mari mencari....

Google
 

Thursday, August 20, 2015

embun menitis di sudu perak, dah lama tak menulis ingat saya lagi tak?



 assalamualaikum..
alahaiiiiii... lama betul tak menulis ni. dah berapa bulan rasanya dari bulan 3 kalau tak silap. hehehehhee... ada je halnya. nak menulis malam2, tenet slow le sangat. nak buka page pon ambil masa berjam2 dok loading je kerjanya. nak menulis siang, kata jangan guna waktu kerja untuk buat urusan peribadi. dah le guna barang office ye tak? ish.. ish.. ish... tak pe la. time kerja buat kerja. time relax buat hal sendiri. ni pon entah camne la nasib bebenor dapat load. tu pon nak transfer gambar dari hp ke lappy berjam2.. letih tunggu. sudahnya guna je la pic google ye. hehhee..

acha, elly & richard semua sihat nakal2 tu biasa la. nak cerita kenakalan diaorang tu kang tak habis sampai bila pon. macam2 perangai. acha biasa la, makan tido je kerjanya. malas tapi seperti biasa manja. suka makan apa juga yang ada depan mata. kuih raya pon dia bedal uolls... bayangkan la. elly super manja. nak berkepit je kalau boleh. masa dia tengah berkepit dengan saya tu jangan le ada sesiapa yang nak datang dekat. memang kena belasah le jawabnya. obek nak duduk dekat pon kena marah menderam2. ayoyoyoyooo... apa dah jadi budak ni. richard pon biasa la dia, juara tangkap cicak. hebat. masalahnya dah tangkap tangkap tu bukan nak makan, dia pi kuis2 main2 cicak tu sampai mati. dah jadi kerja saya pulak nak mengemas cicak tu. eewwwww.....

obek pon macam biasa. kerja, kerja, kerja. hehehhee.. kerja la selagi boleh mudah2an semuanya berkat dan berjalan dengan lancar. saya pulak biasa jugak. takde apa yang menarik. hehehehhee...

 raya hari tu pon biasa je. takde apa yang best. seperti biasa soalan yang akan diajukan pasti menjelma. hahahaha... dah zaman moden ni pon masih ada yang kurang peka. tapi takpe la, anggap la saya ni yang terlebih sensetif. mungkin yang bertanya tu sekadar bertanya, ye tak. tapi sebelum buka mulut bertanya patut guna otak dulu. ehh..sudah la apa saya merepek ni. jom le kita cerita yang best2 dan happy2 je.




rasanya banyak nak ditulis tapi bila dah start menulis jadi tak tau pulak apa yang nak ditulis. secara ringkasnya beberapa kejadian ketika tak menulis tu...

- bulan ramadhan : biasanya every year tulis and snap pic gambar sahur. tapi tahun ni lansung takde. owhhh.. tak dapat dah nak baca kenangan ramadhan. ramadhan tahun ni obek dah jadi rajin bersahur. tahun sebelumnya rajin juga tapi nak kena kejut 6juta kali baru bangun. this year dia pulak yang bersemangat bersahur. hahhahahahaha.. bagus la macam tu.

- raya : raya rumah ma, raya ke dua baru baik kampung obek. biasa2 je takde yang menarik. balik pon kejap je hari isnin dah balik KL semula sebab obek kena kerja dah.

- jual kuih raya : tahun ni echewahhh..saya jual kuih raya uolls... hahahha... entah untung entah tak, tu tak dapat dikenalpasti. sebab dapat je duit jual kuih terus belanja. hehehhhe.. banyak dugaan rupanya nak jadi peniaga ni ye. berjumpa dengan bermacam2 perangai pembeli. hehhehe..biasa la tu. takpe, jadikan semua itu pelajaran dan pengalaman .tahun depan nak jual lagi. chewahhh... dapat buat belanja acha pergi klinik jadi la. bermula dengan kecil dulu ye tak, mana tau ada rezeki bertambah le maju perniagaan. haaa...gitu. korang2 nanti order ye. hahahahhaa....

- open house : tahun ni takde buat pon. biasanya ada juga buat walau pon kecil untuk family2 je. tahun ni obek bz je. nak curi masa pon payah. lagipon  rasa macam cepat sangat masa berlaku, sekelip mata dah habis syawal. sempat juga puasa dalam bulan syawal tu. kalau diikutkan leka apa pon tak jadi nanti.

- pergi kuching sarawak, meowwww : gila makcik pergi snap pic kat cat statue tu tengahari panas meletop. pengsan. hahahahha... suka punya pasal tapi ujur juga amik sebab lepas tu dah takde masa nak pergi sana lagi. pergi satok beli ikan masin terubok. owhhh... banyak tulang. dah goreng garing2 pon masih macam terasa tulangnya. pada saya la. pada obek dia kata ok je. suka pulak obek makan ikan tu. pergi beli kek lapis. wahh... macam2 jenis ada. saya beli 3 jenis je, red velvet, cheese & cadbury. yang lain2 nampak macam biasa je. pas tu pergi muzeum kucing. meoowwwww...gila tinggi atas bukit, ewahhhh... habis posing kat semua benda. dah semuanya kucing based belaka. hahahhaa.. makan mee kolok. sedap jugak. ada juga beli mee yang kering tu nak try buat kat rumah. makan laksa sarawak. tak best. maybe kedai yang saya pergi tu yang tak best but ada beli perencah laksa sarawak tu. nanti try. lagi apa ye. nak pergi sarawak cultural village, tapi tak sempat. takpe...lain kali. wahhh... lain kali?? macam ada hati nak pergi lagi je.

- pergi hospital : ma tak sihat. asyik berulang ke hospital. hope ma sihat. 

- tender kena cantas : biasa la tu... takpe roda tu bulat. nanti boeh pusing2 semula.

- venture into new business : doakan semoga berjaya!!!

lagi apa ha??? lupa dah la.. tu je yang ingat. so, apa pon saya harap semua sihat walafiat. kepada kawan2 yang membaca, saya rasa masih belum terlambat untuk minta maaf zahir batin, walaupun aidil fitri dah berlalu. takpe, raya aidil adha nanti ada.. 

ok lah! see you again.

love xoxo
acha-elly-richard






























3 comments:

meowwmania said...

haloooo...

amboii amboii kemain lama tak update sekali update ada 100 cerita dlm satu entri yerk, yg membaca ni pon tak reti nak komen apa hahahah

pape pon kite doakan moga dipermudahkan segala urusan, aminn...

selamat hari raya, maaf zahir batin
jejebon kata kalo nak bagi duit raya boleh lagi eheee...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Misz Pinkie Winkie said...

ehem..ehem\..samalah baru nak start terjah blog