer sungguh. mujur datang dalam mimpi je..buatnya menjelma depan biji mata, harus kejung dah saya agaknya. lepas dah kawen, pindah, takde dah mimpi diaorang. huhuhuuu...lebam2 kat badan pon dah takde. dulu, lebam lama belum surut, lebam baru dah timbul. kat peha, kaki, lengan, mujur takde kat leher. kang orang ingat saya buat keje apa pulak. hantu punya hantu. huh.... so, come to think back, saya rasa rumah tu maybe ada something yang stay situ sama saya. tapi kekucing takde lak menunjukkan reaksi ketakotan ke apa. ahhhh..imaginasi saya je kot agaknya. takpe la...dah berlalu pon.  so, lepas tengok crita the haunted tadi, tengok lak my cat from hell. hehehehhe...bebetol best crita tu. ni ala2 cat whisperer la. si mamat apa ke namanya jackson kot, tolong cat owner yg ada kucing bermasalah. first kisah kucing kelabu gemok yang garang suka buli pukul cakar the orher cat. wahhhh..bukan main garang gila. ngada sungguh. so, bila dah train mak2 dia, semua dah ok. happy ending. second story, sedih. memula tak sedih, pasal kucing ni suka berak kencing merata. hoihhhhh...sungguh tak dapat dibayangkan bau harum satu rumah. hehehehehe...tapi mak dia very the penyabar orangnya. sanggop belikan kain alas khas tu supaya kucing dia berak atas tu. siap ada poo corner sebab budak tu takmau berak kat litter box. bila jackson check...baru la mak dia cerita rumahnya kucing dia telah di declawed kan. hah!!!! memula saya ingat apa. rupanya cabot kuku you olls!!!! zalim sungguh. ni previous owner la punya kerja. kononnya nak cegah dari cakar2 sofa le tu kan, terus ko cabot kuku kucing tu without thinking the negative impacts for the cat. dari pembacaan cara dan dari si jackson tu cakap, dia diibaratkan kalo kita manusia ni kena potong jari!!!! ko nak? kan ke menyeksa namanya tu. out of nothing, saya tetiba je nangis. emosi sungguh. walhal tengok kat tv je pon. rupanya bila dia dah kena declawed tu dia memang takmau pi litte box, sebab sakit tapak kaki dia tu. jalan pon tempang sebab sakit dan tulang masok ke dalam . dalam kes ni, kucing tu kucing parsi nama fi. owhhh...so cute n active and gendut juga. sampai hati manusia buat dia macam tu. agaknya diaorang nak kucing yang ikot kata macam robot agaknya. tak cakar furniture, baik selalu gitu. haihh..macam tu ko jgn bela kucing, ko pi beli robot bentuk kucing dan boleh setting ikot apa ko nak. huh...bencilah. sambong nangis. so, emak si fi nak pon dah cakap, dia bukan byk sgt duit nak berubat ke apa, tapi still willing to take care of the cat. so si jackson tu bawak kawannya doktor tolong bagi akupuntu gitu. taktau le free ke apakan..idok pulak dia cakap. so, lepas dah berubat, baru la si fi ni nak berak kat litter box. slow2 la kan mak dia ajar. huhuhuuu..really respect kat mak si fi ni. gigih la dia. tak putus asa. as for fi, she turns to be more healthy and happy. dah boleh poo kat litter box. but bila yang time mak dia baca esei as fi tu, sedih sangat. saya nangis. huhuhuuuu...bila teringat2 ni pon nangis jugak. sampai hati they did such a horrible thing to such a cute cat like fi. or to any other cat. no cats deserved to be declawed. saya  protest! tetiba je kan. ye la...seksa okeh. cuba jari kau aku potong pasal kau suka usik2 barang orang. tak ke gila namanya tu. saya harap kat malaysia ni takde la kejadian macam tu. kalo tak...entah la..taktau nak cakap apa. agaknya kalo fi's previous owner yang jahat tu dapat kucing macam richard yang suka cakar sofa sampai jahanam ni, bukan kata cabut kuku, terus potong kaki tangan gamaknya. adoihai...sedih la bila tengok rancangan tu tadi. saya ni jenis cepat emosi. ciwek la senang cerita. tengok lak benda macam tu. huiiii...bila saya tenung2 kucing2 saya semua ni, ranya sayang sungguh kat diaorang. walaupon....ye...walaupon saya ni dah registered as their slave, tukang pencacai poopoo, tukang kemas segala, tu belom tanggung kerugian furnite segala jahanam kena cakar, kos pi klinik, kos makan semua...tapi takde la sampai nak mendera diaorang ni. haiii...entah la dunia sekarang. nyawa haiwan or manusia senang je dipertaruhkan. back to fi story...sayang dia. walopon tu cerita entah berapa tahun yg lepas punya ke kan. saya harap akan ada ramai pet owner yang baik macam mak si fi tu, megan kot nama dia. love your cat as you love yourself. sayang semua.









2 comments:

meowwmania said...

mmg zalim la bab cabut kuku kucing tu kalau kite tgk pon kompem melalak..harap fi sihat selalu sobsss

Misz Pinkie Winkie said...

kesiannya kena cabut kuku tue..kalau kita tgk citer tue pon kompem nangis..
ala citer2 paranormal tue mmg kita tak tengok pong...serammm wooo