mari mencari....

Google
 

Wednesday, February 18, 2015

one fine day...coney dog my style and my way...





hello...

edisi makan2 lagi kita. nampak beno takde idea nak menulis kan. heheheheh.. takpe la. boleh buat sebagai simpanan sendiri dan kalau ada yang teringin nak mencuba boleh je. saya dulu pon tak pandai masak, tapi cuba sikit2. lelama boleh dah. memula dulu seksanya rasa nak kena masak. tangan kena percik minyak, luka masa siang ikan, melecur la kena kuali. uwaaaaaa..... tapi sikit2 lama2 boleh la. lepas le nak mengisi tembolok ni ha. hahahhahaa...

okeh, untuk kali ni kita makan ala2 omputeh le pulak ye. asyik makan nasi lemak je sesekali tukar selera. sebenarnya  lama dah teringin coney dog anw tu tapi macam payahhhhh je nak jumpa anw tu kat area sini. so, apa lagi, godek internet. ada macam2 version. ada yang bahan mudah, ada yang bahan pelik2. hehehehe.. saya pilih yang mudah dan yang saya suka. pendek kata ikut style saya la resepi ni walaupon base-nya saya amik dari internet. dari segi logik lebih kurang je la bahan2 dalam resepi cumanya ikut suka kita nak tambah apa. ada resepi yang guna daging cincang. macam saya, sebab makan berdua, jadi satu hal pulak nak membeli daging cincang tu. bila pulak nak habis. 1 tube tu banyak juga. pikir2 saya cincang je frankfurter yang saya nak buat coney dog ni. satu pek ada dalam 10 ke 12 batang tak pasti pulak. saya amik je 3 batang, cincang sendiri. jimat dah kat situ tak yah nak beli minced meat sangat. hahahahhaha.. dasar cheapskate. bahan lain saya olah ikut tekak.

cara masak senang, tak banyak kerenah. cepat dan sedap. sekali makan terus 2 ketol. macam ni namanya nak diet? kirim salam le kawan oiii.... so, pada sesiapa yang nak try test cuba, marilah.. mari2 cuba....

coney dog ikut tekak saya...

kuantiti bahan ikut kehendak masing2 ye.

1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - potong dadu kecil2. kuning ke merah ke ikut suka dan ikut apa yang ada kat dapur tu
1 sb cili blend - kalau nak pedas. saya letak sikit la..
1/2 botol sos spagetti yang ready made punya - preggo ke kimball ke tak kisah. nak perisa original or mushroom ke ikut suka hati. kalau takde sos ni, boleh guna sos tomato campor sos cili tapi sos tomato lebihkan, sebab nak macam masam2 sikit.
3 batang frankfurther - cincang kecik..takyah halus sangat. kalau nak guna minced meat boleh juga baru macam real ye tak? saya malas beli so guna je frankfurter tu.
1 sb mixed herb - herbs yang kita masak buat spagetti tu. saya guna ni sebab dah ada kat rumah.
garam
gula
minyak untuk menumis.

cara :-

panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah. masukkan sos spagetti atau sos tomato tadi, tumis. masukkan frankfurter tu /daging cincang tu. agak2 dah tukar warna, masuk air sikit. sikit je supaya ada becak2 sikit. masuk mixed herbs, garam gula. jangan la guna pak ajinaikmoto tu. kata masak kat rumah patotnya lebih sihat la kurangkan penggunaan bahan perasa perisa tu semua. ok?? kejap tu dah mendidih kira dah masak la. yahooo.. boleh makan.

penyediaan :-

rebus dulu frankfurter tu. belah roti tu, letak frankfurter tu, letak sos yang dah siap masak tadi. kot nak tabur extra bawang ke, letak sliced cheese ke sukati la. saya letak mustard je. pedas ye mustard ni. pada saya la sebab saya kurang sikit makan pedas ni. so, dah siap!!!! boleh makan dengan gembira. hehehehhee... kalau takde roti panjang tu, jangan risau, jangan nangis hentak2 kaki kat kedai tu. beli je la roti keping gardenia tu boleh juga. letak je dalam tu then gulung. makan. apa susah. kot berangan nak macam makan kat anw tu, beli la coke ke letak ais krim vanilla, wallahweiii.. terus jadi float. hehehhehe...imitation sangat.

masa saya buat kuah sos tu ada lebih. so, lebihan tu jangan le buang, simpan. esoknya masak bihun goreng boleh letak sos tu. sedap juga. kot nak tambah pedas letak le potongan cili api. haa.. hambek kau nanti berasap mulut. hahahahhaha...

ok la.. takat tu je. nanti kalau saya ada masak2 yang lain saya tulis ye. bye!!!!


Wednesday, February 11, 2015

one fine day... bengkang tepung gandum LAGI...







hello...

bersempena pembelian piok ajaib boleh pusing2 atas bawah katanya, maka saya telah men-try masak kuih bengkang lagi. kenapa kuih bengkang lagi? sebab yang pertama, bahan mudah dan murah, dan keduanya saya suka kuih tu. hahahahhahaa... resepi masih macam yang dulu. memula nak try cuak juga. biar betol ni jenuh check internet tengok pengalaman orang yang dah try guna benda ni. so, bancuh2, tapis, panaskan piok tu dulu then tuang, tutup. kejap je dalam 20 minit saya check nampak macam nak keras. baru la terhegeh2 nak tabur bijan. hahahhaha.. mujur boleh lagi. dah setengah jam saya agak2 dia dah tak cair saya try test le terbalikkan piok tu konon nak bagi atas bawah masak. hah!!! suspen je. mujur boleh. berat rupanya benda ni. hahahhahaha... so, itu le gambarnya. yang belah depan tu macam masih belom garing lagi. yang belah belakang tu dah garing dah. saya suka! gambar bawah ialah dah siap potong dan ngap. hehehehhee... best juga ye. owh.. kalau korang guna piok ni guna api kecik je. haaa... if masak guna oven garing kurang sikit. tu kalau oven saya la. maka sekarang ada dua alternative dah nak masak kuih. nak resepi ke? saya pon dapat resepi ni dari internet tapi tak pasti dari blog yang mana sebab cedok sana sini. saya harap tuan blog tak keberatan jika berkongsi sebab rata2 saya survey resepi semua lebih kurang sama. saya rasa saya amik dari blog ni http://atuffatuff-1234.blogspot.com/2012/09/buat-kuih-bakar-aka-bingka-dengan.html.  terima kasih tuan blog. mohon share ye. bagi saya pula if korang nak amik resepi yang tertulis sini boleh je cuma jangan la amik gambar kuih or masakan saya. walopon gegambar saya tu tak cantik tapi janganlah amik gambar kuih or masakan saya tu kata korang pulak yang masak. kalao korang ada buat kuih or masakan tu tentulah korang ada gambar bukti kuih or masakan yang korang buatkan?? ye... so, jom try test.

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan - saya guna 1 kotak kecil santan segera tambah 2 cawan air. 1 kotak tu bersamaan 1 cawan air
1 cawan gula - saya tambah lagi 1sb heheheh saya suka
3 telur
1sb butter / margerine - saya guna sehiris butter. sikit je buat dia berminyak sikit.
pewarna hijau @ if nak guna air daun pandan tu sekali kan dengan air tadi. takkira banyak mana asalkan jumlah cecair ialah 3 cawan. ok?
secubit garam - buat melemakkan santan tadi.

itu je bahannya. mudah kan?  caranya...

blend je semua dalam blender. atau kalau malas basuh blender kacau je dalam mangkok. saya kacau je guna hand whisk, jadik juga. bila dah sebati gula dah hancur tapiskan masuk dalam piok tu. tujuan tapis ialah supaya adunan kita smooth tak berketol. piok tu kasi panas dulu letak butter sikit. bila dah panas, tuang nanti dia ada bunyi cheeahhhhh.. ehh..camne nak tulis bunyi tu?? ala..korang tau la bunyik tu kan. dah tu tutup piok tu. api kecikkkkkk je. dalam 20-30 minit boleh terbalikkan. supaya masak atas bawah. sebenarnya tak terbalikkan pon boleh. saje la gatal kan. hati2 ye benda tu berat. if tak larat takyah terbalikkan, dia tetap masak sekata juga. dalam 50-60 minit dah masak. sejukkan. wawwwww...dah siap boleh makan. sedap.

wokeh..jumpa lagi!!!!!!!

Wednesday, February 4, 2015

jalan-jalan langkawi....







hello...

lama dah tak menulis. berapa minggu dah kan. tapi tetap ada masuk baca2 blog kekawan. biasa la tu kan. sepanjang persenyapan ni, somewhere last week saya ada pergi ber-short holiday. wahhh gitu. kemana kita? ke langkawi..yahoooooo.... so, meh sini nak cerita serba sedikit kot2 dalam masa terdekat ada sesapa nak terpergi kan boleh buat panduan. agaknya lah. hehehehe...

pergi sekejap je 3 hari je. owh... sangat tak cukup masa okeh, sebab itinerary adalah penuh. ehh.. lepas jalan2 saya balik kampong ye. haa...ada nampak tulisan tu wahai penyebok?? ada je kaki menyemak suka mereport ko dah kenapa kurang kerja ke? sukati orang le nak ke mana pon, nak ke langit ke nak ke laut ke. yang ko suka sangat nak amik tau hal orang buat apa? lepas tu menyemak cerita kat orang. mulut macam tempayan. tudung melilit2 tapi hati busuk mulut lagi la mcm kawah. blog ini untuk dibaca oleh kekawan saya ye. yang kaki menyebok suka nak menyemak boleh blah. u know who you are. menyampah!

*tetiba sessi luahan panas hati pulak--benci penyebok!

ok, sambong2 balik. takde la pergi mana sangat. dah kata pergi langkawi, dengan angkatan makcik2 harus le terjah kedai pak aji mail tu kan. memborong cekelat katanya. periok belanga pinggan mangkok segala. huiii.. sapa la tu agaknya ye. bukan saya la tu. hahahahhaa... saya beli sikit je. harga coklat semua dah naik, walocamne pon masih murah le kalo nak dibandingkan beli kat kl ni. naik 3x ganda harga kat kl ni dari harga kat kedai pak mail tu... huiyoo.. tak caya pi try test tengok kat jasko huiii.... takpe2..nanti korang pegi ye.

cable bridge tak buka. sebab diaorang maintenance and upgrade bridge tu. nampak macam dia ada buat tambah2 apa benda ntah nak bagi lagi cantik dan selesa la tu kan. cable car jalan la. macam2 dah ada sekarang. sebelom naik cable car dia suruh tengok short movie dulu. hehehehe.. ala2 3d katanya. layan je la. ada ikan shark, ada macam naik roller coaster. ada juga yang menjerit masa tengok benda tu coz ala2 konon terasa macam naik roller coaster bebetol la gitu. haaaa.. lepas tengok movie kejap je dalam 5 minit macam tu baru le naik cable car. cuaca elok masa tu so sangat cantik.

then ada jenjalan kat pantai cenang pepagi tengok sunrise katanya. ramai orang jogging pepagi kat pantai. cantik sangat. makan? makan macam2 sampai sakit perot. huhuhuhuhuuuu...makan banyak macam2 tu la sakit perot. macam tu punya gaya makan jogging 16 pusingan pon belom tentu hilang kalori.  banyak tempat makan yang best2. harga makanan boleh tahan lagi, ada pergi makan kat pekan kuah, ada pergi makan laksa tepi airport. ada menu laksa ikan sekoq. saya ingat apa ke bendanya laksa macam ni. apa benda ni. owhhh..rupanya laksa ikan seekor. tu dia.. ikan sekoq katanya. hehehehe... dia laksa biasa tapi ada letak extra sekor ikan rebus dalam tu. ada laksa sotong goreng. wahhh.. hebat. arghhh.. kalo cerita pasal makan sampai bila pon tak siap. ada makan kat gerai tepi jalan. murah u olls... nasi kecik ada laok memacam baru singgit doploh sen saje. satu nasi + satu laok la dia dah siap bungkus2 kecik. kuih still 3 singgit. boleh la kan. nak murah camne lagi. nak murah lagi hilang akal namanya tu.  semua sedap. tapi hati2 ye pergilah makan kat kedai atau gerai yang nampak bersih. jangan pikir nak murah tapi kebersihan kena diberi perhatian juga. so far yang saya pergi semua ok.

pergi juga kat tempat helang besar tu. amboihhh..ramai sungguh orang amik gambar kat situ. korang kalo pergi amik la gambar lompat2 tu confirm cantik. hehehehehe.... sekejap je pon pergi. nasihat saya pergi tu bila book kereta sila la pilih orang yang betul, yang kami pergi pon orang ni tetap la nak melilit membelit customer. puiiii... kata minyak penuh, sekali masok suku tank pon tak sampai. kata parking airport free walhal kene bayar juga. kami tak kisah le kena bayar segala tu cumanya jangan le menipu. cakap je la terang2 kan senang, kita pon faham la. ni nak membelit je kerjanya ye tak pak daq... puiii.. dah tua2 pon nak menipu lagik. kitaorang isi petrol penuh avanza tu bila pulangkan still ada setengah tank. at least bagi la reimburse harga petrol yang setengah tank tu since ko pon dah membelit awal2..ini tak. jawabnya sekali tu je la deal dengan awak pakcik.

masa balik memasing beli macam nak pindah rumah. saya beli sikit je so ada banyak lebih extra kilogram untuk baggage. since beli ticket under one group so you all boleh share2 baggage punya kilogram. syukur kalo tak sapa yang terlebih baggage kena beli awal2 ye. boleh beli online atau pi je kat kaunter airport tu janji not less than 4 hours before awak punya flight. bukan apa, part2 baggage ni penting untuk makcik2 yang membeli tak hingat dunia ni kan. tau2 je tu dia... terlebih2 kilogramnya. so untuk selamat baik periksa awal2. kat sana ada weight station, so boleh timbang dulu. kot terlebih boleh kasi kuar sikit2 masok kat dalam hand luggage orang dalam group supaya timbangan boleh dikurangkan. gitu. jangan beli baggage extra last minit. nangis le nak membayar mahal. hehehehhee.... untuk kiraan asas, 1 box corell yang 3 tingkat besar tu ada dalam 7kg. haa.. sapa2 yang beli macma nak kenduri tu sesiap kira berapa kilo ye. tu belom masok coklat lagi tu. merasa la. masa saya pergi saya ok je sebab beli sikit. hehehehee.. sapa yang beli beg ala2 beg plastik tu korang pergi wrap la dulu. ada wrap counter kat sana bayar $10 je. lebih selamat barang tak hancur ke, koyak ke beg tu or apa ke kan.

so, sekarang hari2 dok mengadap coklat. bila la nak habis. dok berjemaah makan dengan acha si hantu coklat pon tak habis2 lagi ni. owhhh.... mmm..gitu le short holiday saya dan family. sekian terima kasih. hehehehhehee......