mari mencari....

Google
 

Tuesday, January 20, 2015

pengantin-seliuh-pemergian-sakit-lagu...





Hello....

Lama dah tak menulis. Macam2 kejadian dah berlaku. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang menyakitkan hati je. Huh....

Yang gembira...meraikan pengantin baru anak mama..anne & fendi. Kami semua mendoakan kebahagiaan hingga hujung nyawa. To Fendi, welcome to our family.  Majlis Kay kepong kami pergi la memang tapi majlis belah lelaki kat sg. Sipot kami tak dapat pergi sebabnya....hari jumaat before majlis hari sabtu tu ma pulak kaki terseliuh. Hai...tu la pasal beriya beno berkebun sampai seliuh jalan pon dah dengkot2 tu. Ma call saya jumaat tengahari tu saya risau dah. Mmmm..dah pergi urut tapi belom elok lagi. Tu salah satu berita sedihnya la kan.

Another sad story, Thursday 15/01/2015 @ 9a.m. tu mama Ashley wasap kata Ashley dah takde. Sedihnya taktau nak cakap apa tapi kena kuatkan semangat so that mama Ashley tak patah hati dengan lebih teruk. Actually days before pon mama Ashley dah informed that Ashley warded coz some problem. Kena masuk air semua coz dia refuse to eat and drink on her own. Apapon saya pon sayang Ashley jugak. She's. A good cat, manja, baik, very calm. To mama Ashley I hope you will be strong as the other kids need you too. I know how it felt if you lost a cat it's just as sana as lost a child..To Ashley, you are in a better place now, rest in peace.

Cerita sakit ati.... huiii., banyak le pulak kan so takpe abaikan je la. Heheheee...  elly  sekarang mengalami krisis bulu gugur. Kesian dia bulu gugur spot by spot. Kat area bawah leher ada 2 spots besar dah togel. Kat belakang ekor pon ada. Belom lagi bawak pi klinik. But dah bagi ubat vitamin tapi ingat esok nak bawak gak pi klinik. Kesian dia. Huhuhuu... acha pulak ada benda putih2 x tau apa bendanya. Kutu ke? Tak pulak bergerak. Dah bagi ubat kutu dah. Richard je ok. Musim agaknya kucing semua tak sihat. Kucing luar yang hari2 datang melawat rumah ni pon nampak macam ada kesan cakar ke apa ke kat kepala. Haihhh.., macam2. Saya susah hati if budak2 ni sakit. Saya sakit takpe saya telan panadol je jangan bebudak ni sakit...payah saya jadi susah hati tak keruan.

Cerita lain..semalam tengok ajl. Betol2 terkejut bila tengok dan dengar caliph busker tu nyanyi. Meremang siotttt..I wish them all the best and have a success career ahead. Very nice voice!

Apa lagi nak cerita???? Takde  idea dah. Sambong lain kali. Bye!

Monday, January 12, 2015

one fine day... bengkang tepung gandum...





hello...
edisi makanan lagi hari ni kita ye. kalli ni saya buat benkang tepung gandum. sebenarnya takde terpikir pon nak buat kuih ni. tapi satu hari tu obek balik kerja dia cakap, kawan dia (kira dah berusia sikit la, kami pon panggil gelaran abang ke dia), abang din tu cakap teringin nak makan bengkang tepung gandum kaler hijau katanya. amboih..spesifik sungguh permintaan. siap tanya kat obek saya pandai tak buat kuih tu. alahai... bila diajukan pertanyaan tu rasa kesian pulak kat abang din tu kan. so saya pon belek2 la internet cari resepi. seperti biasa, cari resepi yang paling senang untuk dibuat. hahahhahaa... almaklum, amatur katanya tak boleh buat kuih yang pelik2 kang tak menjadi. kena hati2 tu. belek punya belek so dapat le resepi kat internet tu. saya terus buatkan 2 portion. satu nak bagi kat abang din tu yang mengidam mengalahkan orang mengandung tu, lagi satu portion untuk saya le dengan obek. nak le juga merasa sedap ke tidak kan kuih tu.

so, bahannya ialah tepung 1 cawan, air daun pandan 1 cawan, santan 2 1/4 cawan,, butter 2 sudu makan, telur 3 biji, garam sikit untuk bagi lemak2 santan tu. itu je la. blend aje semua dalam blender. tapis dulu sebelum masok loyang supaya bancuhan kita tu smooth je takde ketol2. pastu tapi masok loyang. loyang tu sapu dulu dengan butter jadi dia senang nak keluar kang bila dah masak tak de la melekat. dah tuang tu tabur bijan sikit buat hiasan. takde pon takpe..tak menjejaskan lansung kuih tu. lepas tu bakar la. lama juga nak bakar dalam satu jam juga. saya bakar 1 jam lebih dekat nak 1 1/2 jam. sebab saya guna api rendah suhu je. takot le kan  kang kejung kuih saya kuar oven hitam,. ngeri wehhh... lepas dah masak, kena bagi sejuk betul2 dulu supaya tujuannya bila potong tak le melekat kuih kat pisau, tak le comot, gitu...

lepas siap semua tu, saya pon pass to obek bagi kat abang din masa obek nak pi kerja malam esok tu. wahhh... terkejut excited orang tua tu, siap nak bagi duit bagai. ehhh... dah kenapa nak bagi duit? bahan pon murah dan mudah takde modal sangat pon. saje buat sesuka untuk makan. komennya..sedap. hahhahaa.. saya sendiri makan pon sedap. tips ialah, guna santan pekat betul yang sedap. kalo guna santan serbok peket pon boleh juga agaknya, tapi lebihkan le peket tu dalam 3-4 peket ke bagi pekat. baru terasa santannya. gitu....

okeh.. nanti boleh la korang pulak cuba ye. selamat mencuba!!! kalo buat tak menjadi ke, terlembik ke, tak masak ke takpe.. kita try and error la kan. jangan sedih. fighting!!!!!






Thursday, January 1, 2015

happy new year 2015...






pic credit : http://melikedesign.com/happy-new-year-2015-wallpaper/


assalamualaikum...

tahun baru 2015 sudah menjelma, takde apa yang saya nak ucapkan melainkan mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua orang. semoga kita semua beroleh keberkatan di tahun baru yang mendatang. aminnn....