mari mencari....

Google
 

Tuesday, January 28, 2014

masterchef all cat-stars...



hehehehe....alololo...kesiannya dia penat sangat memasak gamaknya. sampai tertidor kat lesung batu. hehehehe...elly....elly...kau la gangster, kau la penghibur intan payung hati saya. haa...tidurlah...tidur cukup2 ye. malam ni masak sedap2 ye. huh!!!


Friday, January 24, 2014

al-fatihah...


al-fatihah... saya dengan rasa sedih hati ingin memberitahu bahawa biras saya iaitu isteri kepada adik ipar saya allahyarhamah nor diana bt. nordin telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi, akibat sakit kanser. mohon rakan2 handai taulan sedekahkan surah al-fatihah kepadanya. semoga beliau ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan dicucurii rahmat. amin...
al-fatihah





Monday, January 20, 2014

kesian dia tak kenal oren lonjong...


hello...selamat hari isnin...kerja rajin2, jangan malas2, jgn bersungut2, biar dpt rezki yg berkat...hehehehhee...so apa khabar semua? harap sihat hendaknya. weekend camne? semua orang ada rancangan tersendiri la tu ye. ada yg lepak rumah, ada yg pi kenduri kawen, ada yang potong rumput laman..ada ke? laman saya rumput dah panjang. huhuhuuu..tunggu orang mesin rumput tu datang, obek lak takde. saya tak bukak pintu le if obek takde. memang terkurung dlm rmh. masa obek ada rumah, orang mesin rumput lak takde pusing2. takpe..belom tinggi saya lagi rumput tu..baru tinggi buku lali. hohohohoo...************anyway..obek balik sabtu malam tu..eh..jumaat malam sabtu. jalan jem katanya coz thaipusam tu kan. kat highway pon byk kereta. ye la..ada orang pon mengambil kesempatan cuti nak balik kampong. mesti best tu. sabtu, obek p kerja dlm pkl 2pm..dia pesan if dia balik lambat saya pi la pasar malam dulu, kot nak beli apa. saya kata ok la coz psr mlm pon dekat je. sekali dah petang dah siap2 pakai bedak semua nak pegi pasar malam cari kunci kereta takde! haaa...sudah..mana perginya pulak ni. cari tempat biasa letak kunci, takde..cari kat tempat yg luar biasa pon takde. hangin dah ni. obek suka letak kunci merata, coz pagi tadi tu dia guna kerta saya. hmfff.hidong dah kuar2 asap dah ni. sms obek tanya mana kunci kereta..sekali sekejap tu dia reply..ada dlm poket suar dia. hahahahaha..habis camno nak pi kuar? duduk je la rumah jawabnya.  tu la..suka taknak letak kunci setempat. mujur kerja kat kl je..buatnya dah pegi penang bawak kunci kereta saya sekali apo nak dikato...haihh...so tunggu je la obek balik dalam 8pm tu dia sampai..terus pi pasar malam. hehehehe..beli buah oren. wahhhh..this week buah oren besar2 n manis2. musim agaknya. sedap. lemon pon besar2. haa...cerita pasal lemon tu..malam lepas makan semua lepak tgk tv...obek pusing2 dapor. ada le tu nak ngunyap2 le tu. saya diam je..tengok je apa dia nak buat. saya nampak dia belek2 lemon tu. pegang letak, pegang letak, cium, pegang...lama2 dia tanya. oby, oren lonjong ni sedap ke? saya kata haa?? oren lonjong? ni...yg oren kuning lonjong yg beli tadi ni. masyaallah...masa tu saya dah mengekek gelak guling2 dah. saya cakap tu lemon la...kot nak mkn mcm tu je masam..tu nk buat masok dlm masakan or buat air. tapi kot tingin nk makan, potong le. hahahahahaha...adoihhh..siannya laki saya tak kenal lemon. dok kampong mana la dia tu kan. hahahahahaa...sian dia. laki sapaaaaa la ni yg tak kenal lemon ni. adoihh..sakit perot gelak. end up saya potong le oren n buah lain..makan buah. ngada betol obek tu.************sabtu mlm ibu sms, tanya ajak dtg rmh dia coz mama pon nk dtg..mama nak belajar buat koripop pusing dri ibu. huii.ibu teror koripop pusing tau. saya pon tak reti. koripop biasa saya reti le. tengok pernah tapi tak pernah try. saya tanya obek sunday esok dia kerja tak. obek kata kerja pukul 3pm. so, minta dia hantar saya pi rmh ibu. yahooo..mesti ada makan2 best tu. so ahad pagi, saya siap masak n makan kat rumah dulu la kan.  ahad semalam masak tumis sotong, rebus sayur, sambal belacan, ikan goreng n sup ayam sikit. makan kenyang. syukur alhamdulilah rezeki. biasa ahad saya malas masak. hehehetapi ahad semalam saya rajin. nak pi jalan le katakan..harus ambik hati obek dulu. lepas zohor bertolak. sampai je obek drop saya dia pon pi kerja..nak jumpa orang kat rawang katanya. malam dia amik. so mama pon dah sampai. maka kelas koripop pusing pon berlansung. waduhhhh...leceh la koripop tu nak gulung2 gelek2..nak kena buat dua jenis tepong. tapi bila dah siap sedap dan cantik. owhh..bila la nak try buat sendiri. tulis resepi beriya. hahahahahahaa...lepas dah siap, mama pulak ajar buat cream pufff. amboihhh..sedapp..jadi kembang gebu. geram. tapi benci coz sebenarnya before this saya dah try buat cream puff tu dua kali tak jadi. heheheheeee...dia jadi tapi mcm tak kembang gebu sangat. entah apa kenanya ntah. so, semalam dah tengok real punya, dah try piping semua..chewahh..ala2 yakin nih nak buat cream puff sendiri. tunggu...tunggu aura oven menyerap ke jiwa nanti kita buat ye. lepas siap semua hari pon dah senja. mama balik. saya tunggu obek. kena lak jadi tukang urut kaki iabu. arghhhh...pukul 8pm obek sampai. makan kat rumah ibu. ibu masak sambal ayam sedapnya. dengan tumis kacang panjang campor tempe. my fav! dgn ada gulai ketam. saya tak mkn coz ibu kata pedas. owhhh..lepas tu balik rumah. malam rasa macam lemah penat sangat. tido dgn acha dia mengarok suruh garu perot. sabor je la. ************so, gitu le cerita weekend. hari ni 2pm obek gerak ke penang lagi. haihhh....jadi weekend couple je sekaranag ni. sian saya kan.ntapi madih bersyukur if dibandingkan dgn org yg lagi lama berpisah suami isteri. ada yg husband kerja luar negara 5-6 bulan sekali baru balik..lagi sedihkan. kuatkan semangat ye para isteri semua. masa suami takde, apa hal pon semua kena settle sendiri. sebab tu if obek takde saya t takde kuar merayap. takot. if obek ada pon if merayap dia hantarkan. lebih selamata. sekarang macam2 cerita. ok la..macam2 lakmborak. so, selamat bekerja semua. acha, elly n richard sihat je. tu tengok muka richard mengadu nasib kena buli dgn elly. muka syahdu je ka..mata bulat. geram. saya sayang semua!!!!! love you my love!




Thursday, January 16, 2014

sunyinya...

hello..
buat apa? mesti tengah buat macam2 la tu kan. masing2 ada tugas yg tersendiri. kerja elok2, kerja dengan ikhlas..jangan asyik merungut je. selalu saya dengar orang merungut malas pergi ker..kalau malas, berenti..jangan kerja. ada yang bising macam2 la. entah..tapi ye la setiap orang ada sebab yang tersendiri. sunyi je rasanya. obek takde. pegi penang. alah..bukan baru sekali ni dia p penang, boleh kata every week pergi. tapi entah la. malam td tak boleh tido. dekat 4am baru nk terlelap. otak pikir macam2. baru nk terlayang surau dah terahim.:bangun je la jawabnya. tengok bebudak semua tido. mana yang mengangkang tu mengangkang la..yang merengkot tu merengkot la. macam2 style. 3 kucing, 3 gaya. huhuhuuu. acha elly richard sihat. syukur. walopon suka gaduh kan. biarla. hiburan gak tu. elly n richard if lepas saya memasing nak datang menyondol saya. nak ngadu la tu. nak pelok2 sapu2 muka. pandai la korang. dah bagi saya sakit jantung pastu nak manja2 pulak ye. sayang semua. *************************baru lepas baca blog meowwmania..cerita pasal kucingnya nama babymusyuk dah kembali ke pencipta. sedih..kena langgar. dah ajal. saya pon sedih. bila baca kisah dia baru la saya pon nak cerita kisah saya pula. hari tu kan balik kampung johor. kat sana mmg ada kucing.. 6 ekor..putih2 semuanya. baka dari kucing yang saya tinggalkan kat kampung dulu. yang senior2 semua dah takde. now the new generation la katanya. mmm..comel..tapi time saya balik tengok dah tinggal 4 je. sekor dah mati katanya. mmm..takpe la. dah ajal. so, on that day, adik ipar nak keluar..reverse kereta..langgar kucing tu. menjerit saya. coz mmg dengar bunyi macam meletup popp gitu. kejar ke luar..dia pon keluar..oh..not him..the bini. dia lnsg tak keluar kereta jenguk kucing yg dah dilanggar. alasannya...tak boleh nk tgk. wtfff...bininya kuar bagitau dia dah langgar kucing. saya pergi tengok. kucing tengah menggelitik2 mengadap maut diambang mata. kepala sebelah pecah. biji mata terkeluar pecah. mana la saya tak jerit. yg diaorang pulak pergi jirus air. i dont know what is the reason they do it. i kept on screaming while pegi belakang amik suratkhabar la. pergi kutip kucing yang dah berdarah2 dgn kepala pecah, bijik mata pecah tu. saya menangis. saya kutip, saya pelok..biarlah baju saya berkesan darah..boleh basuh. masa saya dukung, kucing masih menahan seksa sakit. menarik sisa2 nafas yang ada. saya tenangkan. usap2 badannya. doa saya, jika dia mati pon biarlah dalam keadaan yang tenang. seksanya saya lihat dia nak menghabiskan nyawa. air mata saya berjuraian. sekejap lepas tu...selepas satu tarikan nafas yang panjang, kucing pon dah pergi. dah tak bernyawa lagi. saya sedih. saya menangis. saya sakit hati. saya bersihkannya, dan bungkus elok2. kebetulan obek pulak baru balik dari kedai..terus suruh dia gali lubang untuk tanam. sedih. the adik ipar laki bini? terus blah. mmg berbakol la kau kena sumpah dgn aku. benci. lansung takde rasa kesian. bukan taktau area rumah sentiasa ada kucing. kalo bukan kucing pon ada je ayam dan binatang lain. tak boleh ke slow2 reverse? yang laju mcm kena kejar hantu kenapa? benci. selesai tanam..saya masih nangis. kucing tu saya tanam sebelah eji. ingat eji? kucing saya yang mati akibat sakit batu karang kencing berdarah tu. ye..di sebelahnya la kucing tu saya tanam. semoga takde sapa yang kacau. tempat kucing tu kena langgar yg penuh darah saya siram, bersihkan. sedih sangat rasanya. that night, bila dpt jmpa semua dgn the laki bini..saya ceramahkan diaorang. as usual..sengih je. dulu masa eji mati..saya nangis sampai lebam mata. boleh lagi diaorang perli malam ni taknak buat kenduri arwah ke kucing mati. owhhh..mcm tu rupanya sifat dan kelakuan diaorang. memainkan hati dan perasaan. takpe..saya tak buat untuk kucing. if korang mati pon saya tak buatkan utk korang. at that time ada gak sedara obek yang suka perli2..they just dont understand why i should cry like orang gila when its just a cat yang mati. ye..pada diaorang its just a cat. tapi pada saya, itu sebahagian dari jiwa saya. janganlah nak perli2 pulak. saya kalo menjawab nanti bisa perkataan yg keluar dari mulut saya. banyak yang elok akan keluar. so baiklah saya diam. diam tak bererti saya kalah atau bodoh. biarkan. saya kata..if tak suka ada kucing kat sini, just bagi orang. saya mmg tak boleh bawak balik lagi coz rumah kecik. tak mampu nak memberi keselesaan pada kucing2 tu. hemat saya if duduk kan kucing kat ka pung dia boleh bebas..berlari2 berjalan. tak macam bebudak yg kat rmh saya ni. terkurung..merenung je pintu nak keluar. keluar bila ada masa..tu pon tak boleh jauh dan mesti ada leash..hilang kang pengsan saya. bandar bukan macam kampung ada kawasan besar boleh bebas lari. sini kereta laju2..depan rumah je dah jalan besar..mmm..apapon..saya sedih dan tetap terselit rasa tak puas hati pada mereka. yang penting saya dah cakap, saya dah beritahu dan saya dah menerangkan perihal jangan buat taktau pada kucing tu. as if u dah langgar at least cuba la tolong balut kucing tu..bukan terus blah naik kereta canggih awak tu. wtfff...huh..tak pasal2 emosi pulak saya. tapi ye la..macam saya kata..setiap orang ada pendapat yang tesendiri. ada yang suka, ada yang tak suka..terpulang.


Monday, January 13, 2014

what a disaster day...saturday...


hello...
phewww....saturday is a disaster day...teruk sungguh. bermula dari pepagi buta...elly n richard bergaduh, guling2..awal pagi tu. hari pon masih gelap lagi. tapi tak teruk sangat coz saya cepat leraikan. so, seperti biasa kemas rumah sikit2. lunch time kuar la konon nak pegi lunch kat kedai pakcik biasa tu. sekali entah apa kena, dengan jalan jemnya. huiii..perut dah la lapr, dengan panas lagi, bertambah mendidih. sekali sampai je kedai pakcik tu tutup. boleh??? aduhhhh...tensennya otakk..benci lah. dah la area sini takde kedai melayu yg senonoh sikit. taktau apsal. so, terpaksa la patah balik meredah jem lagi. makan kat kedai yg second choice le. kedai ni dulu dia tak buka siang, buka malam je jual tomyam2 mcm tu. but now dah buka, serve lunch mcm biasa la. so pegi la. sampai sana takde yg berkenan lauk. sebab hati dah terpelecok tadi so takde mud la konon. huh..makan pon nk berkira. end up amik laokmkentang sambal n gulai nangka. obek amik laok masak kicap daging liat dan telur sambal. mmmm..boleh la alas perot. kalo tau tadi masak kat rumah lagi sedap. kata wiken hari makan luar..sekali dah spoil. on the way back, nak makan ice cream pulak. teringin panas2 ni. lama betol saya tak makan icecream. obek lak taknak pegi coz dia kata simpang dah terlajak. saya kata kenapa pulak?? kan boleh buat u-turn depan tu. dah muncung2 dah ni. ye la, geram tau tak. bukannya nka pusing jauh, ada la dalam 100meter je nak pusing tu. apa yg payah sangat. saya dah la hati mmg membara je dari tadi. free2 je dapat kang. so, beli ice cream. sampai rumah, bukak je pintu.....tu dia...bulu bersepah2 mcmkan nk runtuh rumah tu. maknanya elly n richard bergadoh besar! saya tengok siap ada bekas darah lagi kat lantai. sah ni mesti ada yg cedera ni. saya masok je richard dulu melompat pelok saya. nak ngadu le tu. sian dia. elly jahat la garang sangat. cek pulak elly...tu dia. dari keadaan bulu dah tau dah dia yg terok. luka sana sini. tobek sana sini. telinga berdarah tak berhenti mengalir. terbit aje darahnya. geram betol. kemas sapu vacuum semua. masa untuk mengerjakan ahli sukan yg tecedera tu. hantu betol. bila cek, mmg betol la. banyak tempat luka. terok juga. especially kat area telinga n kepala. agaknya mujur je telinga elly tu tak putus digigit richard. nak sangat tunjuk hero, rasakan la. macam tu orang if nak jadi pahlawan. harus cedera semua kan. meh sini aku sental kau dengan minyak gamat. pedih ke apa ke kau tanggong sendiri ye. sikat bulu semua cek lagi mana luka. terok betol. kat telinga tu darah tak berenti. dah satu hal nak pekap kapas kat tinga dgn minyak gamat. ada hati nak meronta pulak tu. sorry la..ni mak pahlawan dah siap kekunci baik punya mmg takkan lepas la. lama juga mengerjakan si elly tu. richard luka sikit je kat kepala..tapi tobek juga la. tu mesti beriya2 diaorang gadoh tu. huhuhuu..lepas tu ingat dah reda, sekali nak jugak menerkam lagi. so, untuk keselamatan, baiklah sekor kita letak kat cage ye. letak richard. elly dah rupa macam orang apa je dah. lidah sampai terjelir2. eeee...ko ingat ni sessi sparring muai thai ke elly oiiiiii..seksa betol. dah siap semua, sekali terpandang pintu rumah..tu dia...pintu terenggang!!! apa lagi..otak terus pikir mesti acha keluar ni. sebab saya leka merawat elly tadi maybe tak perasan pintu tu. yg obek lak dari balik tadi terus pi toilet. arghhhh...jerit panggil acha. achaaaaa...achaaaa..achaaaa..takde senyap je. cari celah sofa, belakang pintu, tepi bakol..semua fav spot dia. takde. saya dah jerit dah. terus lari keluar jerit nama dia. sah le dia takde kat rumah. saya dah siap masok dalam longkang besar depan rumah tu. mana tau kot2 dia masok longkang. takde. pi lak tengok rumah jiran..jerit2 panggil acha. senyap je. jiran tu plak takde rumah so tak boleh le nak tanya. obek pon tolong cari sampai lorong belakang. saya dah bantai menangis berjujai air mata. cari satu blok rumah tu dia takde. yang obek pulak kata takpe..kang dia balik, kita tunggu kat rumah dilu. masa tu saya jerit dah..cari je laaaaa..nak tunggu dia balik kang entah apa jadi. gerambetol. obek kata pegi amik kunci kereta, dia nak round dgn kerta. masa tu saya dah hilang sabar dah. saya jerit, pergi amik sendiri tak boleh ke??? hahahaha..masa tu mmg tak ingat apa dah. pikir acha je. drama sungguh tetengah jalan tu. panas pulak tu. sure jiran lain ingat kami laki bini gaduh pulak. pedulik la. saya pegi tanya kat rumah jiran  yg ada anjing tu..kot la dia nampak. takde. nangis dah saya tengah jalan. sikit lagi nak terjelepok. sekali obek jerit dari rumah. obyyyyyy...obyy....ni acha ada kat si i, kat bawah kereta. hah? terus lari pecot kalahkan usain bolt. huhuhu..sampai je tengok obek tgh dukung acha. saya pon terus la lari pelok dia, nangis macam orang gila. puas aku cari kau pusing 1 blok rupanya kau menyorok bawah kerta. uwaaaaaaaa....nagis lagi. tapi syukur..dia kat bawah kereta je. tak pergi jaoh. huhuhuu..petang tu terus saya badan naik dedor. pening kepala coz banyak betol kejadian yg menduga hati dan perasaan. huh!
...
so, gitu la kisahnya. malam tu pergi pasar malam. biasa saya mmg beli pulut kuning kat gerai ni. saya fav pulut kuning, makan dgn sambal tumis. every wik mesti beli. oooooo..patot la gems...asyik mkn oulut je. huh! anyway...taktau apsal, maybe that day makcik tu demam kot, sambal tumis tak best lansung. walopon saya mmg tak berapa makan pedas, tapi ni tak pedas lansung. dah rasa mcm makan sambal sweet sour pulek. huhuhu..obek yg beli nasi lemak kat gerai yg sama pon ckp mcm tu.madoii...thats the end of the disaster saturday..sabar je:la. budak gadoh, kedai tutup, acha lari,:sambal manis. cukuplah. tolong. pening dah kepala. huhuhuhu..mujur esoknya, sunday tu semua ok. lunch masak kat rumah je. malam dinner mekdi. lama betol tak makan mekdi. sekali saya bedal filet ofish n prosperity berger. hahahahahaa..hebat tak makan dua sekali? obek pon kebil2 tgk saya. geram! seakan melepas perasaan. kalori? ahhhh..lantak la. bukan hari2 aku makan macam tu. biarkan. malam pulak obek pi kerja, entah kenapa tetiba melayan emosi. terpikir macam2 perkara. dah menangis pulak sensorang sampai bengkang2 mata. owhh...why...
....
hari ni hope semua ok. takmau lagi masalah yg melibatkan emosi. now bebudak elly n richardsalah sorang akan kena cage if saya keluar rumah. langkah berjaga2 namanya. if saya ada rumah, ok. boleh lepas tapi kena pantau sentiasa..elly pandai serang hendap. wtffffa...acha masa bebudak tu gadoh? dia berdiri tepi je jadi referee..tukang tiop wisel:perlawanan. dah le itam, mmg sajak sungguh jadi referee. huh....




















Wednesday, January 8, 2014

nothing special..

hello...
apa khabar semua? harap sihat. baru lepas tgk the following. benci ah..suspen je..dah nak habis for this season. tu gambar nezha..muka monyok je takde mood..maklum tukang garu kedua takde..obek pi outstation penang..mmm...tinggal la saya dengan budak2 ni. semua pon lemau. hari ni makan bubur nasi. coz nasi semalam ada lebih, sayang nak buang, so improvise jadi bubur. boleh la janji kenyang. ada juga buat kuig vadei..sedapnya..makan sampai puas hati. huhuhu..sedap. esok nak buat lagi. walopon bentuknya tak cantik tapi yg penting sedap. hahahahahaaa..
apa lagi nak cerita? macam biasa je la..takde apa yang menarik. sekejap je january dah sampay pertengahan.  cuaca dua tiga hari ni panas, tapi ada kejadian tanah runtuh di mahameru. syukur takde yg cedera. risau ye. sekarang bencana alam kerap melanda negara kita. kenapa? banyak sebab la tu..elly macam biasa, asyik nka bercekau dengan richard. richard pulak asyik nak berkepit je dengan saya. mana le si elly tak hot n spicy dgn mamat tu. acha takde hal..janji perot kenyang dan digaru, dia ok je. eh..bosan kan baca kisah saya..takde yg menarik. kenapa ye? saya tak reti pulak nk tulis setiap pergerakan. ada orang semua aktiviti dia kasi tulis, siap gambar lagi. tu terpulang pada masing2 la. hujung bulan chinese new year. mmm..ada dating in arrangement masa tu. hehehe..hopefully jadi. jmpa kawan lama la..bukan dating dengan obek. leceh orang tua tu tak de dating2.. saya teringin nak makan rojak la. area ni takde rojak. ada satu je tapi kurengg..setakat lepas kempunan boleh la. nk buat sendiri ya ampunn...nk makan secoet, nak mengerjakannya byk beno bahan. leceh la. saya juga teringin kuih koci. bila ntah nak buat. buat senang yg lecehnya nak daun pisang. mana nak cekau. sini semua beli. sekerat keping singgit. saya tengok kat jasko la ada.  mcm2 je kan manusia ni, tingin itu, tingin ini..pikir makan je..now tgh tgk sleepy hollow plak. boleh la layan cite ni. dari menganga je. saya tgh wat proposal dh 2 hari tak siap2. otak buntu..nak start satu ayat tu payah beno. ahhh..buntu. doakan semua ok dan success ye. kereta pon still sempot. dah repair hari tu tapi saya takot nak bawak jalan jauh. obek pon pesan jgn pi jejauh since dia takde sini, takot jadi hal sapa nak tolong. owhh kerta kesayanganku..janganlah buat hal..saya sayang awak..byk dh tolong saya sejak dulu lagi. susah senang kita bersama. muahh...i love you my kereta..nama glen okeh..glamer mamat tu. saya rasa tahun baru ni saya nak letak segmen resepi. ada berani nak follow? hahahaha...eh..ok la tu untuk beginner..resepi senang2 je dah la..macam telor masak kicap ke, sup tahu ke, sayur rebus ke...eh..jangan taktau..saya pon pernah jadi mereka yg search resepi senang mcm tu tau. kot la boleh bagi inspirasi n motivasi pada orang..supaya makan di rumah, masak sendiri, kurangkan makan di kedai..kata nak jimat belanja..kalo saya beli sayur kat pasar 1 ikat tu boleh 2-3 kali masak. makan dua orang je kan..so dah jimat kat situ. ikan kalo besar masak sekerat, kalo kecik sekor la...pon cukup untuk makan dua orang. maybe kami laki bini jenis makan sikit kot. kuantiti sejenis laok sikit tapi sekali hidang maybe dlm 2-3  jenis laok. salah satu mesti berkuah, kalo tak kang tercekikk. dan salah satu mesti sayur..melainkan dalam laok contoh kari dh letak tomato n bendi n carrot...so takde la masak sayor lagi. sebiji carrot boleh buat masak banyak kali. kan jimat tu. sekarang semua kena jimat. makan besar sesekali la..jangan takde lansong.   last year takde pon p holiday dengan obek. sedeh la...budget utk holiday dh terbang ke lain. frust betol. ahh...jangan pikir sangat. ok la..nanti sambong lagi. love you!!!!

Thursday, January 2, 2014

1st entry of 2014...





hello...
1st entry of 2014, dimulakan dgn muka gangster of d house. elly, new year ke, old year ke perangai tak berubah, tetap la nak bercekau cari gadoh dgn richard. huhuhuuu..anyway, korang dah start keje or cuti lagi monday baru kerja? ada yang cuti, ada yang kerja ye tak?  so, apa yang terjadi pada 010114??? bangun pagi macam biasa, ingatkan nak bangun lambat, bila dah bangun dah kemas lebih kurang sambong baring. ingat nk tido. sekali tak boleh tido le pulak. jiran2 semua senyap sunyi. maklum la.. diaorang malam new year tu wat party bbq la apa la party sampai pukul berapa ntah. hehehehee...tu yang diaorang dok bantai tido lagi la tu kot. saya je terkebil2. so, turn on tv n baca novel. bagus juga kalo tak bila nak habis buku ni. then dah pukul 10am basuh baju sebeban. huishhhhh...letih. pas tu lepak. takde lunch pon. obek pon takde dia pi kerja kat rawang. so, saya just beli roti je la makan. lepak2 makan biskot, roti semua sampai petang. malam ingat nk kuar diner kat nandos, sekali tak jadi. tukar p kfc. mmmm..tak minat la. beli 1 plate je share dgn obek. tu pon tak habis. lepas dinner, balik rumah. obek p kerja malam pulak. saya? tengok the following n sleepy hollow. eh...saya suka la cerita the following tu. best. suspen je. taktau sapa yang baik sapa yg jahat. hehehehehee... so gitu la kisah on 1st january. takde apa yang menarik. semua dull je. **************lagi nak cerita apa. katanya nanti saya ada nak jmpa kawan lama..tapi taktau bila. belom finalise lagi. kind of excited jugak. lama tak jumpa sejak hbs sekolah, entah camne rupa memasing. saya biasa je la..comot as usual. saya bukan kaki fesyen, tak reti ber-up-to-date. mekap pon tak reti. baju biasa2 je. kadang saya ras mcm rendah diri lak bila tgk orang semua mcm cantik je. mmmm..entah, tak minat nak bergaya. tapi if kat dlm rmh saya tak le selekeh. mcm2 fesyen yg tak blh dipakai di luar saya pakai. haaa....mcm ni bagus la. takde orang nampak saya pakai apa. hehehehe..nak seksi meksi pon obek yg nampak. opsss...ada lagi 3 ekor jantan yg tgk..acha, elly, richard. pfffft....eh, korang kat rumah pon kena cantik2 ye. pakai semua fesyen tu. skirt ke, apa ke, tapi luar rmh jgn haaa...luar rmh pakai biasa cukup. nanti byk cerita. as for those yg pakai tudung, kat rmh tu pakai mcm2..jgn pakai t-shirt je. ehh..kenapa la saya ni pulak nk membebel. tapi pada saya nk bergaya tu dirumah. luar saya limited walopon saya tak pakai tudung. entah..rasa tak selesa. so, jangan rasa iri hati pada mereka yg cantik2 bergaya diluar. kita pon boleh juga. u go girl! hehehehee..dah kenapa berkempen pulak ni. bukan apa, takmau benda2 remeh jadi isu dlm diri. mulai sekarang semua nak kena ubah. kononnya la. saya biasa la hangat2 tahik kucing je. *************ok la. tetiba takde idea nak tulis apa. buntu. esok2 tulis lagi ye, next time letak pic acha  n richard pulak. peace.