mari mencari....

Google
 

Thursday, February 20, 2014

panas..panas...

hello....kali ni entry tanpa gambar. takde mood. huhuhu...asyik2 takde mood je. gambar budak2 ni pon dah lama tak snap. seperti biasa...nak cerita apa la ni agaknya. cuaca kebelanganan ni panas betol ye. berpeluh2 sungguh. hinggakan paras takungan air di empangan pon menurun. ramai juga yg mengalami catuan air. kesian mereka. mana yang ada anak kecil lagi la susah. hari2 nak kena basuh setimbun baju segala. mana nak cekau. nak masak lagi. nak hantar baju kat dobi pon air takde dobi dah tutup. nak makan kat kedai pon air takde. saya pernah last week pergi makan dia hidang guna polestrin je. air takde katanya. aduhh..bayangkan camne nak basuh periok kuali segala. bagi perempuan lagi susah, bila time2 'kawan' datang, harus nak guna air banyak. tak selesa if takde air nak cuci segala. tapi apa boleh buat...dah musim macam ni semua orang terlibat terkena tempias takde air. harap besabar je la. dengarnya dah nak buat pembenihan awan supaya hujan. saya doa semoga berjaya. boleh tadah air hujan semua. dengan cuaca panas ni, ramai juga yang naik demam sebab panas melampau. malam tidor pon berpeluh. mana yang ada aircond boleh le on. tapi hujung bulan sila la bayar bil letrik. mana yang takde aircond, guna la kipas tu. kadang guna kipas pon bukan sejuk, jadi lagi bahang panas. sabar je la. semua orang pon merasa. dalam minggu lepas ni ada juga hujan lalu kat area rumah saya. kejap la dalam 15 minit macam tu. buat basah2 jalan orang kata. tu pon syukur. dapat angin hujan, sejuk la sikit. budak2 rumah ni pon kepanasan. minum air banyak dah n kurang makan. tak selera kot. macam kita juga la gamaknya diaorang tu. hehehehehh.. tempat kita panas, mana belah sabah sarawak tu pualak sampai banjir2. tu la..rezeki masing2. dunia dah tua. kita kena banyak fikir ni.************obek takde. pi penang la mana lagi. weekend semalam balik. settle kerja belah kl pulak. macam2 je. this week tak tau bila balik. katanya before friday boleh balik dah. tunggu je la. hope semua kerja ok. rindu obek hari2.************semalam saya jatuh tau. biasala budak2 ni suka main kat kaki, especially si richard. saya tak perasan, dia sebok nak menyelit kat kaki saya. elok melangkang, dia pon silang. apa lagi, kebabom la jawabnya. jatuh tersembam, bahu kena bucu tiang. bengkang n lebam sampai hari ni. nak buat camne? nangis la sensorang sapa nak pujuk. nak baring tido pon tak boleh mengereng kiri dah. sakitttttttttttttt. tu yang buat lagi takde mood tu. hope cepat elok bahu ni. richard ni memang tau. geram!!!! walopon macam tu kenapa saya tak pukul dia? pelik betol la. tapi dia pon ras bersalah kot. bila saya baring dia datang nak cium2. nak pujuk la tu. pigidahhhh..dah bagi orang jatuh sampai lebam pastu nak pujuk pulak. huhuhuu..yela..saya pelok dia. marah sikit je...************jalan2 tengok resepi kat tenet. tetiba macam tingin je nak buat cornflakes coklat tu. eh...katanya senang. tu yang try tu. mood membaking belom mari lagi. lama dah tak mari mood baking ni. jauh berjalan mood baking tu pi holiday gamaknya tak balik2 lagi. hehehehe...so, nanti saya nak try buat cornflakes coklat tu. nanti kita post gambar ye. kalo jadi buat la. ************so, tu je la nak cerita kot. pada semua semoga banyakkan bersabar dalam apa juga keadaan. love you. love obek. love acha, elly n richard. sayang semua....

Thursday, February 13, 2014

9 tahun dah....


alhamdulillah...pejam celik, rajuk tangis, gelak ketawa tuptup hari ni dah 9 tahun bersama. amboihh...lama tu, tapi rasa macam baru sekejap je mula kenal main handphone dating2. hehehehhe...sekarang pon dating juga..kalao ada kesempatan. so hari ni celebrate sensorang je la coz obek takde, pi penang. next week baru balik. takpe...balik nanti kita celebrate. malam tadi sms obek wish 9 years of journey dia terkejut. tak sangka katanya. ye la. saya pon tak ingat tapi buka blog semalam ternampak ticker tu. apapon, semoga semua gembira....obek..love you,,,



Tuesday, February 11, 2014

pancaragam hidup...


hello...
lama dah tak menulis. mengalahkan orang yang raya pulak. biasa la tu kan. macam2 je benda yg ada. semua nak kena mengadap. arghhhhh...... anyway, camne korang punya cny? meriah le tu gamaknya ye. makan limau (mcm la time lain tak makan limau)....kar area rumah saya jiran2 pakat buat tarian singa kat rumah. wahhhh...meriah juga. siang malam ada je menari2. saya tengok juga la, sebab ramai yg tengok. hahahha...kepoh betol. tapi, budak2 kat rumah ni semua penakot sangat. bunyi mercon, takot. bunyi gendang, takot. datang si singa tu lagi la. semua pakat menyorok dalam cage. ehhh...pandai lak masok sendiri dlm cage. hairan bin ajaib betol. ingatkan diaorang sesaja je. tapi everytime bunyi gendang, semua pakat mencicit lari tunggang langgang lintang pukang. hahahahaa...lawak betol. kata anak jantan, komando bagai..tapi bunyi mercun, gendang je semua cabot. apa la..... apapon, semua happy. saya ada amik video tarian singa tu..saje on bagi tunjuk kat bebudak ni. baru je muzik intro dung dung chenggg...semua pon pakat lari. bagus betol. nanti2 kot sapa degil saya buka video tu letak kat telinga dia. kalo malam2 ada je mercun bunga apa. bukan kecik2...besarrrr punya dah macam pertunjukan bunga api pulak. boleh lak lawan2 dengan orang taman sebelah. hamboihhh...apapon cantik la tengok. tapi bising. sampai pukul 1-2 pagi pon still dentam dentum juga. ahhh...mana2 perayaan pon sama je. semua ada mercun bunga api. tu standard la tu. asal terkawal dah la. **********so, nak cerita apa. mmmmmm...obek ok. acha ok. elly ok. richard pon ok. saya pon ok. saya rasa saya mcm dh gems la skrg. sebabnya? bila pakai jam dah berbekas kat tangan..bila pakai seluar rasa mcm ketat je. bila pakai belt kena tambah satu lubang ke depan. bula pakai baju semua rasa tak sedap je. ehhh...dah kenapa saya ni? aduhhh...badan nk naik senang, nak turun berkurun. ni pon dh lama tak timbang. timbang kat rumah dh rosak. hari2 mamat acha tu bantai tido atas tu..nangis le penimbang tu terus kong. huhuhuu...tapi saya fikir takpe la kot. asalkan masih dlm lingkungan bmi yg ok, kira ok la kot. owh...ayat penyedap hati sendiri. kenapa perempuan amat sensetif dengan berat badan? ada yg kurus saya tengok pon bising kata gems juga. mungkin bekaitan dengan raya yakin kot. macam saya, rasanya makan tak le seberapa banyak..ok2 je. makan sayur banyak..kurang makan daging or ayam. but still gems. ehhh..metabolisma seseorang tak sama. takpe. nanti saya eksesais ye. now hari2 kemas rumah pon tak cukup. maybe itu tak cukup bagus. maybe kena letak anjing gila kat belakang kejar sampai putus kaki baru boleh kurus. ok..nanti cari anjing gila letak kat belakang. tengok kat tv rancangan i used to be fat tu...wahhh..extreme betol ye. dari ratos2 paun hingga jadi kurus slim. tapi kau tgk la pulak regim excercise dia. macamkan nak mati. larat ke bersenam 9 jam sehari? kalo saya awal2 dah pengsan. confirm. makanya kita excercise ikot hati sendiri. hehehehehee...************kisah kerja..biasa la. sian obek...kawan jv tak byr part obek..tapi dengarnya member pi umrah wehhh...mmm..taktau nak kata apa. sendiri mau ingat la. awak nak pergi beribadah biarlah orang pon ikot doakan awak. ni tak. bahagian orang awak tak bagi, sebat aje. tuptup pi umrah sefamily. camne tu? pepandai le jawab pak tongkol oiiiii....kata pandai hukum agama, umrah dah 3 kali takkan taktau apa peraturan hidup yg ringkas ni. meniaga sesama biar jujur. mungkin boleh untung sekali bila menindas orang, tapi awak takkan untung selamanya. saya taknak mendoakan yg tak baik. biar antara dia dan Allah yg menilai. cepat atau lambat, sikit atau banyak...bahagian kami tetap akan jadi bahagian kami. so..jaga2....ada yg merghatiii...bak kata kiah propa le tu kan. ************lagi nak cerita apa. roadtax mati dah seminggu. hehehehehee....baru nak pi renew. fuhfuhhh...moga2 takde saman. kalo ada tu mesti time obek yg bawak. saya pemandu berhemah okeh...ni break pad pulak dah menyanyi. ada je la kereta tu. takpe la. usia kereta pon dah menunjukkan kederatnya dah limited. macam manusia la..kadang2 demam, kadang selsema, kadang sakit jantung. huhuhuhuu...to glen kerta kesayanganku...tolong jangan sakit2 ye...sebab poket saya pon sakit sekarang ni. i love you glen. ************lagi nak cerita apa? tu je lakot. apapon, doakan yg terbaik untuk kita semua. saya sering nak cuba berusaha berfikiran positif dlm apa jua keadaan..tapi kadang tewas juga..bila sabar dah habis. keluar juga perkataan yg tak sedap didengar tu. hahahahahaha.....ok la..nanti tulis lagi. love you. obek...sila belanja saya pizza. sekian.