mari mencari....

Google
 

Thursday, February 20, 2014

panas..panas...

hello....kali ni entry tanpa gambar. takde mood. huhuhu...asyik2 takde mood je. gambar budak2 ni pon dah lama tak snap. seperti biasa...nak cerita apa la ni agaknya. cuaca kebelanganan ni panas betol ye. berpeluh2 sungguh. hinggakan paras takungan air di empangan pon menurun. ramai juga yg mengalami catuan air. kesian mereka. mana yang ada anak kecil lagi la susah. hari2 nak kena basuh setimbun baju segala. mana nak cekau. nak masak lagi. nak hantar baju kat dobi pon air takde dobi dah tutup. nak makan kat kedai pon air takde. saya pernah last week pergi makan dia hidang guna polestrin je. air takde katanya. aduhh..bayangkan camne nak basuh periok kuali segala. bagi perempuan lagi susah, bila time2 'kawan' datang, harus nak guna air banyak. tak selesa if takde air nak cuci segala. tapi apa boleh buat...dah musim macam ni semua orang terlibat terkena tempias takde air. harap besabar je la. dengarnya dah nak buat pembenihan awan supaya hujan. saya doa semoga berjaya. boleh tadah air hujan semua. dengan cuaca panas ni, ramai juga yang naik demam sebab panas melampau. malam tidor pon berpeluh. mana yang ada aircond boleh le on. tapi hujung bulan sila la bayar bil letrik. mana yang takde aircond, guna la kipas tu. kadang guna kipas pon bukan sejuk, jadi lagi bahang panas. sabar je la. semua orang pon merasa. dalam minggu lepas ni ada juga hujan lalu kat area rumah saya. kejap la dalam 15 minit macam tu. buat basah2 jalan orang kata. tu pon syukur. dapat angin hujan, sejuk la sikit. budak2 rumah ni pon kepanasan. minum air banyak dah n kurang makan. tak selera kot. macam kita juga la gamaknya diaorang tu. hehehehehh.. tempat kita panas, mana belah sabah sarawak tu pualak sampai banjir2. tu la..rezeki masing2. dunia dah tua. kita kena banyak fikir ni.************obek takde. pi penang la mana lagi. weekend semalam balik. settle kerja belah kl pulak. macam2 je. this week tak tau bila balik. katanya before friday boleh balik dah. tunggu je la. hope semua kerja ok. rindu obek hari2.************semalam saya jatuh tau. biasala budak2 ni suka main kat kaki, especially si richard. saya tak perasan, dia sebok nak menyelit kat kaki saya. elok melangkang, dia pon silang. apa lagi, kebabom la jawabnya. jatuh tersembam, bahu kena bucu tiang. bengkang n lebam sampai hari ni. nak buat camne? nangis la sensorang sapa nak pujuk. nak baring tido pon tak boleh mengereng kiri dah. sakitttttttttttttt. tu yang buat lagi takde mood tu. hope cepat elok bahu ni. richard ni memang tau. geram!!!! walopon macam tu kenapa saya tak pukul dia? pelik betol la. tapi dia pon ras bersalah kot. bila saya baring dia datang nak cium2. nak pujuk la tu. pigidahhhh..dah bagi orang jatuh sampai lebam pastu nak pujuk pulak. huhuhuu..yela..saya pelok dia. marah sikit je...************jalan2 tengok resepi kat tenet. tetiba macam tingin je nak buat cornflakes coklat tu. eh...katanya senang. tu yang try tu. mood membaking belom mari lagi. lama dah tak mari mood baking ni. jauh berjalan mood baking tu pi holiday gamaknya tak balik2 lagi. hehehehe...so, nanti saya nak try buat cornflakes coklat tu. nanti kita post gambar ye. kalo jadi buat la. ************so, tu je la nak cerita kot. pada semua semoga banyakkan bersabar dalam apa juga keadaan. love you. love obek. love acha, elly n richard. sayang semua....

No comments: