mari mencari....

Google
 

Monday, December 29, 2014

serigala besar yang jahat yang baca buku?...








hello...

boleh tahan ye seminggu sekali menulis. hehehehhee... jalan2 baca blog orang pon dah kurang sekarang. takpe..nanti ada masa boleh je jalan2 baca lagi kan. anyway.. ni nak cerita pasal pergi book fair yang ada serigala jahat tu... owh...lama dah kan. kalau tak silap awal bulan december hari tu la.

sebenarnya saya tak tau pon ada book fair tu. tapi secara tak sengaja sabtu malam tu obek aja pergi mines sebab nak beli batery ipad.. batery tu kong agaknya sebab walaupon charge seharian tetap le tak penuh. dah tu kalo indicator tunjuk penuh pon baru guna 5 minit dah bunyik tett tett tetttttt kata dah habis battery. dah kenapa benda tu? benci. so, tu yang pergi. sekali masa dah nak sampaitu tertanya2 kenapa la banyak beno kereta, parking sampai ke luar bagai. sekali tengok signboard besar tu dia... ada book fair serigala besar yang jahat buat.. amboihhh.. menggelejat dalam kereta nak pergi jam2 tu jugak. ehhh... obek kata pergi lain kali. pergi sendiri sebab malam tu dia nak cepat. dia kata saya kalopergi ke tempat2 macam tu mesti berkurun baru nak selesai. huhuhuhu... benci. so tak pe la. dah janji nanti boleh pergi sendiri. walopon dia tu 24 jam bukanya, tapi saya boleh pergi siang saje lah.

malam tu dah sampai rumah saje la menggatal sms dengan mama ashley. konon nak ajak le dia pergi sekali dia reply dia dah nak pergi dah tu tengah bersiap2. wahhhh... 1am nak gerak. huwaaaa.. jawabnya saya memang kena tinggal le. hishhh..sedehnya. ikut hati nak sangat pergi tapi apakan daya. sultan saya tu tak bagi saya keluar malam ye. siang takpe. mama ashley pulak malam tu je dia free. owhh.. kalo tak mesti best dapat jumpa sambil gossip sambil tengok pilih buku. takpe.. lain kali mesti ada kesempatan dating2 lagi ye.

esoknya sunday obek kerja. saya dok rumah sensorang melayan kekucings ni. haihhh.. bosan betol. tanya kat mama ashley jadi ke dia pergi malam tadi tu dia kata dia dah pergi. wahh.... bestnya. dalam pada boring tu ada le pulak orang sms saya. saya kuar lunch dengannya dan terus ajak pergi ke book fair tu. hehehehehhee... ada juga rezeki nak pergi ye. saya parking kat bangunan miecc tu le. banyak gak kosong. ingatkan susah nak dapat parking sebab tengok berderet kereta parking kat luar dan parking kat dalam mines tu pun full. owhhh.. rupanya boleh parking kat belah sana, mana saya tau..baru 1st time saya parking dalam tu. kena rm4 sekali masok. boleh la.. asalkan senang parking udah. sebelom masok kita snap2 pics dulu kat luar tu ye. sebelum ni kalo tak silap saya dia ada buat macam pentas, ada maam kapal lanun le, ada kereta le. tapi kali ni takde apa. cuma buat lighting besar je tulis bigbadwolf. udah namanya pakai camera cokia, makanya gambar gulap gulita le. hahahahhaa.... banyak kali snap dari angle yang berbeza, tapi hasilnya tetap le gulita. apa boleh buat. maka tu je la yang ada. bila masok ada lak macam sangkar (eh, sangkar ke?) tak pasti lak apa funsgi sangkar tu. tempat rehat ke? tempat tangkap ambar ke? sempena krismas ke? entah le. belasa je la amik gak gambar tu yang penting cantik. lepas tu bermula la episod meneroka. mmmmm... saya rasa macam tahun lepas lagi best je dari tahun ni. hehehehhehe,,,, pusing2 lama juga dalam tu. dekat 4 jam juga la berlegar. sampai macam nak tercabot lutut tercabot tangan. konon berat sangat le bawak kotak isi buku tu. amboihhhh...

sikit je beli. tu le pic buku2 yang saya beli. hehehehhe... dah baca ke? dahhhhhh... eh..baru satu je baca. yang lain belom berkesempatan lagi. masalahnya kalo baca buku2 tu kalo dah start payah nak berenti. jadi ketagih. so kalo nak start baca biar time yang betul2 free. haa..itu jam baru belasah cukup2 sampai lebam mata. baru 1 buku je habis. ada lagi tu nanti nak baca jugak. gitu le kisahnya orang yang beli buku setahun sekali. beli pon pilih yang murah je. hehehhhe..dasar cheapskate. kalo boleh biar harga buku tu rm5 je. hahahhahahahhaa.... mama ashley, next year kita pi berdua ye.. dah booked u awal2 nih. hahahhahahaha.....

lepas beli buku, pusing2 kat dalam mines tu kejap. nak makan macam kenyang lagi. nak makan yang ringan2 je. so lepak setarbak dulu minum2. on the way balik singgah kedai mamak beli nasi lemak bungkus kecik2 tu dengan mee goreng. owh.. dengan teh ais jugak. malam tu obek balik lambat.. almost 4am baru balik. chehhhh... penat je tunggu. gitu le ceritanya seharian hari ahad tu. huhuhuhuhuuuu... tak le menarik sangatkan tapi boleh le. sebab biasanya saya tinggal soranggggggggg je. takde geng. nak borak pon dengan kucing2 ni je la. diaorang ni keje lain takde. makan tido makan tido gaduh. ala2 nak borak nak bincang dunia memang takde le. acha lagi le. dia lagi tak amik pot hal saya, janji perot dia kenyang. huh... dasar sungguh. kekadang rasa bosan je sensorang. obek bagi je saya keluar tapi nak keluar pergi mana? merayap tak tentu hala sensorang tu hishhh.. baik le saya dok rumah tengok tv makan baring tido. tak gitu??

eh.. ok lah. banyak pulak menulis kali ni. nanti kita tulis2 cerita lain pula ye. adiosssss....

Monday, December 22, 2014

one fine day... lamb chop & mash potato with black pepper sauce...







hello...
edisi makanan lagi nampaknya. kali ni buat lamb chop dengan mash potato pastu black pepper sauce. resepi korek kat internet semua dan diolah mengikut kesesuaian tekak dan bahan yang ada kat rumah. adaresepi yang guna ready-made black pepper sauce dalam botol tu tapi saya tak guna tu sebab takde. malas nak beli sebab rasa macam jarang je nak guna nanti expired je lebihan tu. so saya guna lada hitam biji pastu tumbuk sendiri. arghhhhh...ketang ketung ketang ketung makanya menjadi la. perap dulu daging tu dengan lada hitam, bawang putih, ketumbar sikit, jintan manis sikit, tumbuk semua. gaul dengan sos tiram dan gula garam sikit. gaul dan perap daging.

untuk sos pula tumis bawang putih, bawang merah (resepi kata bawang holland yang kuning tu, saya takde bawang tu), sos cili sikit, sos tiram dan semestinya lada hitam, tumbuk kasar2 je. letak kiub pati ayam sikit, bagi kicap sikit untuk gelapkan warna sos tu. bila dah masak, pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. siap!!!! nampak macam susah je kan, tapi sebenarnya resepi senang je.

mash potato pon senang, rebus2, lenyek2, campur butter campur susu sikit, siap!!!!! broccoli tu rebus je la. tu pon kenkonon bercita2 nak buat pasta salad, tapi pikirkan malas, so takde la. huhuhuhuu....

saya buat ni masa hari wedding annyversary saya tu le. konon nak le surprise obek buat western dish konon, nak candle light dinner konon...the twist is, dah cun2 nak makan western tetiba ada nasik jugak dalam pinggan tu. hahahahhaa.. takde nasik kang tak kenyang obek makan. takpe la. candle light dinner begitu tragedi bila si culprit acha pergi sepak the candle holder. habis tergolek bergelap rumah. hoihhhh.. bikin spoil my romantik dinner la mamat tu. adoihai... end up makan je la bukak lampu macam biasa. acha...acha... betul2 dia ni tau. hehehhee... so pada sesiapa yang nak mencuba dipersilakan. takde oven pon takde..bakar je atas kuali biasa kat dapor. boleh je. okeh..selamat mencuba!

Thursday, December 18, 2014

alhamdullillah...it's our 4th year wedding anniversary...




alhamdulillah...

syukur kepada Allah SWT yang telah memanjangkan usia kami dan usia perkahwinan kami. hari ini 18 December 2014 telah genap 4 tahun lamanya usia perkahwinan. hehehhehee.. kalau ada baby kecik mesti dah sekolah tadika sekarang tapi takpe..belum dikurniakan rezeki ke arah itu. kita cuba lagi!!!!

apapon, sepenuh kesyukuran atas segalanya. Terima kasih Ya Allah atas kurniaMu. hambaMu ini berdoa semoga tahun2 yang mendatang akan lebih keberkatan dan kegembiraan.

berdoa, berdoa, berdoa..bersyukur, bersyukur, bersyukur...semoga peristiwa yang akan datang lebih baik dari segala segi.

aminnn...


Wednesday, December 10, 2014

one fine day... pecan pie...






hello...
lama dah tak tunjuk yang masak2 tu kan. masa ni masak pecan pie. first time saya try test cuba masak benda ni. menjadi juga nampaknya. sedap juga sesekali merasa makanan dessert omputeh ni kan. kemanisan boleh diadjust ikot tekak melayu la.. kalo nak manis lebihkan gula, kalo nak kurang manis kurangkan gula, sebab jika ikut resepi yang load dari page omputeh kebanyakkannya memang manis melantong. hehehehhee.... so, kepada sesiapa yang nak mencuba dipersilakan. makan dengan chocolate drizzle atasnya untuk menambahkan kesedapan dah kelemakan dalam tubuh badan. jangan risau, lepas makan esoknya kita pergi la jogging pusing taman 2-3 kali cukuplah kan. hehehehehhee....

saya pasti akan buat lagi lepas ni cumanya nak beli kacang pecan tu macam mahal je. walnut pon sama harga amboihhh... almond boleh tahan tapi kebelakangan ni macam semua je dah naik harga. ke memang macam tu? entah.  almaklum... saya ni jenis kedekot pahit sikit. tapi kalo terigin sangat beli juga la buat sendiri. nak cari  yang dah siap jual tak pasti pulak ada kat mana.

okeh..nanti kalo saya ada masak2 lagi saya tunjuk ye. adios.....



Tuesday, December 2, 2014

bayu berhembus di dinihari, kalau rindu bacalah entry ni...







assalamualaikum....

tu sapa pulak yang berskandal dengan teletubbies merah tu.. tak sesuai sungguh tengok kaki pon pose sepesen je. hahahhahaha..... what a sweet memories..

ok la.. lama betul rasanya tak menulis. sebulan lebih ye. macam2 hal la sekarang ni. janji nak buat baju dengan mama ashley pun tak pegi2 lagi beli kainnya. sure mengamok le minah tu. antara kejadia2 yang telah terjadi sementara hiatus tu...

1. handbag hilang. pelik sungguh. masalahnya handbag tu memang paling jarang diguna. tempatnya dalam laci je sekali nak pakai dah takde. pelik sungguh. misteri sampai sekarang. erghhhhh.... mana nak cari dah 1 rumah saya kumbah tak juga jumpa. wallahualam.

2. handphone rosak. tak boleh on, terus black out lansung. benci sangat. habis semua info dalam phone tu tak boleh nak amik. ingatkan battery rosak sekali bukan da. tak boleh on. camno tu??? contact numbers semua takde la sekarang. sekarang guna balik hp zaman dinasor dulu2 tu. hehehhe.. mujur juga ada handpone spare. pinjam hp acha le jawabnya. sekarang takde le nak wasap ke wecet ke ap ake. sms, call in, call out sajor. huhuhuhuuu...

3. pinggan pecah. dah tak complete dah dining ware saya. benci jugak. taktau camne boleh terlepas. alololooo..bukannya berat sangat pinggan tu entah la..dah takde rezeki nak buat camne. pecah terbelah 2 terus. terkejut dog saya. mujur takde serpihan kecil risau kot la ada nanti kena kaki bebudak kat rumah ni dah satu hal pulak. kuatkan hati jangan pikir bukan2. orang tua2 kata kalo pinggan pecah ada benda buruk nak terjadi nauzubillah mintak dijauhkan. percaya pon tidak, tak percaya pon tidak. wallahualam.

4. obek demam. kali ni terok punya demam. sampai gigil2. dia biasa la kalo demam meracau lebih. risau je. this year kerap pulak dia demam. tak cukup rehat agaknya. kesian obek. dia kalo demam manja terlebih. apa pon tak boleh buat makan pon nak suap. amboihhhhh..... bila obek demam, dengan saya sekali la tak boleh tido jawabnya. nak demah kepala, nak menjaga dia kot meracau mengigau. hehehhehe... masa dia mengigau tu rasa nak cubit2 je kan tapi takpe la... orang sakit le katakan. kejut je la supaya tak melarat mengigau dia tu. hehehhehe...

5. acha makin kurus. tak tau kenapa. makan macam biasa, poopoo macam biasa. tapi tengok maca kurus. bukan saya je yang perasan, hari tu ada orang datang rumah pon dah perasan dia kata acha kurus. owh.... saya tak pandai jaga acha ke sampai dia kurus. hari tu gemok sampai kena warning dengan doktor kata jaga makan janga ngemok sangat. agaknya dia dengar kot tu yang merajuk tu agaknya. sayang acha. asalkan sihat takde penyakit sudah lah. elly? mamat tu pulak makin gems... leher pon dah takde. ayoyoyoyooyyyooo... richard? seperti biasa dok la marah kucing luar yang datang. mengamok sampai diterajangnya pintu. alahai.. orang tu kat luar je pon. bayang pon tak masok ke dalam rumah tapi richard punya marah tu macamkan kucing luar tu masok katil dia. protective sungguh.

6.  kawan saya call..cakap dia further study. terus teringin tapi apakan daya. hui..yuran bukan sikit2. puluh ribu boleh buat beli kereta baru. huhuhuhuuuu... sedang mencari info camne nak buat loan ke ptptn ke apa ke untuk further study. sapa2 ada info bagitau la. jangan la kedekut info. hehhehehe... teringinya nak further study..... rindu pegang buku.

7.  payment seperti biasa asyik lah pending. ayoyoyoooo..pening makcik. apa la keje diaorang tu agaknya. puiiii.....

8.  saya jual brownies dan cheese brownies sekarang. hehehehhe.. kenapa? tak percaya? percayalahhhhhhh... sodap. masalah everytime buat mesti nak kena buat extra untuk diri sendiri makan. dah tu kalo asyik dok melantak brownies tetiap minggu badan camne? masa tu pakai girdle ke ubat kurus ke belom tentu menjadi. dah le pemalas senaman. rasakan la. eh... sesapa nak order sila la emel. echehh..macam le ada ornag baca blog ni. hehehhehee....

9.  masalah dunia, masalah dunia, masalah dunia... tu memang sentiasa ada. malas lah nak pikir. pikir ke tak pikir ke tetap la wujud dan kena hadapi. ya Allah... berikan kesabaran dan ketenangan kepada hambaMu ini supaya tabah menghadapi apa jua dugaan..

10.  miss all of you!

ok..tu je la kot untuk penulisan kali ini. semoga berjumpa lain kali. love you!


Friday, October 24, 2014

24th October, it's my birthday!!!!!





alhamdulillah... sampai juga tarikh 24 oktober ni ye. hari ni birthday saya. yeayyyyy.... semoga hidop lebih diberkati dan dirahmati, diberi limpahan kasih sayang dari semua orang, diberi kesihatan yang baik, ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang halal. amin....

saya juga doakan pada anda semua yang kebetulan sama birthday dengan saya semoga kita semua berada dalam rahmat Allah SWT..

semoga semua doa2 kita akan dimakbulkan. amin...




credit : pics from google image


obek... oby nak birthday cake macam ni.. tak kira, nak jugakkkk.... (memang tak mendapat le tu kan) ahahhahaa... 

ok lah.. saje je nak inform yang hari ni birthday saya. so, silalah wish ye. hehehhehe... bye...

Friday, October 10, 2014

gelak-gelak pagi tadi..

lawak kesian pagi tadi...

obek : Oby, tolong ironkan baju keje bek..
oby : baju yang mana? malaslah, hari ni bek pakai t-shirt je dah la (gila bini pemalas, hahaha)
obek : ala..tolong la..bek dah kuarkan baju blueberry tu...yang kaler biru tu..
oby : hah? blueberry??? huwahhahahahahagahahahwahahhaaa... obekkk... kenapa obek salah sebot ni, oby gelak kuat niiii...(gelak guling2 sakit perot pepagi)
**
alahaiii.... kesiannya suami saya, nak sebut baju burberry jadi blueberry peginya. adoihai...ni la nasib badan. biasa baju memurah je kan cop jasko sesekali nak merasa baju memahal udah salah sebot pulak. hahhahahahaaa.....cayang obek. ye la..saya ironkan baju blueberry awak tu. hehehehe...

*******

hello..
harap semua dah sihat ye dari pening kepala ke darah tinggi ke al maklum.kan baru lepas raya qurban, kot le terlebih makan sup tulang, daging fresh segala. hehehehhee..makan jangan keterlaluan..asal kenyang cukup la (cakap je pandai, sendiri makan sampai perot tegang tak ingat). korang punya raya camne? saya havoc la. ma masok hospital hari khamis before raya tu. aduhh.. terkejar2 semuanya. mujur dapat balik on saturday petang. kalo tak kira hari ni dalam sejarah le kami raya dalam wad. hehehhee... ma dah ok cuma masih lemah. dah tua2 tu biasa la, darah tinggi, jantung semua ada. next check up kat ijn. doakan ma saya sihat ye.

bebudak seperti biasa. nakal lebih. nakal2 pon tetaplah kesayangan, acha dah makin pandai nak terajang pintu nak main kat luar. bila dapat peluang main kat luar nak golek2 pulak kat rumput tu, udah le melekat segala rumput ntah apa benda. aduhh..jadi kerja nak membersihkan dia. elly biasala, mamat tu kan boyfren saya..harus nak berkepit je kalo boleh 24 jam. manja sangat nih... richard ok je, asyik kena buli dengan elly. sian richard. hehehehhee... obek dah 2-3 hari ni kesihatan ada sikit turun. macam nak kena selsema. owh...sebelom raya hari tu obek sakit gigi. hehehhee... suruh pi jumpa dentist cabot gigi dia takmau. alololoo...dah tua2 pon takot jumpa dentist ke? takot kalu...sila la tahan sakit tu ye. dah belikan ubat sakit gigi. tengok nanti sakit lagi ke tak. kalo sakit gak saya ikat dia seret bawak pi dentist. degil.

entry kali ni takde gambar.. blog orang pon lama dah saya tak masok. kekangan masa. entah la.. malas nak strory banyak2... apapon saya doakan yang terbaik untuk semua orang. love all of you!!!!


Monday, September 29, 2014

one fine day... popia sira cili...




assalamualaikum...

hello semua.. semoga hariisnin anda ceria je ye. jangan la monday blues ke, monday jazz ke, monday dondang sayang ke..biar semua ceria baru la kerja pon boleh jalan dengan best dan berkualiti. wahhh.. gitu. hehehhee.. apapon, saya doakan semoga semua orang sihat hendaknya. amin...

so, nak cerita apa. nun kat atas tu kuih lagi. hahhahaha.... eh, 1st time saya try test buat popia sira cili tu tau tak. sebelum ni tak pernah buat. setakat popia goreng biasa tu memang la pernah.. ni bab nak salut cili tu. macam pikir oh.. camne nak salut? buat kuah macam kuah sambal tumis ke? atau macam lain ke? haa...gitu. last2 belek internet jugak le caranya kan. apa lagi. tu je la sumber rujukan yang ada. macam2 pilihan ada, macam2 style ada. so, selepas dibelek ditelek dan dipilih, saya pilih yang macam dia masak sos sambal tumis biasa tu je. cuma tambah serbuk cili. tak tau le apa fungsi serbuk cili tu, samada nak bagi pekat ke, nak bagi pedas ke, nak bagi sedap ke. bubuh je la dah resepi kata gitu. maka, bermula la episod menggulung popia. kulit biasa la, beli dah siap punya. inti pon biasa, suka hati nak letak apa. bak kata chef amar kat tv tu..dia kata suka-suka hati u nak letak apa. hahahhahahhaa.... so masa tu takde sengkuang. malas nak beli. nak makan berdua je, nak membeli sengkuang tu yang kecik takde..yang ada semuanya besar2 kepala orang. huiii..bila tahun nak habis kalu saya beli besar tu. hahahhahha... last2 letak lobak putih je sebab tu je stok yang ada. untukkali ni saya letak lobak putih parut halus, carrot pon parut halus, cendawan kering potong halus, udang kering goreng then tumbuk sikit, pas tu tumis dengan bawang putih, lada hitam sikit dan garam. dah...tu je. lepas goreng inti, letak dalam tapis supaya dia tak berair, so takle lenyo popia tu nanti kan. lepas tu gulung2 ikut suka hati letak inti banyak mana nak. jangan penuh sangat kang gemok popia, bagi dia slim2 sikit la. hehhehehe.. lepas tugoreng. dah siap goreng semua, buat kuah salut dia tu le. saya tumis bawang putih tumbuk, cili blender, dah garing masok serbuk cili, garam, gula lebih sikit. kacau sampai berkilat katanya. bagi cuka makan sikit setakat 2-3 renjis pas tu masuk sikit bijan kalo suka. saya letak sebab suka. hehehhe... then masokkan le popia tu. gaul2 sampai sebati. wallahwehhhh.... menjadikkkk... sedapnya. siap je terus ngap. ntah berapa ketol dah ngap baru susun dalam pinggan. tak senonoh perangai. sekejap je buat dah jadi. sementara masak2 laok untuk dinner tu sekaligus buat popia tu. boleh, sempat. setakat 2 orang makan tu kan boleh sangat. so, korang pon boleh cuba. terima kasih kepada pembagi resepi. tak ingat amik di blog mana sebab saya mix and match mana yang berkenan. tapi kalo korang nak try style saya boleh je. hehehhehe.... try jangan tak try. 

ok..selesai cerita popia. moh le kita cerita benda lain pulak. ahad semalam pergi melawat sedara sakit. kira sedara la. kitaorang panggil dia dengan gelaran abah. haaa...gitu. kesian. dia memang lama dah sakit buah pinggang. dah melarat ke mata. mata sebelah dah totally out tak nampak. ni masok hospital sebab operet apa ke dia kata buat housing untuk buah pinggang. entah saya pon tak berapa paham sangat. tangan lemah. jari dah mati. next surgery is for fingers amputation. sedihnya. tangan tu yang mencari rezeki untuk sekeluarga, jari tu yang menyuap nasi untuk anak2nya. saya yang sebagai orang luar ni pon terasa sedihnya. aduhhhh.... taktau la. saya melawat semalam dah boleh bangun cuma tu la..still degil. tetaplah nak makan pengat pisang manis2 tu walaupon bacaan diabetes dia tinggi. huhuhuhuhuuu..muda2 dulu memang penggemar manis, perokok tegar. saya cakap kat obek semalam, obek please jaga makan, kurangkan merokok. obek tak takut ke tengok macam tu? oby takot. diam je dia.  moga ada kesedaran. obek tu suka la tu manis2 tu. biasa kalau kat rumah boleh le saya kawal pemakanan dia. kawal kadar pengambilan gula, buat kuih or air tak manis sangat. tapi bila di luar tu diluar kawalan saya dah. huhuhuuuuu....apapon saya doakan semoga abah cepat sihat, sembuh segala sakit. kuar je wad, masok kereta baru le nak berderaian air mata. huhuhuh... 

lagi nak cerita apa..tetiba takde idea. budak2 semua ok. acha sekarang bukanmain dah pandai hari2 nak main kat luar. pantang dengar pintu terbuka dia cepat je nak kuar. kadang tu sampai  menggaru2 grill dia punya pandai nak keluar. keluar tu bukan nak pergi tempat panas. pandai lak cari spot yang redup. bijak sungguh. kalo dah kuar tu jawabnya bergolek le atas simen atas rumput. huiii...cantik bulunya lepas tu. grrr.. geram betol. layankan juga le kalo ada masa. kena dipantau kalo dia keluar kalo tak kang lesap. huiii... mintak dijauhkan. elly gangster seperti biasa. manja pon melampau2. richard biasa je. suka lompa2 kejar cicak walhal cicak tu nun jauh atas siling. dia punya melompat macamkan sampai. hehehehhee... kesayangan semua tu. 

oh..kejap lagi raya haji ye. sapa ada sedara keluarga yang pegi haji tahun ni semoga mendapat haji yang mabrur. kita bila lagi? insyaallah... doakan yang terbaik untuk semua orang. walo camne kita tak suka orang, benci ke apa ke, jangan mendoakan yang tak baik. doakan yang baik2 je. payah nak  mendidik hati supaya menjadi elok. tapi kalo nak jadi tak elok tak payah diajar, sekelip mataboleh berubah, tu la orang kata nak mendidik hati dan menjaga adap diri memang payah. lagi dibedung lagi banyak dugaan dan cabaran. huiiii....

kebelakangan ni hujan pula kalau petang2. ehehhehee.. kadangkalo ampai baju tak sempat nak sampai rumah brummmmm hujan dah turun. hehehhe..basah balik. cuci balik. takpe la. katanya excersice. haa..kan katanya nak diet hari2 makan oat. owhhh... sedihnya. memang le sedap tapi tak sesedap kalo makan nasik!!!! so seperti biasa weekend adalah hari bedal semua selagi ada. haa..gitu kaedahnya saya diet. diet weekdays je, weekend makan semua. hahahha..pastu nak sedih2 tak kurus. kau dah kenapa??? sendiri mau ingat la. weekend tadi sabtu lunch makan nasi dan laok2nya lah ye. dinner kfc. amboihhh... ahad lunch nasi dan laok2nya, dinner roti canai dan tosei. read : roti canai DAN tosei. dan ye..bukan atau. hishhh... gila makan macam orang kelaparan sangat. alalalaalallaa... roti canai tu kecik  dan nipis je so tak kenyang (alasan). tosei sihat kan tak berminyak (again alasan). ahahahhahaha.. belasah la labu. hari ni isnin kita sambong oat balik ye. bila nak timbang? tunggu balik raya. 

ok la.. banyak lak bercerita. kepada semua, buat kerja elok2. makan jangan lupa. bye..love you!!!

obek, i love you! (dah nak kena pi penang lagi outstation obek tu. huwaaaaaa..tak suka. sedih la macam ni)






Thursday, September 25, 2014

one fine day... kuih lompang...



assalamualaikum...

hello.. kembali menulis lagi. wahh... kali ni dengan kuih juga. apa dah jadi kebelakangan ni rajin pulak membuat kuih ye. takde apa2...cuma mencuba2 saje. kekadang menjadi, kekdang tak menjadi. kalo tak cuba sampai bila pon tak tau ye tak? kalo menjadi bagus alhamdulillah..boleh dibuat makan2. kalo tak menjadi biasanya boleh juga makan cuma kurang cantik. so boleh cuba lagi lain kali supaya next time jadi elok pulak.

saya suka je buat2 kuih ni. tetambah kalau ada orang yang makan. masalahnya rumah ni manusia takde. berdua je dengan obek so kalo buat kuih tu kena make sure malam tu obek pergi keje bawak kuih tu. kalo tak membazir mana larat nak makan. satu adunan kadang dapat banyak juga. nak buat separuh tak reti pulek. ehehehhe...

okeh..so, kuih untuk minggu ini ialah kuih lompang. menjadik!!! saya suka! saya suka! saya suka!!! dia lebih kurang kuih kaswi juga. bezanya kuih kaswi tu dalam loyang besar, kuih lompang dalam mangkok kecik. saya rasa la. sebab resepinya lebih kurang saya je. kata orangkalo buat kuih lompang tu kalo ada berlubang tengah tu (berlompang le tu) maksudnya kuih tu menjadi. so, kuih lompang saya kiranya menjadi la ye sebab semuanya ada lubang kat tengah. hehehehe...sedap. lembut. goyang2. resepi amik kat tenet. kebanyakkannya semua sama je so boleh pilih yang memana. sedap kuih ni. terima kasih pada penulis resepi. entah saya amik dari blog siapa saya pon dah tak pasti sebab banyak sangat blog yang bagi resepi kuih lompang. so, korang bila lagi nak try test cuba buat? cuba jangan tak cuba. bahan senang, buat pon senang, rasa pon sedap. so memang boleh buat la ni lain kali. tapi kena tunggu tulang rajin mincul lagi la kan. hehehehe...

kisah bebudak pulak, si acha bontot ala2 botak. entah kenapa. asyik dok menjilat je sampai botak bontot. nak kata uk-uk cair tak le pulak. elok je saya tengok hasil pengeluarannya tu. tapi entah kenapa kejap2 dok jilat, kejap2 dok jilat. lama2 saya tengok dah naik togel. ehhh.. risau juga. nak letak ubat apa? kang bahaya pulak sebab dia dok menjilat je kang naik pening lak dia terjilat ubat. nak tengok lagi 3-4 hari makin leok ke makin worst botakknya tu. hai.... ada je penyakit pudak ni. yang ni surut, yang ni naik. tak lekang. kisah elly pulak, makin mengganas. pantang nampak bayang richard harus dikejar dikekah dibelasah mamat tu. kadang kesian tengok richard. tak tenang dia nak melepak. asyik kena buru je. entah le apa kena. paling selamat ialah bila saya ada dan richard akan duduk berkepit dengan saya. sebab elly takkan serang dia kalo masa richard ada dengan saya. walocamne pon... ketiga-tiga tu memang kesayangan saya sungguh. eeee...pelok kuat2. geram!

obek pulak.. biasa la. keje pon macam biasa. tunggu payment tak kunjung tiba. ada je halnya. orang tu cuti bersalin la, salah buat dokumen la. laaa.. kau dah kenapa, dah tau nak bersalin tu bagi le siap2 hand over awal2 kerja. ni tak.. sampai orang lain taktau nak carik fail kau. bila dapat carik fail rupanya tak buat lagik! amboihhh... elok sangat la tu. jangan buat aniaya kat orang macam ni. awak ye la makan gaji bulan, kami ni dok ikot payment. bawah kami ada lagi pekerja yang perlu diberi gaji. mereka pon ada anak isteri yang nak diberi makan. so, buat keje elok2. payah nak cakap. apa yang penting, buat kerja biar betol. sendiri tak susah dan tak menyusahkan orang lain. ni kau buat hal nama kau pon busuk orang dok sebot kau tak buat keje. haaa... kan ke malu gitu. si tukang ganti pulak lembabol. cakap minggu ni dapat, hujung2 tak juga, janji minggu depan pulak, tak dapat juga. ayoyoyoyoo.... dah nak raya aji ni.  tapi kalo bukan pasal nak raya aji pon biar le ikot schedule bayarannya. arghhhh... pening lah pikir. pepandai le sendiri menjawab bila disoal disana nanti.

anyway.... teringin pulak nak makan rojak buah yang ada keropok2 tu. huii.... mana nak carik. punya gigih sampai dok telek internet nak mencarik resepi kuah rojak.. jumpa dah. alaa... ma pon teror buat. tapi konon nak try sendiri. walopon nan hado kan. hahahhahaa... tapi carik resepi keropok rojak tu tak pulak jumpa. adoi...camno nih. payah beno pulak. ingat kat tenet semua ada. rupanya ada gak yang takde ye. maybe saya yang belom jumpa. nanti la sekodeng lagi tenet tu. nak beli..kat area sini takde nampak pulak orang jual. jual buah potong ada le. rojak buah takde. kat pasar malam pon tak jumpa. entah mana nak carik. juga teringin nasi tomato. arghhh... semuanya teringin bila badan menaik baru nak sedeh. takde gunanya. konon nak diet makan oat je. lapar gila okeh. tak berbaloi rasanya. baik makan nasik juga. hahahahhaha... maybe korang pon ada yang tengah try nak diet, dialu2kan bagi tips supaya tak lapar sangat. chewahhhhh.... moh le kita sesama kurus tapi sihat gitu....

ok lah. nanti sambong lagi. banak dah membebel. nak round2 baca blog orang pulak. lama dah tak round. hehehehhhe... semoga semua sihat sejahtera hendaknya ye. bye!




Monday, September 15, 2014

one fine day..lepat pisang...

assalamualaikum...

chewahhh..sejak dua tiga menjak ni blog banyak pulak letak gambar makanan kan.. hahhhaa...biasa la amateur macam ni la.. baru goreng telor dah rasa hebat sangat nih...apa lagi kalo dah masok bab2 buat kuih nih. hamboihhhh.... takpe la..self motivation katanya... suka pergi jengah blog2 orang yang hebat masak tu. baru tengok pic huiyoooooo... menyelerakan. kita ni photo pon sendu. hehehehe.... blog mereka memang betol2 inspiring la. mula la dok berangan kalo la boleh masak gaya gitu. nan hado... ala2 ada tapi sama sebijik takde. sedey ye. tapi takpe.. jadikan sebagai pengajaran dan berusaha lebih lagi.

bila baca blog mereka yang hebat masak tu.. satu yang jadi motivasi untuk diri nak mencuba is 1st, bila tengok bahan yang senang, means bahan yang tak mengarot2, yang senang dijumpai, paling payah pon cari kat jesko dah jumpa. haa..if macam tu takpe.. jangan nak bahan pelik2 makcik taktau mana nak carik. 2nd, sukatan yang senang, means saya kalo sukatan pakai gram2 ounce2 ni mula la lemah gemalai. satu, sebab takde penimbang canggih digital tu. timbang jarum tu ye ada.. alalalalala.... nak jugak timbang digital tu. bila nak beli? nanti kita hantar proposal ke obek ye. 3rd, cara masak yang senang. setakan kukus grill panggang yang simple2 boleh lagi. jangan suruh panggang selama 3 jam... kukus selama 4 jam.. jawabnya makcik is pengsan. hehehhe... tapi walobagaimanapong.... setiap resepi yang dibelek dengan bersungguh2 tu kekadang saya olah sendiri juga.. mengikut kesesuaian saya. hahahha.. lepas tu bila tak menjadi mula la nak muncung mulut. haiyooo... takde la.. contohnya macam resepi lepat pisang ni. cari belek tenet, katanya nak 12 biji pisang. lohhh... saya ada dalam 7-8 biji je. so takpe.. boleh dipelbagaikan. setakat lepat tu boleh la nak improvose sendiri kan. cuba kalo buat kek, jangan pepandai nak ubah2.. jadi lain nanti. 

so, selepas puas membelek, maka jadilah lepat saya tu. saya letak inti kelapa. biasanya orang letak inti kelapa mentah kan.. saya letak inti kelapa yang masak punya. sebabnya itu adalah lebihan dari buat  kuih koci hari tu. so, sayang dari tak makan baik kita gunakan dalam lepat ni. hasilnya... marvelous wohhhhh... chewahh..tengok la sapa yang masak. hishhh.. bersemangat dah ni. hahahha.. lepas berhempas pulas, maka dapat la dalam 11 bijik lepat pisang tu.. jadi le. tu pon tak habis makan laki bini. takpe..esok boleh panaskan semula. esok kan cuti. boleh makan sambil tengok tv. tu je la yg kau tau. makan, tengok tv, makan, tengok tv. 

anyway.....all the culprits are ok. naughty as usual, cheeky as usual. owhhh.. love them so much!!! obek? pon ok jugak. me? kira ok la juga...huhuhuhuuu...last weekend went to ma house. owh...miss her so much. she even cooked my fav sambal udang. udang besau weh.. terkejut makcik tengok. ma.. next time please cook it again for me. tak puas makan (walopon perot macam dah nak meletop makan at that time). as for me, i cooked some sambal ikan pari masin. wahhh.. meletop kau jah... sodappppp... hish... there will be no ending if we are keep on talking about food. owh.. syukur alhamdulillah kepada Allah atas rezeki yang telah dikurniakan. 

so, tomorrow is hari malaysia. selamat hari malaysia. i love malaysia. im so happy and thankful to be a Malaysian. negara aman makmur, ramah mesra, kemudahan ada. walaupon kekadang ada je issues tapi its ok.. so, kita semua patut bersyukur malaysia kita aman damai. selamat hari malaysia!!!

ok..apa lagi nak tulis? i think that's all for today. nanti sambung lagi. love all of you. hugs and kisses from acha, elly and richard....



Wednesday, September 3, 2014

never in my life...masak kaki ayam..hoh...



hello...

haaa...tu dia.. tajuk pon dah menunjukkan betapa nevernya in my life masak apatah lagi makan kaki ayam. huhuhuhuhuuuu....memang le semalam the very 1st time masak kari kaki ayam tu. before this memang le pernah tengok masakan tu. obek memang suka makan kari kaki ayam tu. whenever we dine anywhere that have that dish, he'll definitely will whipped it all out. favorite katanya. ahahhahaha...

last week ada le beli ayam. biasa memang le lepas orang tu potong2 ayam dia akn bagi sekali kan kaki dan hati pedal semua tu. entah camne bila balik nak cuci semua sekali nampak ada sepasang lagi extra. dah kenapa ayamku ada 4 kaki?? magic kah? hahahhahaa.. maybe termasok le tu kot. saya pon dok pikir, nak buang ke, nak simpan ke. biasa kalo beli saya memang cakap awal2 kat orang potong ayam tu takmo kaki ayam tu.. that day tak sempat cakap pulak coz mamat tu bapak gila laju potong ayam tap tap tap dah siap. huh...efisien sungguh la pulak. so..saya basuh2 dan simpan. at the moment basuh kaki ayam tu...tangan saya menggigil2 bagaikan entah apa tak tau nak cakap. dont know why, psiko je lebih tu gamaknya. sampai ke sudah menggigilnya. ahahahhaa...

so semalam diberi kekuatan nak masak kaki ayam tu. tak pernah umor hidop masak, so bedal je a. demi suami terchenta katanya sanggop ni gigil2 pon masak jugak. buat kari. masak macam biasa. konon teror sangat. sepanjang masak tangan automatik menggigil. ya allah.... u know what im imagine of. tapi tak terluah di mulut. dah siap jerang semua baru la terhegeh2 nak check internet how to cook kaki ayam. check punya check.... rupanya kena rebos dulu lama! hah sudah.... gua dah siap masak kari, tengah jerang atas dapor. gila tengah mask pon main tenet. hishhh, hishh, hishhhh.... sebab rebus tu untuk bagi lembut katanya. keras ke kaki ayam tu? uwaaaaa.. dah tu camne. camne tak camne, saya jerang le lama sikit sampai nampak ada bahagian yang macam dah lembut terkopek sikit kan. i considered its done le tu. fuhhhh... pengalaman sungguh. nak merasa kuah pon saya ngeri nih. so, tak rasa. nasib obek le if kari tu masin ke tawar ke pedas ke payau ke. nasiblahhhhhhhh... so menjadi le kari kaki ayam 2 pasang saya tu... dengan leher. hahahhahaa....

tapi saya ada juga masak laok lain. yang laok lain tu dah tentu2 untuk saya la. obek balik semalam dia rehat dulu. biasa la tu kan. saya diam je tak inform pon maska laok paa. biasa bukan main lagi buat report masak apa for dinner. nak pujian katakan. semalam diam je saya. hahhahaha... sekali bila dah duduk kat dining table baru obek nampak laoktu. wahhh... ada kari kaki ayam katanya. terus muka bersinar2 bergemerlapan gitu. waduhhhh.. sampai begitu sekalikah dikau minat kari kaki ayam wahai suamiku??? ayoyoyooo... habis licin licau semua dia bedal  kari tu. huhuhuuhu.... saya makan laok lain terus makan sikit je. hahahahahha... siap cakap next time buat legi ye? ayoyoyooo.. ye betol.. dah 4 tahun kawen ni le 1st time saya masak laok tu. biasa if kat kg pon saya if nampak laok tu saya lari. tak tolong masak tu. saya buat kerja lain. tapi nantilah..sebab obek dah suka saya akan kuatkan semangat dan masak lagi laok ni.. tunggu le lagi 3-4 bulan kedepan ye. hahahhahahahhaa...... tengok..betapa isteri sanggop berkorban demi kesukaan suami. owhh.. kena tambah elaun lah macam ni. huhuhuhu...

ok..end of the kari kaki ayam story. pasal acha.. ayoyoyoyo..mamat tu sekarang demand terlebih2 wohhh... geram. manja sangat. elly jangan cerita la. lagi double triple manja. richard.. haa..mamat tu hari tu sebok nak tangkap cicak, pegi melompat2 sampai pecah jam dinding saya. ye... you read it right. wall clock... yang tergantong tinggi tu. pecah berderaiiiiiiiii.... mujur stillelok lagi. cover dengan hiasan belah tepi je pecah. huh.... dah le togel je jam tu jadinya sekarang. ada je tau kerjanya. masa pecah tu berderau jantung ingatkan apa yang pecah. hishhhh... mamat richard ni....

ok... lagi apa nak cerita. mmm.. no idea, so will continue until next entry. bye!


Wednesday, August 27, 2014

lamanya.... gegambar sahur 2014...




hello....

amboih..amboih..amboihhh....lama sungguh tak menulis ni. malaih beno rasanya. ish..ish..ish...tak baik kan malas2 macam ni. camne nak dapat ramai visotor kalo menulis pon 2 bulan sekali. hahahahhaa.... ada hati nak ramai visitor konon. yang ni pon baru berapa kerat je yang tau blog ni wujud. anyway.. tak kisah la kan. 

so.. apa gambar banyak2 tu? haaaa.. tu la kalo nak tau gambar masa sahur bulan ramadhan dulu. hai.. kan dah kata mesti gak nak letak kat blog... walopon syawal dah habis kan. melampau betol. tapi takpe, janji mesti ditepati walopon lambat. hehehehhehee... gambar tu ala2 tonggng terbalik sikit api kebanyakkannya dalam susunan yang betol. bermula dengan mekdi, dan berakhir juga dengan mekdi. tiap hatri sahor tak miss. walopon makan roti je. kalo tak nanti perot bernyanyi susah wooo.. gambar ada terselit kucing..owhh.. itu bukan sebahagian dari menu ye. jangan pulak ingat saya buat sahur kucig tu. ahahhahaa... tu namanya menyebok je lebih. kasi chance la member pon nak masok blog jugak. 

so, tertunai sudah janji nak letak gamabr sahur kat blog. tak kisah le ye. boleh juga buat agenda untuk update blog. jalan2 baca blog orang pon lama dah tak buat. ni baru nak menengok balik entah apa cerita orang agaknya. 

puasa dalam syawal pon dah selesai. puasa ganti pon dah selesai. fuhhhh.... lega semua dah selesai. biar awal jangan terlambat lansung terlupa nanti. tahun ni tak berapa banyak pergi rumah terbuka. akan tetapi........
ada satu rumah specel yang saya pergi. hehehehehe..  pergi open/close house rumah mama ashley. hehehehe... syioknya.. sambil dapat makan nasi impit kuah kacang, dapat juga pelok kucing mengada tu yang bernama ashley dan potter. hehehhee.. geram. rasa nak pici2. mujur la kat rumah dia kalo kat rumah saya memang lemau kucing tu saya peram. hehehhehee... menu best. ada roast chicken. sedap. beriya ni siap amik resepi tapi entah bila tahun nak buat kan. bila dengar kena roast sampai 2-3 jam.. makcik terus pening disitu. hahahahhaha.. agak2 teringin juga nanti beli la ayamas the letak dalam oven 10 minit panaskan. siap. hoiii... tipu namanya tu. anyway.. best semua. ada gak rumah lain yang pergi. most of it rumah kawan obek la. saya mana la ada ramai kawan. huhuhuhu..kesian saya.  rumah sendiri pon tak buat open house tahun ni. ibek kata nak buat tapi nanti, nanti, nanti last2 syawal habis dah. takpe la.. nanti raya aji kita buat ye. ko ada open house raya aji? haaa... kitaorang ada. hahahahhaa....

akan menulis lagi. harap2 lepas ni takde la malas nak update blog. bebudak rumah ni sihat walafiat saje. acha pi klinik hari tu annual vaccine, doktor suruh diet.. apakah? doktor ni perli saya ke apa? cakap je la saya gems lagi nak cakap kucing saya yang kena diet. benciiiiiiii.. anyway doktor kata acha jangan gems sangat nanti banyak penyakit.. macam orang juga la. ye jugak ye. kesian dia kalo sakit nanti. baiklah.. saya akan kawal pemakanannya. tapi balik je dari klinik mamat tu terus melompat keluar carrier tuju mangkok makan. habis camno????? richard pon ok. timbang ada naik. nibudak elly belom lagi. dia punya turn lambat sikit. nanti lepas raya aji, buat masa sekarang bebudak semua ok, masih membuli saya tak kira masa, tak boleh lambat garu perot saya akan dimarahi dengan terok sekali. huhuhuhuhuuu...benci tau suka nak marah2 orang. garu la sendiri perot sendiri. pemalas. anyway... layan je la...

apa lagi nak tulis. tu je la kot buat masa ni. nak round2 baca blog orang juga. kepada semua.. have a nice day!!!!!


Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014..

assalamualaikum...

amboih...dah seminggu raya baru nak update bog pasal raya. hehehehe.. biasa la tu kan. bukan nak ngadap ni je 24 jam. ada orang ye la, tenet tu kat hujung jari je, setiap minit nak update. makan kuih pon nak update jugekk, hehehhe.. takpe... bagus juga ada orang yang macam tu, baru meriah suasana hari raya.

so camne raya korang semua? saya biasa je la. raya tahun ni kat johor. owhh...sedey dowhh..tapi takde apa..biasa2 je. bertolak balik johor pada sehari sebelom raya. sampai dalam pukul 5pm. terus pi pasar ramadhan. dah tak ramai yang meniaga. ye la masing2 dah sibuk nak masak untuk raya pulak. lepas tu balik rumah. semua orang ada. lepas berbuka takde aktiviti. saya buat apa ha? lupa la pulak. takde apa kot. kat kampung obek takde orang takbir rumah ke rumah pada malam raya. if kat rumah ma ada. baru meriah. lepas buka siap2 untuk orang datang takbir. tunggu sampai giliran. kekadang cepat, kekadang lambat. hehehhe.. tapi kat johor tu takde le pulak. dia punya style nanti dah 3-4 hari raya baru ada takbir. gitu. mana2 la janji ada, kalo takde tu sunyi je rasanya kan.

pagi raya, pergi sembahyang raya. seronoknya. ramai betul orang. lepas tu edisi salam pelok cium minta maaf dengan obek. owhh... drama sungguh. lepas salam, makan time. makanan biasa je. kat situ kebanyakkannya ada je jiran tetangga dan sedara2 yang dekat hantar makanan, so banyak le. walaupon menu sama. kuah lodeh je ada 3-4 pilihan. hahahahhaa... rendang pon. nasi impit pon. hehehehe.. belasah je la. lepas tu takde buat apa. dok tengok tv. bebudak pon macam kureng je datang. sudahnya laki bini terbongkang tido sampai ke petang. dah petang baru kuaar pergi beraya ke rurah sedara2 yang dekat2. lama juga sampai 11pm baru balik. letih la beraya lama2. bukan buat apa pon. bersembang. nak kata tak pernah jumpa, jumpa selalu dah. hihohohoho...belasah la.

the next day, raya ke dua, aktiviti biasa je la. owh.. malam tu saya buat apam polkadot. alah..saya reti je tapi biasa la low profile buat2 tak reti. so, adik ipar ajarkan. owh..style dia lain, style saya lain. hasilnya sama je gebu, hehehhe... tapi bila dah 3rd batch dah tak gebu dah, dah bantat. hahahahhaa... tu jawabnya dah malas. entah, katanya kurang pukul telur. takpe. lain kali boleh cuba lagi. si pemalas tetap dengan sikapnya. ahh.. bosan..

raya ke tiga, pagi pergi melawat kubur adik ipar (biras) yang meninggal januari lalu. sedihnya. tak sedar saya menangis di sana. aduhai.. tabahkan la hati adik ipar saya tu dengan pemergian isterinya. tapi saya tak suka bila ada orang tak sensetif dok tanya kat dia bila nak cari pengganti. aduhai.. baru berapa bulan je arwah pergi, tolong la jaga hati dia. atau kot ye pon nak sangat kawen tunggu la sekejap lagi. kubur masih merah. entah la. pepandai le. lepas lunch kami pon gerak balik ke kl. gitu la kisahnya.

sabtu tadi baru beraya dengan ma pulak. kat rumah ma walopon takde orang, sunyi je tapi seronok. saya masak nasi minyak dengan gulai ayam pencen. owhh... lama rupanya nak rebus ayam tu bagi lembut. hantu betol. hahahahhaa.... rupanya petua rebus dengan daun nangka. mujur ada. lembut la jugak, tak le tertanggal gigi palsu kalo makan. sedap. manis. lain kali boleh buat lagi. tapi kalo kat kl ni mana nak cari daun nangka, pokok nangka pon tak muncul nih. takpe..kita cari alternatif lain.

sementara balik kampung johor hari tu, bebudak ni tinggal rumah le. minta tolong si ngah, anak ibu tolong hari2 datang tengok bagi makan dan kemas uk-uk. bebudak ni buat perangai pulak. bila si ngah datang diaorang lari bertempiaran, elehh.. macam la tak kenal kat mamat tu. ngada je lebih. rumah bersepah lak tu. aduhh... hari saya balik tu, vacum sampai 2 round. geram. bulu sana sini. tu buatnya orang tetiba datang beraya, raya la ko dengan bulu kucing. hahahhahaa... si acha punya rindu, saya baru masok dia dah terpa kaki, siap pelok tak lepas, terus golek depan saya suruh garu perot. owh... sorry ye sayang. na kena kemas rumah dulu baru boleh garu2. elly, merajuk. nampak je saya terus lari masok cage. eh... ko dah kenapa? nak mengurung diri pulak. marah le konon. buat muka. bila saya dah relax dia slow2 datang kat saya terus tergolek. hehehehhee... richard biasa je. dia macho juga. takde hal. tapi dalam macho2 tu penakot vacuum. hish...

so sapa nak datang raya rumah saya ni? hahahhaa.. kuih raya takde ye. saya beli kuih raya semua letak rumah ma. rumah saya cuma ada popia simpul, tu pon dah tinggal sebalang je. ada kerepek ubi, tinggal setengah balang. tu je la. lain takde. owh...ada le biskut raya orang bagi. sejenis. biskut coklat. sedap. pon dah tinggal sekerat balang. hari2 saya bedal sebijik2. sebab masa dapat tu masih dalam bulan puasa lagi. hehehhe.. tu je la. air ada le. air gas, air ribena (saya pon nak klass juga), air oren, air kosong, air milo. haa... tang tu ada banyak pilihan. ewahhh.. tanya obek tahun ni ada buat open house tak? obek kata kita tengok kedudukan payment camne. yo lah darling sayang oiii... ada kalu saya masak juga, takde kalu saya tidur juga...

lagi nak cerita apa? baju raya..hahahhaa..kisah baju raya, 2 hari sebelom raya baru pergi beli. saya beli sepasang, obek sepasang. saya pergi sensorang je. senang. if pergi dengan obek dia leceh, saya nak round2 pusing2 tengok semua kedai tengok baju, tengok harga. obek punya style if membeli nampak je terus beli. saya tak suka gitu. beli baju melayu obek kaler macam coklat2 sikit..saya pon kaler lebih kurang tapi lebih ke nak oren sikit kalernya. boleh la..matching juga. tu je la pon baju raya. sehelai aje. jimat tak? hehehehhee... lain2 recycle je. lagi pon ada je baju kurung yang baru sekali pakai. boleh la. jangan membazir beli baju, baik beli makanan, kenyang perot.

apa lagi ye....mmmm... tahun ni tak buat kek lansung. apa dah jadi saya ni. malas betol. nanti la, ingat nak buat juga nanti bila melawat sedara2 belah kl ni boleh bagi. entah bila nak pergi rumah mama. next week kot. rumah ibu pon belom pergi lagi. hayoyoyoooo...nanti la lump sum sekali harung. teringin nk pergi tengok kubur opah.. rindu. masa raya kat rumah ma macam terbayang je opah. masa masak tu, macam terngiang je suara opah. opah suka kalo saya masak2 macam2. mesti dia nak rasa dulu. pastu saya akan paksa dia puji saya masak sedap, walaupon sebenarnya hampeh. hahahhaha.. opah layan je la pompuan perasan ni. rindunya. al-fatihah untuk arwah opah.

ok la... tu je la kot nak tulis. nak round2 baca blog orang. mesti meriah gila. eh.. kenapa raya tahun i saya tak main bunga api or mercun? biasa saya la ketua bunga api dikalangan bebudak tu walopon sebenarnya dah kertu. lantak la. entah ye. macam takde seru pulak nak main bunga api. takpe la. tunggu raya haji. boleh gitu?

ok la..nanti sambung lagi, kepada semua, selamat berhari raya. makan berpada2. watch your waist line. love you.




Thursday, July 24, 2014

adaaa je tau..

Hello...
lama dah tak tulis kan. Mcm x cukup masa je. Biasa la alasan standart. Ni nk cerita ni..orang dok sebok nk raya, kereta saya buat hal. Habis senyap tak bernyawa. Jangan kata nk start enjin, nk on Pon tak boleh. Sejuk beku je. Hadoihhh...orang dh le last2 minit ni byk je keje nk kena buat nk lari sana sini. Bencilahhhhhh...dengar lah rintihan hatikuuuu.

owhh...barang raya belom ada lagi. Tu la igt petang ni or esk nk pulun habis. Baju raya Pon takde lagi wehhhhh..apakah??? Nk beli sundries utk rumah ma sikit. Dh le tahun ni raya Johor. Arghhhh...anyway..hope semua urusan dipermudahkan. Saya baru ada satu je kuih raya..popia simpol. Hahaha...takpe..takat biskot2 raya tu memana Pon boleh beli.

andai kata tak sempat tulis lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua, maaf dipinta sekiranya ada sebarang kesalahan...semoga raya kita semua berkat dn gembira. Owhh..saya juga mewakili semua budak2, acha, elly n richard, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua furkids yg disayangi.

bye...love you...

Monday, July 14, 2014

14th July..Happy Birthday Ma...






14th July...
Happy Birthday Ma...
Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, semoga segala kebaikan berada denganmu dan terima kasih atas segalanya..
love you ma...





Thursday, July 10, 2014

lawak di pagi hari....

lawak di pagi hari..

pagi tadi kan tengok bola, argentina vs netherland, sesambil makan sahur tu la. huihhh.... suspen betol. kalo semalam punya game kena belasah sampai 7-1, hari ni pulak tak gol-gol lansung sampai extra time pon kebabom hampeh apa pon takde. hishhh... so, lepas sahur tu, obek pi toilet.. orang tua tu kalo pi toilet lama bebeno. hahhahahaa...lepas dia kuar toilet tu dia tanya kat saya,

"oby, ada berapa minit lagi?",
saya jawab la.. lama lagi, ni baru minit ke 60"
obek kata, "minit ke 60 apanya..bek tanya ada berapa minit lagi boleh makan..bek nak makan asam ni."

ayoyoyoyoooo...itu macam ka? yang saya ni mati2 ingat dia tanya bola tu lagi berapa mint nak habis. hahahhahaha... nasib le kan. sapa suruh tanya soalan yang menjurus kepada salah faham masa kita tengah khusyuk tengok bola. ehhh... saya ni boleh tahan hantu bola. tapi time world cup je la.. time biasa tak tengok pon. hehehhehe... masa tu dah 5.20am++ macam tu, so saya kata boleh makan lagi, sampai alarm hp bunyik. ye gitu. nak habis waktu imsak pon kene letak alarm supaya tak terlajak. jangan ingat alarm tu gunanya untuk buat banguntidor je. banyak kegunaannya tu. punya lama bola tak habis2, dah suboh pon tak gol lagi. nyampah. rupanya panelti. tapi saya tak tengok sebab saya nak suboh dan buat macam2 benda pepagi buta tu. biasa la tugas dipagi hari, mana nak menyiapkan bebudak tu lagi. so, gitu le lawak yang pada saya lawak le tu kan. hahahhahahhaa... gitu kaedahnya...



Monday, July 7, 2014

baru puas...

alhamdulillah...
baru lepas bersahur. sesambil tunggu 6am tu, sesambil layan tv tengok bola ulangan argentina lawan belgium, kita pakat tulis blog la ye. huhuhuhuuu... hari ni bersahur masak full course. echewahh.. biasanya masak juga tapi simple2 je. tapi hari ni siap masak sambal sardin pepagi buta tu. habis le lentam lentum bunyik tumbuk cili guna lesung batu. sorry jiran..bek la ni.. nak dijadikan cerita, kami dah 2 hari ni dok la makan luar je. berbuka luar katanya. akan tetapi, makan luar yang dikatakan sedap bebenor tu tak dpat memenuhi citarasa dan kepuasan isi perot kami ni. hahahahhaaa....hari ni tadi, berbuka di mines. sebab kebetulan pergi nak tukar charger battery hp obek la. huh... menyampas. mujur dapat parking cepat je. tu pon kat luar tu le so kena bayar extra le kan jawabnya. owhhh.. baru saya perasan rupanya diaorang buat jejantas menghubungkan mines dengan komplexs sebelahnya tu ye. bagus la tu. haa.. sambong cerita. sesambil tunggu orang kedai tu dok pi korek stok charger tu, kitaorang pon pusing2 dalam tu. sekali nampak kedai cermin mata buat offer spek katanya. pakej rm88 je. harus le saya nak. spek saya dah naik kelabu. lama dah tak tukar. hehehehe... so, terus pegi try test tengok. dia kata boleh siap dalam masa 1 jam. bagus le tak yah nak pergi lagi next time. sementara tu saya kena le buka contact lense. udah le meraba2 berjalan kerabunan. hahahhaa...
***
lepas siap semua sementara tunggu spek siap, pi tunggu kat food court la. masa tu pon dah dekat 7pm. lepak sana, so decide makan situ je la sebab tengok ada laok nasi campor, ada claypot le ntah hapa benda, belasah je la. so, tunggu je la.. nk keluar gerak balik pon harus le jem, mana nak pergi mencari makanan lagi kang tak tentu hala sudahnya buka dalam kereta telan air lior je. arghh,... malas kelam kabut. duduk je la situ relax. kejap tu orang kedai spek call, cakap spek dah siap. ehehhee... lepas tu terus saya pon beli makanan. saya beli nasi campor. uihhh... mahalnya. hahaha.. nasi je pon dengan laok tumis peria dan sambal ubi kentang, rm7 dowh.. wahhh.. macam harga hotel. obek makan nasi goreng. end up 2-2 tak habis. allah.. meniaga tu biar le elok2 sikit. mentang2 le kami kebulor, masak le elok2, ni tak..harga bukan main tapi kualiti takde. ingat nak beli kuih buah melaka. bila tanya harga, 3 biji rm2. amboihh... bukan besar bola sepak kuih tu, besar guli je pon. so, tak beli. dah le tak letak tanda harga. please la..mmm...entah le. memang takkan makan situ lagi le kot.
***
so, anyway, lepas buka terus balik rumah. sampai rumah obek cakap dia tak kenyang. nak ajak kuar pi makan roti canai. saya pulak macam dah sebu..so takmau la. end up dia kuar sorang lagipon dia nak jumpa orang. around 2am dia balik. tengok takde bawak beg plastik pon. saya tanya mana roti canainya? dia kata tak beli. nak makan nasi, oby masak la. haduhhh... makcik dah le ala2 malas ni kan. hahahha.. lemak le sebab dah 2 hari dapor tak berasap. sahur pon masak lite2 je. so saya kata ye la tapi tunggu kejap lagi pukul 4am saya masak terus sahur. so, tu le yang masak sambal sardin tu, rebus sayur sikit, then goreng ayam sos tiram. jadi la. air, obek tu biasa le, nak air sejuk je. buatkan dia oren. saya air suam, biasa la tu. lepas makan obek cakap.. haa..baru puas. puas dapat makan nasi panas kat rumah. saya kata habis semalam yang makan harga beratos2 tu tak puas ke? dia kata kenyang juga tapi tak sepuas makan kat rumah. so, jawabnya oby masak lagi sedap ke dari chef? dia jawab...erkk...itu kadang2. hamboihh.. berani dia cakap saya kadang2 je masak sedap. guwe protest tak masak sebulan tau la nanti. itu jam nangis pon guwe tak layan. hahahhaha.... tapi ye la.. dari pengamatan saya, sesedap mana makan kat luar, semahal mana makan kat luar, sehebat mana chef kat luar, makan kat rumah juga yang lebih mengenyangkan, memuaskan, walaupon laok cuma sambal sardin dan goreng telur je. tu saya le... tekak orang kampung. lain orang lain citarasanya, ye tak. so, gitu le cerita harini.....
***
saya risau budak elly, nampak macam kurus dan bulu gugur lagi. hai..kenapalah anak oii... buat saya risau. si richard pulak klinik dah call nak kena yearly vaccination next week. lantak kau richard.. kene cucuk bontot padan muka. acha pon.. dia berdua tu sama je datenya.
***
gambar bersahur still ada. hehehhe..gigih snap pic every day. nanti update gambar. nak kena susun edit dulu.
***
ok la..dah 5.30am... dah nak suboh. eh..saya belom tidor lagi malam ni. huhuhuuhu... selamat berpuasa kepada semua.


Sunday, June 29, 2014

salam ramadhan al-mubarak 1435H/2014M

assalamualaikum...
lama sungguh tak menulis. aduhai..takpe la ye. ada juga membaca tapi nak menulis memang tak berkesempatan. semoga lepas ni akan ada lebih banyak kesempatan untuk menulis.
*****
ramadhan sudah menjelma. sungguh saya gembira. tak tahu kenapa tiap kali ramadhan saya mesti suka. pasal asa bazar ramadhan mungkin? entah...tapi dalam pada hati melonjak gembura mesti terselit rasa sedih. juga tak tahu kenapa. bila ramadhan menjelma, air mata lagi murah turunnya. andai kata ditadah, boleh buat tampung bekalan air sikit2 masa kegawatan air ni. kebelakangan ni saya lagi jadi mudah sedih. emosi sungguh la. saya berdoa agar ramadhan tahun ini mendatangkan kegembiraan dalam apa juga bentuk. pasal syawal tak terfikir lagi. biasanya persiapan syawal memang last minit. takde mood pulak rasanya. dah 3-4 tahun kebelakangan ni memang macam tu. mungkin sejak usia dah meningkat ni keghairahan nak berbaju baru, berkasut baru dan berbiskut raya dah tak menebal dalam diri. hehehehe...tanda2 sudah tua. terima je la ye. azam ramadhan tahun ni kalaulah boleh dapat berterawih di surau atau masjid. kalau obek tak kerja boleh la ajak, if kerja tak dapatlah nampaknya. lagi azam ramadhan tahun ni nak khatam lagi..boleh ke dalam masa sebulan ni? mmm..cabaran rasanya tapi saya cuba. kalau tak dapat khatam ramadhan, kita up ke syawal la ye. huhuhuuu...kena jadi rajin membaca la jawabnya. insyaallah..doakan yang terbaik. hari ni hari pertama ramadhan, hari ahad. so, rata2 semua orang berbuka kat rumah la agaknya hari ni. hari ni saya masak simple je. macam masak hari2 biasa. obek beli cendol. nampaknya masih berbaki dalam peti ais tu. macam tak habis je. banyak. mmm...saya kurang gemar minum ais, lagi2 cendol. boleh buat sakit kepala. takpe..nanti malam (read-pagi buat @2,3am) obek balik kerja, suruh dia habiskan. sayang je membazir. kuih tadi obek beli kuih koci. sedap juga. dengan roti john. pon masih berbaki lagi. semalam sahur mekdi. tahun  i seperti biasa pada 10 hari yang pertama bersemangat la nak snap pic sahur...konon nak buat modal update blog. kita tengok...tercapai ke tidak hajat tu. hehehehehe...malam ni tak tahu sahur apa lagi. tabiat berpuasa saya, mesti nak bersahur. tak dapat makan berat, ringan2 as if cereal or milo ke mesti nak sahur juga. dah terbiasa kot. saya belasah je apa2 untuk sahur as long as tak pedas. huhuhuu...budak2 ni saya paksa puasa. huiii...paksa katanya. baru pukul 7am dah mengamok 3 ekor tu suruh letak makanan. mmmm...takpe la nak..tugas berpuasa bukan tugas kucing sepeti awak semua, itu tugas manusia. jadinya awak makan le banyak mana yang awak nak makan.
*****
sementelaah ketakhadiran saya menulis, saya kena demam selsema batuk yang....aduhai..rasa nak pengsan. in fact, saya rasa saya dah pengsan kot lepas makan ubat. lama juga kena. seminggu demam panas. lepas tu sambung lagi seminggu menghabiskan saki baki selsema. total dua minggu tak sihat. flat habis rasanya. kesian rumah tak terjaga. sapu pon lebih kurang. budak2 kurang belaian garu2 perut, obek sentiasa kena beli tapau sepanjang saya tak sihat tu.:
hehehe...takpe la kan. bila lagi nak relax. biasa sesibuk mana pon sekurang2nya saya tetap masak satu jenis laok..paling simple telor kicap le jawabnya.:tapi masa tak sihat nak buka mata pon tak boleh. dok tergolek baring je. fuhhh....syukur mujur dah sihat. demam mungkin sebab panas sangat agaknya.biasalah tu kan. cuaca. terima je la. semua pon ada hikmahnya. dalam minggu ni air kat rumah saya kecik je. last2 terus takde. jenuh nak tadah air. sekali dengan air tangki pon dah habis. gabra gila rasanya. aduhhh..dengar lak kat radio cakap catuan air tak berjadual. adoi...tapi hari ni, setelah semua air tadahan habis, saya dah buntu. pening camne nak cekau air. sekali pagi tadi saya tengok jiran sebelah bukan main meriah basuh kereta. siap basuh simen depan lagi. aik....ini sudah mendatangkan kehairanan tahap tertinggi ni. tengok pulak juran belakang sidai kain banyak, means dia basuh kain le tu kan. camne rumah diaorang ada air rumah saya takde. ha...sudah...air kena potong ke? takkan la. bil air selalu negatif je bawah paras minimum. hishhhh...so paksa obek pergi check. rupanya...meter depan tu taktau culprit mana nak prank saya, dia sudah kasi tutup meter tu. hiohhhhh...mendatangkan amarah sungguh la. yg kita ni bersusah payah jimat air nak membasuh memasak mandi segala. adoih... tadi pi bukak besar2. geram sungguh. since tak tau sapa yg gatal tangan usik meter tu so kemarahan dilepaskan pada 3 budak tak bersalah itu. hahahahaha...saya bebel sekor pon tak pedulik. lagi dia betolkan parking bontot tido melingkau ada la. huh..tak memberi kerjasama sungguh. masa takde air tu, saya doa semoga turunlah hujan hendaknya, nak tadah le konon. dan juga doa semoga Allah bagi ada bekalan air paip ni. sebab masa tu igtkan btl2 kena catuan air. sekali petang ni...hujan turun dengan lebatnya..dan air paip saya pon dah ada. lama2 saya terfikir betapa Allah telah mendengar dan mengkabulkan doa saya tanpa saya sedar. inilah yg dikatakan rezeki. rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan  cara, cuma saya sebagai manusia yg alpa selalu lupa dengan rezeki yg telah dikurniakan. saya macam tersentak seketika. owhhh...rupanya begini aturan dri Allah. Alhamdulillah dan terima kasih atas segalanya Ya Allah. masa takde air tu, terasa susah betul rasanya. nak memasak, basuh pinggan segala..rupanya ujian untuk saya. hehehehee....lepas ni takmau merungut lagi. kena selalu bersyukur.
*****
apa lagi nak tulis?? banyak lagi yang berlegar dalam kepala tapi tak tau camne nak keluarkan. nanti2lah ye. tapi untuk setakat ini, cukup sehigga ini saje. saya cuba nak memperbaiki diri, tapi dugaan nak jadi baik ni banyak sungguh. hehehehee....kadang2 rasa mcm dh habis sabar. tapi tu la, bil berfikir dlm keadaan marah, semuanya negatif je yg dipandang. mmm..nampaknya kena train diri lagi supaya lebih cekap berfikir. semoga mendapat petunjuk. aamiin.....
*****
jadi sebagai akhir kata, sempena ramadhan yg mulia ni, saya mohon ampun dan maaf kepada semua yg ,embaca kalau ada penulisan yg menyinggung hati dan perasaan. semoga ibadah puasa tahun ni diberkati...kegembiraan ramadhan datang setahun sekali...


Thursday, May 29, 2014

Al-Fatihah...Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarallahu-Lah




Pada 28hb. Mei, 2014, jam 1.30 petang, pada usia 86 tahun, Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah  Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarallahu-Lah telah mangkat.

Kami sekeluarga merafak sembah takziah dan mendoakan agar roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah Subhanahuwataala di kalangan para solihin.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Al-Fatihah...


Tuesday, May 27, 2014

coklat? makcik terkejut cat tau....

hello again..
after a week baru nak tulis lagi. again, takde gambar lah. biasa la tu..baca je la tulisan (macam la ada orang nak baca sangat). anyway...ladt weekend balik kampung. echehhhh..balik kampung kl..bukan balik kampung johor tu. hehehehee...kampung sejengkal je. ye la kalau jari godzilla memang le sejengkal, cuba guna jari sendiri, taktau berapa ratus ribu jengkal. kampong johor nanti tunggu raya baru balik. tu dia...berkurun lagi. biarlah. hehehehee...
*****
seperti biasa, bila dah inform obek, dia tu ada je halnya. benci. orang dah cakap berkurun nak balik rumah ma, dia sebok nak pi memancing la..sampai lambat balik rumah. mendatangkan kemarahan betol. muncung saya dah sedepa dah ni. benci la..saya tak suka if dah janji tapi drag2 lagi. mujur pergi memancing bawak balik hasil ikan besar 2 ekor. kalo tak...saya rendam dia dalam kolam ikan tu biar dirasakan dia. geram sangat. dipendekkan cerita, balik tu saya siap2 dah masakkan laksa. echewahhhh...macam sedap pulak. chisss...puji diri sendiri disamping paksa ma dan obek puji juga. tapi memang sedap okeh. semua orang tambah makan laksa malam tu. esoknya pagi pergi pasar...takde beli apa la, just jalan2 pusing je. beli kuih apam balik dan putu bambu. boleh la buat makan2. lunch, masak gulai tempoyak ikan, tumis lala dan rebus peria katak. jadi la. tu pon macam nak meletop perot. lepas zhohor balik rumah sendiri. seperti biasa...bila saya takde malam tu, balik je mestilah mendapat hadiah istimewa dari anak2 kesayangan. huhuhuu...jenuh mengemas pulak. malam, pengsan.  gitulah kisahnya weekend saya...
*****
owh...bab coklat tu. masa balik tu saya belikan ma coklat jenama tu la..banyak keping since ada offer. sekalik esoknya udah kuar berita cakap tak boleh makan. hantu betol. sakit hati betol. call ma cepat2 suruh buang. nanti saya ganti la coklat yang lain. masalahnya kitaorang malam tu dah bedal 1 bar besar. huhuhuu...wallahualam...hope cepat settle. sian ma..dia suka makan coklat..mesti dia rasa geram je bila buang coklat tu. hahahahahaa...
*****
this weekend punya plan....sabtu nak pegi PD katanya...nothing fancy...just chill2 je. ahad..jengjengjeng..katanya nak jumpa kawan lama. harap2 jadi. berkurun plan. saya rasa bila nak jumpa2 tak boleh plan kot..kena main terjah je baru jadi. hehehehe..takpe..pray for the best.
*****
lagi nak cerita apa? acha sihat, elly sihat tapi bulu still ada she off lagi, richard jaguh tangkap cicak. dia dah tangkap, then gigit sekerat then dia blah. tak ke menyeksa nyawa saya bila tengok cicak tu menggeletek kat lantai. acha n elly nampaknya tak berminat dengan cicak tu. hohoho...town boy le katakan. richard kampung boy. town boy ke, kampong boy teaplah kesayangan saya...walopon selalu bikin hati saya mendidih dengan perangai diaorang.
*****
obek hari ni p melaka..ada site visit katanya. ya Allah..berkati pekerjaan dan perjalannannya..semoga semua ok. amin...
*****
lagi??? since takde penat sangat, saya puasa. takpe la..bukan letih sangat pon. kalo letih balik malam pengsan le. hehehehe...oklah. nanti borak lagi. love you!!!!

Wednesday, May 21, 2014

fungus, pelupa dan kuih tak jadi...

hello....
hope semua ok je la ye. kalo agak2 tak ok mcm saya tu buat2 ok je la so dengan harapan aura positif orang lain tu boleh membuat kita happy jugak. orang kata tumpang dua kaki la..
***
so, cerita pasal budak elly yang bulu gugur tercabot bagai tu...petang khamis lepas bawak pi klinik la. fuhhh..punya terkejar2 dah kalah schumacher dah style bawak kerea. ye la mengejar masa katakan. klinik tutup pukul7pm. saya sampai 6.45pm..huyoyoyooo..mujur klinik tak kunci pintu lagi kalo tak saya tendang je pintu. chewahhh..konon la kan. so anyway, knowing elly yg ganas dan garang dan takmau dengan orang, everything is expected. seperti biasa takmau keluar carrier. sampai kene buka semua baru boleh amik dia. tu pon mengamok mengaum macam apa je. ayoyoyooo...doktor nak pegang? jangan harap. doktor baru  hulur tangan dia dah cakar dan gigit. ye, betol gigit. kesian doktor. muwahahahahaaa.....hujung2 saya le kene dukung. dah le bulu tercabot bawah leher, jenuh pulak nak menggayakan pusing2 dia. dia dok la ,engaum je. ayoyoyoooo...doktor cek kata fungus. entah mana le dia dapat, sebab lagi dua culprits tu saya tengok takde pulak. nak kata tak mandi, mandi juga walopon tak kerap. huh...lu bikin gua stress bro... anyway, doktor bagi ubat makan. cecair. mahal gila kecik je berapa belas ml je dah 80 hengget. adoii...demi kesihatan budak tu, beli je la pejam mata. apa nak buat. satu hari makan 2ml je untuk seminggu. haa...gitu kaedah pemakanannya.mujur dia jenis boleh makan ubat, tapi kena dok belai2 manja2 dulu sebelom dan selepas makan. amboiii...sebelom dan selepas okehhh..melampau tahap kemanjaan elly ni. on the 3rd day makan ubat, immediately lepas makan ubat terus dia muntah. uwaaaaaa...saya sedih okeh. sedih sebab ubat mahal dia muntah. hahahaha...tak la..tetiba jadi risau kenapa dia muntah. sedangkan the last 2 days ok je mamat tu. dah suspen bertambah. saya suspek sebab lepas makan tu dia melompat, tak sempat nak belai2 kononnya. agaknya le tu yg terencat isi perot tu gamaknya. so the next day, ok dah. mmmm...harap2 cepat sembuh. doktor kata lepas 2 weeks baru datang balik tengok camne. saya check macam dah ada kasar sikit la kat tempat botak tu. dah nak tumbuh bulu kot? dan cari new spot yg gugur takde jumpa pulak. harap sihat. aduhhh...biar saya sakit, makan panadol je murah baru 4 ringgit. bebudak ni kalau sakit saya pening. huhuhuuu...so elly, get well soon. walopon bulu gugur, tapi kemanjaan  dan kenakalan teap pad tahap yg sama. nak berkepittttttttt je dengan saya. sekarang dah pandai nak ikot masok toilet jugak macam acha. tiru acha le tu. acha pulak pon dah pandai nak gaduh tinju2 dengan elly. dulu takde, elok je kawan. ayoyoyooo..bebudak ni emosi sunguuh la.. richard macam biasa. kerjanya memanjat, melompat dan yg sewaktu dengannya. biarkan. asal jangan roboh lemari rumah udah la.
*****
obek? oh....orang tua tu stress kerja. hehehehe...kesian. macam2. nama pon kerja kan, so macam2 kerenah. sampai mengigau okeh. punya stress orang tua tu. hari tu saya tengok dia kalut pagi2, saya tgk dia print invoice. saya diam je la coz bila tanya utk mana punya, dia jawab utk  xxxx. saya rasa p.o pon belom mari lagi dia dah buat invoice. hehehehe...petang tu dia balik dia ngadu kat saya...oby, bek tersilap oby..silap apa? bek p hantar invoice walhal p.o pon belom amik lagi. hahahahahaa....saya jawab, habis tu amik tak p.o tu? dia kata tak amik coz tak bawak cop pulak. lupa. hehehe...makanya yg pepagi kalut mengadap jem tu cuma jalan2 makan angin je la. kesiannnn...tu la pasal. banyak pikir. hope lepas ni dapat projek malatop mantop je bek..love you!
*****
lagi nak cerita apa? owh...saya suka la tengok kalau dah jodoh ustaz kazim elias tu. eh...camtu ke eja namanya. apa2 la. sekarang dah pandai tengok ceramah2 soal jawab ni...dulu dok hadap mtv je la katanya. eh...kata dah tua, gitu la. huhuhu...sedianya. hari tu saya ada try test buat kuih puteri ayu. tau tak? ala yg bulan kaler hijau ada kelapa tu. beriya buat hujung2 bantat okeh...tak naik. apakah? sedih je. sakit hati sangat. entah apa silapnya. rasanya dah ikot resepi 100% dah tu. hehhee..tangan ke laut tu la pasal. tapi rasanya ada, sedap n wangi. paksa jugak obek makan. surprisinhly, banyak juga obek makan kuih tu walopon bantat.:hahahahah...takpe..nanti cuba lagi. mesti!!!
*****
rancangan berdting asyik tergendala. dating dengan obek pon tergendala, dating dengan kawan ku pon tergendala. hope dapat dilaksanakan dalam masa tedekat. wehooooo... ok la..nanti sambong lagi. gambar bebudak takde. nanti la. gambar tu aa, tapi latar belakang tak sesuai le pulak. tengah kat katil, tengah kena pelok..hishhh....not apppropriate nak letak kat blog. nanti saya suruh sekor2 berdiri atas kerusi latar belakang dinding, baru sesuai. hehehe..ok, doakan kebaikan untuk semua. amin....

Thursday, May 15, 2014

hate..

i hate those people who always force us to help them and being too depend on us. hei...come on la..use your own otak n tenaga to get somthing rather than paksa2 orang tolong. kau nak something haruslah kau kena usaha..takkan nak harap orang hadapkan semua kat kepala lutut kau. puiii...no..i dont want to help this kind of people n i hate them to the max! furthermore, they are very unthankful person. never heard the word 'thank you' from them after all what we did. well...lesson learnt i guess. i definately will stay away from them but they keep coming and kacau. benci. astagfirullah...ya allah..kuatkan iman, kuatkan semangat, jauhkan sifat negatif dalam diriku. amin...
*****
on the happy note, all kids are well fed and happy. except elly...extreme shed n fall of fur. almost botak at one spot. dont know why, coz the othe two culprits are ok. got to bring him to clinic this evening. haiyarkkkk...takde ke subsidi untuk bawak kucing p klinik? please inform, nak sign in jugak. huhuhuuu....
******
i dreamt of sushi last nite. apakah? the other nite mimpi burger. punya la sedap burger gemok. amboi...orang gemok biasa la kalau mimpi makanan je kan. yes, im fat now. somehow i will try to manage myself until im able to squeeze into my old kebaya again. that's the benchmark for kurus definition. okey lah...got lots of things on my plate today. see...cakap pasal kerja pon still nak relate to plate. miyahahahahaaaa...
*****
p/s:
 1) baru tau softener perisa daia adalah sedap baunya. huhuhuuu..
2) obek...tolong repair kereta saya. tq. love you.




Thursday, May 1, 2014

sedih tau...

hello...
saya tengah sedih ni tau... macam2 pulak hal sekarang. haihhhh...kena sabar banyak2. semoga terus tabag. rasa nak jerit. kang orang kata gila pulak menjerit tak tentu pasal. nangis? dah berbesen air mata. kot ditadah boleh buat basuh pinggan dah ni kala air takde. owhhh...kuatkan semangat.

Tuesday, April 15, 2014

selsema manja and how to handle...





hello.....
haa.....setelah beberapa kali percubaan, akhirnya dapat juga upload gambar mamat hero malaya pojaan hatiku ini. hehehehehehe....fuh...kali ni senang plak. tekan2 je terus load, tak le macam selalu tu berkurun tunggu baru boleh. anywayyyyy....nak cerita apa hari ni?
******
hari ni mcm biasa je la. tak de apa yang bestnya. baju banyak tak basuh. malas. takde mood. takde hati nak basuh. kalo rajin tu baru 2 helai je pon dah sebok nak basuh. ni dah nak penuh bakul belom gak basoh lagi. nanti dah penuh lagi payah nak basuh. letih. maklum la...basuh tangan katakan. boleh je beli washing machine tapi saya taknak. nak excercise katanya. haaa....sekarang dah menggunung excerciselah sangat!!! pepandai le mencuci ye. jangan sampai takde baju nak pakai udah.
******
saya ada tengok tv tau (bila masa yang saya takde tgk tv? celik je bijik mata tv dulu). tak la..nak dok cerita la ni, saya tgk tv channel berapa ntah pasal yg 19kids n counting tu. amboihhhh....19 ko anak diaaaa!!!! fuh...lap peloh tengok. tu dia, berderettttt..tapi, yang bestnya anak dia semua mcm elok je. i mean, mcm terjaga la, dari segi pakaian, percakapan, sikap, ada displin je semua. kalo dibandingkan dengan orang yang family lain yg  dlm tv tu..mcm2 hal dengan anak. tu yg rancangan apa ke namanya tu yg anak jahat so dia hantar pi try test dok kat lokap sehari. fuh...mcm2 kes. kecik2 dah mencuri, gaduh, dadah, mcm2 la. ngeri. kasi bebudak tu try test dok lokap sehari, tgk apa rasa. kalo buat salah mcm ni le korang kena, katanya. at least tu dah last resort lah parent diaorang dah pening buntu taktau camne nak control anak. so....bandingkan dua family tu, jauhnya beza..mmmm..mana yang baik kita ikotlah. mcm yg 19 anak tu taktau camne dia handle, tapi bila tengok mak dia alahaii...soft spoken sangat. nampak dia punya happy family tu. tu la orang kata, rezeki masing2 kan. tapi bab cara mendisplin anak tu elok juga kalau kita amik tau kot boleh dipraktikkan. ni kucing 3 ekor pon pening kepala perangai sekor2 ngalahkan monyet. huhuhuhuu..bila la anak saya nak muncul ni. menyorok je lagi ni tak muncul2 ni. tolong doa sekali ye untuk saya. moga2 berkat. amin....
*******
tak lama lagi rejab, syaaban dah ramadhan. sekejap je kan. puasa ganti dah habis dah awal2 syawal dulu dah ganti, tapi ingat if larat nak juga puasa nanti. dari takde buat apa, puasa la. kerja pon tak berat, bukannya saya kerja mencangkol tengah panas. kerja mengadap pc je dengan kertas. kadang if saya tengok orang kerja sapu jalan tengah panas, kerja repair jalan ke, kerja berat ke, alahai...kesiannya dia. tapi tu la, tetap kerja. surprisingly, ada yang dah start shopping untuk raya! amboi, cepat betol. tapi ada baiknya juga, supaya tak tergesa2 last minit. nanti masa dah akhir2 boleh fokus untuk menu raya pulak. tambah2 yang ada anak kecik, memang elok beli awal. apapon jangan asyik dengan shopping je, aktiviti bulan ramadhan tu nak kena tingkatkan. saya berazam ni kot2 makbul...amboi...mudah2an la ye.
******
bebudak rumah ok je. mengada tahap dewa. masok jamban pon nak ikot. melampau sangat. manja sangat pon ye juga. paling bengang bila hari hujan diaorang kang pi jalan kat porch dapor tu then masok rumah, maka terjadilah corak2 tapak kaki merata rumah. dah satu hal nak kena mengelap. boleh juga if taknak lap, tahan la mata kau tengok corak tapak kaki tu. benci!!!!! membikin stress jantungku ini. obek lak selsema. mmmm..hari tu demam, now dah elok tapi ganti dengan selsema pilak. srot sret srot sret. hishhh...degil tu la ubatnya. dah tak tak berapa sihat nak juga keluar sampai malam berembun baru balik, nak juga minum ais, nak juga smoking. nahhhhh....sekarang rasakan lah!!! sapa susah? sayaaaaa jugak yang susah.  obek tu kalo sakit manja beno, semua saya nak uruskan. alolololooo...hari tu kena marah dengan saya. dia pi selsema kat sapu tangan good morning towel tu. menjerit la saya. saya kata if selsema kat tisu. if kat towel tu nanti saya geli nak basuh. hahahahahahahaaa....dah tu monyok kena marah. nasib la. sapa suruh tak dengar kata. tisu ada je kan kat sebelah. dia kata tak sempat nak capai tisu dah bersin.  ooo....itu macam. ada aku kesah? hehehehehe..sila basuh sendiri towel tu ye. tapi sekarang dah kurang banyak dah selsema dia tu. kekadang je hidung sumbat. obek tu if tak sihat memang saya pantau cukup time mesti makan ubat. kalo tak, mmg takde la dia makan. dalam tak sihat tu macam2 pulak permintaan menu dia. nak cucur la, nak mihun la, nak kuih buah melaka la, nak keropok la. amboihhhhhh....biasa dia ni. mentang2 ada queen boleh layan kelentung kelentang kat dapor, bukan main lagi permintaan menu dia ye. ok la...apa saja untukmu obek..if saya mampu masak tu saya buatkan la. bini sapa la  yg baik sngat ni? dah la baik, cun pulak tu. echecehhhh...muwahahahahahahaa....
*******
ok la. banyak je merapu hari ni.  nanti kumpul modal borak lagi ye. so selamat bekerja semua!!!! rajin2 tau..
acha, elly, richard---->dok rumah elok2. lepas makan tu tido la jgn dok cakar sofa. tau?
obek kesayangan intan payung---->moga cepat sihat dan boleh kerja keras cari duit. nak raya dah ni...

Thursday, April 10, 2014

hujan turun air menitis, lama sungguh tidak menulis...



salam,
lama betul saya tak menulis dalam blog ni. bukan sebab takde masa, ada juga masa terluang nak menulis. tapi entah. kadang bila log in, nak load gambar tak boleh pulak. tunggu berjam2 keras kejung je tak bergerak pon loading tu. benci. so, mood nak menulis pon terbantut. tapi still boleh kata hari2  masuk blog baca tulisan orang lain. hehehehe...
*****
so, nak cerita apa sekarang? kebelakangan ni hujan lebat pulak ye kalau petang2. dulu panas bahang, sampai takde air. sekarang dah hujan. apa pon jenis keadaan cuaca semua ad kebaikkannya. syukur je la. panas pon tak la sampai kemarau macam utopia, hujan pon tak le banjir terok macam dulu tu. so, mesti bersyukur. saya sejak dah tua2 ni macam dah baik sikit la. hahahahahaa....lebih banyak berfikir dan bersabar. cuba nak perbaiki diri sendiri. cuba perbaiki bacaan. tapi bab nak mengahafal tu hazab beno. ayat pendek pon tak terhafal lagi. cuba suruh hafal lagu, dengar 2-3 kali je dah tersemat erat dalam kepala otak. bila suruh menghafal ayat, amboihhhh..ulang baca dah 3-4 hari pon kematu juga lagi. masa zaman sekolah dulu elok pula. baca sikit dah hafal dan ingat. ni mesti pasal sekarang banyak tengok tv la ni. mengganggu konsentrasi otak nak menghafal. eh...salahkan otak pulak. kena usaha lagi ni.
*****
cerita pasal budak2 kat rumah ni pulak, semuanya ok belaka. acha biasa la. dia takde banyak hal. kekadang je datang angin kus2 dia kadang dia buat perangai jugak. sekarang dah pandai nak marah2 bila saya nak groom dia, i.e potong bulu or potong kuku. siap menderam2 macam singa okeh. setakat menderam tu boleh tahan lagi, last time dia cakar saya. owhhh...hancur hatiku bila intan payung kesayangan jadi garang. hehehehee...obek kata acha dah besar, dah remaja. dah tak suka dipelok2. ye la tu. malam2 time nak menggaru perot kat saya juga dia datang kan. bila tak garu pandai pulak dia yang garu kita suruh garu dia. bijak...bijak... kisah elly pulak, mmmm..mamat ni makin melampau manja. nak mengekor je mana saya pergi. if saya masok bilik tutup pintu, dengar la dia menjerit. suara dah la nyaring. boleh bingit telinga dengar. malam2 suka jerit if gelap. dia tu macam ada fobia dengan gelap. saya suka menyakat dia. tutup lampu, nanti dia menjerit. haahahahhaa...dia tu seboleh2 nak melekat je kat saya. if bebudak lain datang kat saya mula dia nak mengamok. huiii...gangster sangat dia tu. tapi dengan obek dia tak suka pulak. bila obek datang ke dia, dia lari. hehehehee...jealos no.1 mamat tu. if obek duduk dekat2 saya pon dia marah. amboihhhh...over la tu. bab richard pulak, dia ok je. sejak kejadian lari dari rumah tu, dah macam kurang sikit dia nak mengarok. bagus pon. tapi tetap menjadi mangsa buli si elly. ni pon manja juga. pantang kita duduk kat sofa, cepat je nak menyelit. hehehehehee...kesayangan sangat tiga hero ni. opss...paling sayang kat obek la. hahahahaha....
*****
cerita part obek pulak, kerja macam biasa la. now job macam kureng sikit. kena usaha lebih lagi nak dapat mana2 job. ahhh...malas la nak cerita pasal kerja. boleh bikin spoil mood saya yang tengah ala2 happy no coz baru lepas makan ais krim. masa tengah tulis ni, tetiba obek balik. eh...cepat pulak orang tua ni balik malam ni. sekali dia beli ais krim daaa. yahoooo...lately ni saya kerap pulak makan ais krim. ishhh...tak elok sungguh la perangai. dulu takde pon. nak kata sebulan sekali pon payah. now, minggu ni dah dua kali makan ais krim. mmmm...nak kena kurangkan benda2 tak berfaedah macam ni. sekarang macam otak buntu sangat tak tau nak masak apa untuk laok kat rumah. balik2, pusing2 gohedgostan, itu gak menunya. hishhhh..nak kena lebih kreatif bab masak2 ni. kek pon dah lama tak buat. malas. nanti nak asah balik kerajinan tu biar berkembang semula. hahahahahaa....
*****
ok la..rasa macam banyak dah menulis. bateri pon time2 ni la nak berbunyik nak habis. kacau betol la. apapon, doakan kebaikkan untuk semua. love all of you..
*****
obek, i love you....

Friday, March 21, 2014

remaja lari dari rumah...



hello....
meh sini nak kasi cerita...budak richard ni dah pandai lari dari rumah okehhhhh....memula hari tu heran juga dia lari keluar ikot mana...rupanya dia panjat ikot tingkap bilik. tingkap kan buka je bagi angin masok. then dah jadi satu keje lak kena pastikan pintu bilik sentiasa tertutup so dia tak boleh masok panjat tingkap. grill memang le ada, tapi setakat kucing tu memang celos la celah gril tu. aduhh...memula hari tu tak tau...sekali saya macam ada rasa tak sedap hati. so, panggil semua budal. achaaaaaa...ada datang menyahot. ellyyyyy....ada gak datang menyahut. richard..... senyap je. richardd!!!! senyap lagi..richarddddddd!!!!! haaa..tu dia keluar dah suara naga. menggelabah le cari saya standard la kata ratu air mata, belom apa2 air mata dah berderai. cari sampai keluar rupanya dia tengah elok melepak bawah kereta jiran selah 3 buah rumah. bila saya panggil baru terhegeh2 nak datang. obek yang jumpa. obek panggil dia takau datang. lari menyorok bawah kereta. hantu betol. so settle masalah hari tu.************tapi mana nak tau dia cari jalan keluar ikot lain pulak. dia ikot pintu bilik air, dia pei garu gigit sampai terkopak bawah pintu tu, then panjat ikot tingkap bilik air. bayangkang la tingkap bilik air kan ke tinggi n kecik je. pon dia boleh keluar. saya tak perasa. saya keluar masa tu. sekali balik rumah dia takde. masok je ruah tengok pintu bilik air dah terkopak. hantu betol cari lagi pusing keliling. lama juga cari baru jumpa. sampai kena masok dalam longkang nak amik dia. so, settle lagi satu hal. pintu tu obek belom gak lagi repair. bengang betol. sementara ni tutup pakai alas cage tu. ingatkan dah ok. mana tau richard masih boleh tolak tarik alas tu. ya tuhannnn...geram betol. this time malam pulak. saya balik dinner  masok rumah tengok crime scene hancur. eeeeee...obek masa tu dah p kerja pulak. apa lagi. berderai lagi air mata cari kucing oren malam2. pusing satu blok cari. saya risau if dia masok rumah orang, ntah kena pukul ke, kena tangkap ke mana la tau. lepas penat jalan kaki, saya drive pulak. mana tau kot nampak kelibat. takde ponnn...nangis dah ni. last2 pegi kat guard house cakap kucing hilang. huhuhu...siap nangis lagi tu tunjuk gambar. mujur pak guard baik. dia kata dia carikan nanti hantar kat rumah. owhhh...rasa nak pengsn. so, lepas bagitau pak guard, saya pon balik. elok smpai rumah si richard ada tercongok kat pagar. uwaaaa....terus terkam. perasaan masa tu rasa nak marah, nak jerit, nak nangis. benci... terus bawak masok kereta, bawak pergi umpa pak guard ckp dah jumpa kucing tu. ye la..kot tak kang jenuh orang tu pusing cari walhal dah jumpa. bila dah inform semua ok dah. huhuhuu..balik rumah sambong drama. now kena hati2. bila saya nak keluar rumah je richard mesti akan kena duduk cage. kalo tak kang jadi hal lagi payah. obek masih belom nak repair bawah pintu yang berlobang tu. bikin my blood go upstairs betol orang tua ni. so...gitu le kisahnya. huhuhuhu...**********kisah acha pulak..ok je dia. 2-3 hari ni berak cair sikit. manatak, asyik nak bedal milo je. pantang nampak orang minum. tu pon saya sorok2 minum. elly..tengah gatal kot. memalam asyik nak menjerit je. suara nyaring pulak tu. lantak kau la. obek pulak..mmm..kesian dia kena buli dek yang dikatakan kawan berniaga. apa nak buat. takpe la..Allah maha kaya, maha adil. bukan manusia yang membalas esok...Allah akan bagi balasan pada orang yang zalim buat kat kami. sampai begitu terok dia buat kat obek sampai kena jual harta benda. at the end dia tendang obek macam tu je. duit modal pon takde nak pulangkan. makan le duit kami tu kami tak halalkan dunnia akhirat. ***********anyway...salam jumaat. have a nice weekend.

Monday, March 10, 2014

doakan MH370...pray for MH370..

pada 8 mac 2014, negara dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370. Kapal terbang Boeing 777-200 membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal. waktu diumumkan kehilangan, saya sedang tidur. tapi bila tidor dengan tv terpasang, memang akan asyik terjaga tak kira masa. masa bila mula dengar berita saya ingatkan mimpi. rasa macam tak percaya. tapi bila fikirkan channel yang terpasang waktu itu ialah 501, mustahil nak lapor berita tak benar pula. bila diamati, ianya benar. terus terduduk bangun. mata jadi segar nak dengar berita lanjut. aduhh...sedihnya. terus berdoa semoga semuanya selamat. kebetulan hari sabtu..maka sepanjang hari memeng tunggu berita perkembangan pasal pesawat tu. sehingga ke hari ini, masih belum ada khabar berita yang sahih. saya minta pada semua, untuk mendoakan keselamatan pesawat tu dan semua penumpangnya. tak kira bangsa, agama, budaya, pegangan hidup...mereka semua adalah orang kesayangan seseorang. pada yang suka buat cerita tak elok, minta dihentikan. ini bukan masa nak bermain2. ini adalah perkara serius. saya kesal pada mereka yang masih ada kederat nak mencipta cerita yang bukan2. siap pos dalam youtube dan post dalam media massa yang lain. tolonglah fahami perasaan dan sensetiviti ahli keluarga. jangan mudah percaya pada berita yang tak sah sumbernya. berita tv dan radio adalah sumber sah. dengar dan tengok tv sebab berita yang dikeluarkan oleh tv dan radio nasional berita yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. sidang media pon selalu dianjurkan untuk beri maklumat terkini. jangan bila orang tweet kita cepat je nak sebarkan. pastikan dulu kesahihan berita yang diterima. dan jangan asyik nak tuding jari pada pihak bertindak kata lambat la itu ini. mereka dah cuba sedaya upaya membantu sampai terima bantuan dari negara luar. hargai mereka. ini bukan isu kecil. ini isu besar yang melibatkan negara. tolong lebih berfikiran positif dan prihatin. bagi saya yang bukan ahli keluarga pon, tetap terasa sedihnya keadaan itu. so, kita doakan yang terbaik untuk pesawat dan ahli penumpang semua. semoga Allah melindungi mereka. amin. #DoakanMH370, #PrayForMH370..