mari mencari....

Google
 

Thursday, January 16, 2014

sunyinya...

hello..
buat apa? mesti tengah buat macam2 la tu kan. masing2 ada tugas yg tersendiri. kerja elok2, kerja dengan ikhlas..jangan asyik merungut je. selalu saya dengar orang merungut malas pergi ker..kalau malas, berenti..jangan kerja. ada yang bising macam2 la. entah..tapi ye la setiap orang ada sebab yang tersendiri. sunyi je rasanya. obek takde. pegi penang. alah..bukan baru sekali ni dia p penang, boleh kata every week pergi. tapi entah la. malam td tak boleh tido. dekat 4am baru nk terlelap. otak pikir macam2. baru nk terlayang surau dah terahim.:bangun je la jawabnya. tengok bebudak semua tido. mana yang mengangkang tu mengangkang la..yang merengkot tu merengkot la. macam2 style. 3 kucing, 3 gaya. huhuhuuu. acha elly richard sihat. syukur. walopon suka gaduh kan. biarla. hiburan gak tu. elly n richard if lepas saya memasing nak datang menyondol saya. nak ngadu la tu. nak pelok2 sapu2 muka. pandai la korang. dah bagi saya sakit jantung pastu nak manja2 pulak ye. sayang semua. *************************baru lepas baca blog meowwmania..cerita pasal kucingnya nama babymusyuk dah kembali ke pencipta. sedih..kena langgar. dah ajal. saya pon sedih. bila baca kisah dia baru la saya pon nak cerita kisah saya pula. hari tu kan balik kampung johor. kat sana mmg ada kucing.. 6 ekor..putih2 semuanya. baka dari kucing yang saya tinggalkan kat kampung dulu. yang senior2 semua dah takde. now the new generation la katanya. mmm..comel..tapi time saya balik tengok dah tinggal 4 je. sekor dah mati katanya. mmm..takpe la. dah ajal. so, on that day, adik ipar nak keluar..reverse kereta..langgar kucing tu. menjerit saya. coz mmg dengar bunyi macam meletup popp gitu. kejar ke luar..dia pon keluar..oh..not him..the bini. dia lnsg tak keluar kereta jenguk kucing yg dah dilanggar. alasannya...tak boleh nk tgk. wtfff...bininya kuar bagitau dia dah langgar kucing. saya pergi tengok. kucing tengah menggelitik2 mengadap maut diambang mata. kepala sebelah pecah. biji mata terkeluar pecah. mana la saya tak jerit. yg diaorang pulak pergi jirus air. i dont know what is the reason they do it. i kept on screaming while pegi belakang amik suratkhabar la. pergi kutip kucing yang dah berdarah2 dgn kepala pecah, bijik mata pecah tu. saya menangis. saya kutip, saya pelok..biarlah baju saya berkesan darah..boleh basuh. masa saya dukung, kucing masih menahan seksa sakit. menarik sisa2 nafas yang ada. saya tenangkan. usap2 badannya. doa saya, jika dia mati pon biarlah dalam keadaan yang tenang. seksanya saya lihat dia nak menghabiskan nyawa. air mata saya berjuraian. sekejap lepas tu...selepas satu tarikan nafas yang panjang, kucing pon dah pergi. dah tak bernyawa lagi. saya sedih. saya menangis. saya sakit hati. saya bersihkannya, dan bungkus elok2. kebetulan obek pulak baru balik dari kedai..terus suruh dia gali lubang untuk tanam. sedih. the adik ipar laki bini? terus blah. mmg berbakol la kau kena sumpah dgn aku. benci. lansung takde rasa kesian. bukan taktau area rumah sentiasa ada kucing. kalo bukan kucing pon ada je ayam dan binatang lain. tak boleh ke slow2 reverse? yang laju mcm kena kejar hantu kenapa? benci. selesai tanam..saya masih nangis. kucing tu saya tanam sebelah eji. ingat eji? kucing saya yang mati akibat sakit batu karang kencing berdarah tu. ye..di sebelahnya la kucing tu saya tanam. semoga takde sapa yang kacau. tempat kucing tu kena langgar yg penuh darah saya siram, bersihkan. sedih sangat rasanya. that night, bila dpt jmpa semua dgn the laki bini..saya ceramahkan diaorang. as usual..sengih je. dulu masa eji mati..saya nangis sampai lebam mata. boleh lagi diaorang perli malam ni taknak buat kenduri arwah ke kucing mati. owhhh..mcm tu rupanya sifat dan kelakuan diaorang. memainkan hati dan perasaan. takpe..saya tak buat untuk kucing. if korang mati pon saya tak buatkan utk korang. at that time ada gak sedara obek yang suka perli2..they just dont understand why i should cry like orang gila when its just a cat yang mati. ye..pada diaorang its just a cat. tapi pada saya, itu sebahagian dari jiwa saya. janganlah nak perli2 pulak. saya kalo menjawab nanti bisa perkataan yg keluar dari mulut saya. banyak yang elok akan keluar. so baiklah saya diam. diam tak bererti saya kalah atau bodoh. biarkan. saya kata..if tak suka ada kucing kat sini, just bagi orang. saya mmg tak boleh bawak balik lagi coz rumah kecik. tak mampu nak memberi keselesaan pada kucing2 tu. hemat saya if duduk kan kucing kat ka pung dia boleh bebas..berlari2 berjalan. tak macam bebudak yg kat rmh saya ni. terkurung..merenung je pintu nak keluar. keluar bila ada masa..tu pon tak boleh jauh dan mesti ada leash..hilang kang pengsan saya. bandar bukan macam kampung ada kawasan besar boleh bebas lari. sini kereta laju2..depan rumah je dah jalan besar..mmm..apapon..saya sedih dan tetap terselit rasa tak puas hati pada mereka. yang penting saya dah cakap, saya dah beritahu dan saya dah menerangkan perihal jangan buat taktau pada kucing tu. as if u dah langgar at least cuba la tolong balut kucing tu..bukan terus blah naik kereta canggih awak tu. wtfff...huh..tak pasal2 emosi pulak saya. tapi ye la..macam saya kata..setiap orang ada pendapat yang tesendiri. ada yang suka, ada yang tak suka..terpulang.


1 comment:

Irfa said...

tetiba rasa sedih pulak baca kisah ni.sy x pernah bela kucin wpun anak2 ada gak mintak.. sbb saya rasa x mampu kot nak bela mrk.
tp sy x benci kucen. kalau ada kucin bawak meja makan di kedai, share rezki dgn kucin tu.sbb ada ustaz kata, dalam rezki kita juga,ada rezki makhluk lain cthnya mcm kucin

sabar ye