mari mencari....

Google
 

Monday, October 26, 2015

bukit broga, again.. and tips...


assalmualaikum...

lama betul tak menulis. boleh kata setengah tahun sekali baru nak menulis. hehehhehe.. masuk blog untuk baca2 pun dah jarang. bukan apa, kadang2 macam payah pulak nak masuk site ni.lembab semacam. nak load pic lagi satu hal, berkurun. ok la... internet tempat saya lembabol. huhuhuhuu.. anyway, apa khabar semua? saya harap semua sihat walafiat aje hendaknya (macam le ada orang baca blog ni). ahhh.. tak kisah la.

semenjak dah lama tak menulis, macam2 kejadian dah berlaku. yang ok, yang yang tak ok, semuanya ada. ahhhh... bosan. kita cerita yang happy2 je ye. yang tak happy jangan cerita nanti lebih menyakitkan hati. ok, jom borak.

somewhere last week, saya pergi ke Bukit Broga lagi. hehehe.. untuk kali yang ke-2. wahhhh... actually plan terkejut je ni. tak sangka2 tetiba je menjadi pulak. ok la since that t]week takde buat apa. tanya kat Obek dia pon kata ok boleh pergi. yang pastinya dia tak pergi. hahahhaa.. pemalas Obek tu. takpe la, bagi dia tidur dengan aman sementara saya panjat2 bukit. bestnya!!!! (walopon dia punya sempot tu hamboihhh... dah le badan berat kan. huhuhuhuuu...)

1st time pergi dulu tahun 2013. haaaa... 2 tahun okeh baru jejak lagi. kasut panjat bukit tu pun still guna lagi. actually tak basuh pon lagi. hahahahhaha...gila tak basuh kasut 2 tahun. saya pakai kasut getah tu je. bagus sangat kasut tu, mencengkam tau bila panjat2 or jalan2 kat batu2 tu. tak yah le kasut memahal tu, saya tengok ada orang yang pakai kasut cop memahal pon menjajar2 perginya. maybe tak sesuai kot tapak tu. kasut pi gym pulak dia pakai panjat bukit tu la maybe tak sesuai. entah le. saya takde kasut mahal tu. nanti ye kita kumpul duit beli kasut mahal. sementara ni pakai je la kasut getah harga RM8 masa beli 2 tahun lepas. now tak tau le berapa harga kasut tu. maybe dah RM10 lebih kot termasuh GST. hehehhehe....

saya pergi pagi2. tak le pagi masa 1st time dulu, konon nak tengok sunrise. kali ni saya pergi by 7am dah ada sana. plus sekarang subuh masuk awal, sempat je suboh kat rumah dulu. sampai2 je buat la light stretching, kot tak kang tergeliat pulak. panjat2, setiap 5 minit berenti snap pic. haaaa.. bayangkan berapa jam nak sampai ke puncak tu. hehehehe.. masa pergi ada jerebu. sayang tak nampak pemandangan cantik masa  di puncak. sekarang dah ada banyak pembaikan. ada tali untuk kemudahan panjat dan turun. kat puncak dah ada signboard cantik. kat tempat start pon ada tulis. but yang tak best taktau le tangan sapa gatal pergi cabut signage ketinggian sepanjang perjalanan. tinggal tiang je. camne tu? heiiiii.. orang lain pon nak snap2 pic jugak, bukan korang je yang nak bergambar. terok la takde kesedaran sivik lansung. dannnnn... ada juga yang buang sampah merata2. teroknya! ni jenis yang bangsa tak reti bahasa. dah  makan minum tu buang le plastik or botol air dalam beg. terok la diaorang ni. lama2 tak jadi panjat bukit broga dah, jadi panjat bukit sampah.

pergi kali ke-2 ni saya lebih tercungap2 dari yang 1st time. sebab apa? tentulah faktor usia. hahahhahhaa... macam nak mintak nyawa rasanya. masa 1st time dulu tu ala2 rilex je tau2 dah sampai atas. yang kali ni aduhaiiii.... macamnak tercabut kaki. apa pun, happy.




ni pic masa pergi last week. chewahhh.. konon nak amik at exact spot masa 2013, but tak dapat la coz ada orang dok melepak situ lama. saya tunggu juga but they all tak bergerak2 pulak. malas le kan so snap je la kat memana pun.






yang ni masa pergi 2013. ada perbezaan 2013 dengan 2015? jangan cakap pasal weight gain, tumbuk kang! hahahahhahaa.... ok, sementelaah dah pergi tu, saya nak bagi beberapa tips kepada sesiapa yang teringin nak pergi. especially kepada very beginner macam saya. yang jenis montot berat asyik la duduk sofa ja tak pernah bergerak sekali  teringin nak panjat bukit kan. hehehehhee... takpe, slow1. saya suka orang yang ada keinginan nak bergerak walaupon badan berat. kita buat slow2 yang penting safety. mungkin tips yang saya beri ni boleh digunapakai kepada semua. pada yang dah expert tu jangan la... ada orang hanya guna 45 minit untuk perjalanan naik dan turun. huhuhuh... tu hebat punya orang. saya ni berjam2 baru sampai. later2 if you all pun ada extra tips boleh share.

tips panjat bukit....tak kira la bukit broga ke memana ke yang bersesuaian.

tips #1 : persediaan mental, fizikal, emosi :
sebelum panjat tu, siap2 sedia la, mental mesti fikir positif, jangan dok pikir yang bukan2.  nak panjat bukit tu baca2 le apa yang patut, tempat orang kan. stay positive dan jangan panik kalau apa2 terjadi. bila panic semua pon tak boleh fikir. relax. persediaan fizikal, buat la stretching sikit, ala2 senaman ringan regangan tangan, kaki ala2 lompat bintang. ingat, bukit tu nampak je macam senang but bila dah start daki, kalau tak cukup stamina, mencungap juga. hehehhee.. persediaan emosi pulak, be happy. kot panjat masa stress pon keep cool je la jangan nak marah2 tak tentu hala, nak sepak2 pokok ke marah orang kat depan panjat lambat ke. be considered pada orang lain. tak semua orang hebat laju cekap macam awak, ada orang yang baru cuba2 nak mendaki, so lambat sikit. ok..keep calm. lagi satu, the day before panjat tu jagalah perut anda. jangan makan yang bukan2 yang boleh menyebabkan sakit perut cerry berry. mana nak cekau toilet kat atas bukit tu. naya je kang. kat bawah ada la..ni cerita if dalam perjalanan or dah tiba atas sinun. huhuhuhu... jangan buat pasal kiahhhhhhh.... to girls, if rasa2 tengah heavy period tu, relax la takyah le buat aktiviti panjat2 tu kang terbocor naya je. relax2 sudah lain kali boleh joint panjat.

tips #2 : persediaan pakaian :
pakaian yang camne? pakaian yang bersesuaian. pakailah baju yang sesuai untuk mendaki. track suit, seluar panjang. jangan la pakai jeans pulak kang payah nak melangkah besar. pakai la kasut yang sesuai, kasut sukan, kasut khas mendaki or macam saya kasut getah tu je. yang penting kasut tu tapaknya jenis mencengkam so selamat la bila nak panjat naik atau menurun. pakailah sarung tangan. kenapa gelak? huiii... sakit okeh tapak tangan bila kena pegang2 tali tu or pegang2 batu masa panjat. pakai sarung tangan yang ada getah cengkam kat depannya tu. ada je jual kat daiso. tu selamat, tangan pon tak sakit. tapi kot korang tangan kematu takmau pakai sukati la kan. hehehhee... baju pulak pakai baju yang sesuai, if tak nakpakai lengan panjang, lengan pendek pon boleh tapi pakai la sarung lengan tu. bukan apa kang kena semak2 sakit tau calar2. saya bagi tips berdasarkan saya la.

tips #3 : persediaan peralatan :
ada yang bawak hiking stick tu. gunanya boleh membantu masa nak mendaki. if taknak pun takpe. setakat broga tu boleh lagi kot if tak guna. if bukit lagi tinggi, bawaklah. banyak membantu nanti nak menolak montot korang yang berat tu. hehehhehee.. bawak bag plastik kosong untuksimpan sampah yang bakal korang buat. contohnya sampah plastik roti, coklat, nasi lemak, bihun yang korang makan tu. jangan buang merata2, tak elok perangai macam tu. buang dulu dalam plastik extra tu, simpan dalam bag awak, kang dah sampai bawah buang la.

tips #4 : persediaan makanan / minuman :
haaaaaa...ni penting nih. jangan la pergi melenggang kangkong akak abang oiiiii.... bawak lah sekurang2nya sebotol air dan sebijik roti. pada saya air tu penting. amat penting. bila mendaki kita sip sikit2 air. supaya badan tak kekurangan air. masa saya pergi ada je saya tengok orang yang tak bawak air. melenggang. sekali baru beberapa meter dah terduduk tercungap muka naik merah. mana nak cekau air? mana ada 7-11 kat pertengahan pendakian tu. if lupa bawak air, kat kaki bukit ada gerai2 jual air. beli lah. air kosong lebih baik jika dibandingkan dengan air manis. bawak la bekalan makanan ringan macam roti, coklat atau power gel / bar untuk tambah tenaga. kita bukan atlet yang dah biasa mengerah tenaga macam tu. setahun sekali belum tentu nak menggerakkan badan. hehehhee... tapi ingat, lepas makan minum tu sampah jangan buang merata. simpan dalam beg nanti turun buang dalam tong sampah. bawak la beg galas kecik. tak hilang diva awak tu kalau bawak bag. banyak kelebihannya.

tips #5 : persediaan 1st aid kits :
dalam perjalanan macam ni, safety first. jangan ingat nak seronok je, yang sakitnya awak lupakan. ye, walaupon masa tu kita sihat, tak salah jika bawak handyplus-plaster luka, mana le tau kot terluka kena tangan ke masa mendaki (luka dihati tak boleh tampal handyplus, tu kena ubat sendiri. huhuhuhuuu).  minyak angin, koyok ke, ammeltz yoko2 ke, buat sapu kat kaki, pinggang or memana bahagian badan yang sakit masa pendakian. seeloknya sapu dulu benda2 tu sebelum mendaki so, sedap je badan nanti dah panas2 kat bahagian paha, betis, tapak kaki, pinggang. tak berat pun nak bawak benda2 tu. if kita tak guna, mungkin ada insan lain yang memerlukan barang2 tu masa pendakian nanti. maybe terserempak dengan orang terseliuh ke, boleh gak le tolong2 orang kan.

tips #6 : jaga tingkah laku anda :
ada orang suka panjat laju2, ada yang slow and steady. akan ada sesetengah part, cuma ada satu laluan saja, so kita kena tunggu orang depan kita bergerak baru kita kita pon boleh gerak. masa ni kena lah sabar. jangan kiasu. hormat menghormati la sikit bro. jangan la dok marah2 orang kat depan tu. yang kat depan tu pulak jangan le meleleh benau, agak2 le ada berderet lagi kat belakang. kita mesti faham tahap kekuatan individu tu berbeza. tak salah saling bantu menbantu if kita tengok orang tak larat. ringankan mulut bertanya, larat ke tak? perlu bantuan apa? mana le tau ntah2 dia sempot ke, kaki kejang ke, apa kan. haaa.. boleh bagi minyak angin yang kita dah bawak tadi kan kat tips #5 tu. ada part2 yang landai relax boleh daki dengan aman, ada part2 yang sempit dan curam yang kena daki dengan bantuan tali. so, bantu membantu. tak rugi, silap2 boleh tambah kawan. silap2 lagi terjumpa lak jodoh korang kat sana. chewahhhh... untuk yang bujang dan dara saja. yang dah kawen jangan menggatal ye. niat kena betul. seperti orang tua2 kata, masuk tempat2 hutan ni mulut kena jaga, so jagalah perkataan yang keluar dari mulut. tak salah kita bercakap yang baik2, cuma jangan la takbur. tak kira la atas bukit ke, dalam hutan ke, kat office ke, kat highway ke, elakkan le cakap takbur. hehehheee... lagi satu yang rasa2 ada perangai ala2 diva tu rentikan le. pegi hiking dengan make up boleh. sapa kata tak boleh, boleh aje. but ni dah macam make up nak pi dinner apa ke hal nya. hehehhee.. takpe. itu kehendak individu. yang tak bestnya, jenis yang sikit2 eewwwww.. sikit2 eewwwww.. paham tak? kena ranting menjerit, batu kena kasut menjerit, bawak bag taknak konon tak cun. hujung2 kau tercungap takde air, dok mengharap kawan2 yang sediakan. hoiii.. tak baik la macam tu. masa saya pergi ada je terjumpa orang yang macam tu. kesian kawan2 dia. kena melayan kerenah orang macam tu. ingat, jangan menyusahkan orang dengan perangai awak.

tips #7 : pergi dengan kumpulan lebih baik :
bila kita pergi berkumpulan, lebih baik, sekurang-kurangnya 2 orang. bukan saya kata pergi lone ranger tak boleh, cuma if berkawan kan lebih senang. apa2 hal, kawan ada boleh menolong. dan pastikan bergerak dalam kumpulan juga. jangan le tinggalkan kawan kat belakang, kita dah kedepan, or jangan le lembat bebenau sampai terpaksa pulak orang kena tunggu kita. tak syiok la macam tu kan. slow2, jangan berlumba2. relax2 sudah..

tips #8 :  jaga kebersihan dan keindahan alam sekitar
kita pergi hiking tu sebab nak menikmati pemandangan cantik kan? so, jangan la kita pi buang sampah merata, pi patah2kan pokok, pi cabut2 pokok pulak. adoiiii... masa saya pergi tu, sampah banyak. jangan kata sampah, ada lak towel orang uk-uk dibuang kat situ!!!! hoiiiii.. sungguh kureng betol. tu pasal kena jaga perot as per tips #1. tu boleh faham lagi, cerry berry memang tak boleh ditahan, but ni ada lagi terok. ada yang buang pad!!! omg sangat la korang ni. tu as per tips #1 juga. ya tuhan, kau dah kenapa nak buang pad yang berdarah2 kat atas bukit. yang lagi pelik, camne agaknya gayanya dia bukak suar dalam dia tu ha? hahahahhahahahaa.. choiiiii sangat la sapa punya kerja tu. kot ye pon, tu pasal la bawak bag plastik, simpan dalam bag dulu kang turun boleh buang, as per tips #3. aduhhhh... takde rasa malu lansung!

tips #9 : safety first
buat lah apa pun aktiviti, pokok pangkalnya jaga keselamatan diri lebih utama. bukan diri sendiri je, orang disekeliling kita juga, sebab kadang2 tanpa kita sedari, tingkah laku kita menyebabkan kemalangan kepada orang lain. rasa2 kaki cuma kuat melangkah besar kangkang kucing, langkah la kecik2. jangan cuba2 nak melangkah besar kangkang gorila. kang kau tergolek ke belakang tak pasal2 orang belakang pon ikut jatuh dan tercedera. tak syiok la macam tu kan. kita pergi nak happy2, betul tak.

tips #10 : sampai ke puncak dah!
wahhhhhh... dah berjaya sampai puncak. yahooooooo.. so boleh la snap2 pics, selfie2, wefie2, groupfie2 gitu. buatlah aksi apa pun tak kisah. kat atas sana ada signboard tulisan congratulation & berapa ketinggian bukit broga tu. best. akan tetapi.... ditengah2 ke-happy-an kita bergambar, jangan la conquer tempat tu macam korang je yang daki. ingat, ada beratus2 lagi orang yang tunggu giliran nak ambil gambar kat signboard tu. so, berpatutan la. amik gambar group dan individu cukuplah. later nak snap2 lagi boleh gerak ke tepi sebab orang lain pulak nak amik kat spot tu. puncak tu kecik je pun, situ la kita kena faham2, orang lain pun mendaki juga kan dan nak snap pic. sampai sana ramai je yang boleh bantu kita untuk snap pic group. orang malaysia berbudi bahasa, kita minta tolong dengan baik mesti orang akan tolong snap pic group kita. ye la.. bukan semua orang teringat nak bawak stick selfie tu kan. hehehehhee...

huiiii.. banyak jugak tips ye. saya harap mana yang boleh diguna pakai tu guna la. mana yang ada nak tambah tips tu silakan. sama2 kita berkongsi tips. sapa nak pergi tengok sunrise, solat subuh jangan lupa. jangan pasal nak tengok matahari naik, subuh korang atas jalan. tak syok la macam tu kan. if pergi by 7am  dah start daki tu pada saya ok dah tu. tak panas sangat. lepas penat nanti turun boleh minum kat gerai2 bawah tu ada air kelapa, ada jual ais krim, ada jual petai pon ada, jangan tak percaya. hahahahaa... elok2 kau turun 2kg pasal mendaki, sekali balik beli petai buat masal sambal tumis udang dengan petai, kau lunch 2 pinggan terus naik 5kg. hahahahhahahaaa... belasah la labu...

ok..nanti sambong lagi. jom mendaki. mana tau tahun 2016 pergi gunung nuang kat langat pulak, 2017 pergi gunung kinabalu kat sabah pulak, 2018 pergi gunung rinjani kat lombok pulak, lepas tu pergi stirling ranges ridge walk kat australia pulak!!!! wohoooo... angan2 kena tinggi babe. baru panjat broga dah tercungap mintak nyawa, ada hati... huhuhuhu.. arghhhh.. biarlah angan2. hehehhe.. ok bye2...







1 comment:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)